Jumaat, 11 November 2022

Peristiwa Penting Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Peristiwa Penting Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Peristiwa Penting Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

1.       Peristiwa Adnan menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Adnan memberitahu ayahnya bahawa dia ingin menjadi seperti Hang Tuah yang pandai bersilat dan berani berlawan dengan musuh.

Huraian: Sikap anak muda yang berani walaupun masih muda.

 

2.       Peristiwa Adnan yang rajin membantu ayahnya bekerja. Setiap hari Adnan akan mengikut ayahnya ke kebun getah ataupun ke sawah.

Huraian: Seorang anak sanggup meringankan beban bapanya mencari rezeki.

 

3.       Peristiwa ketiga-tiga anak lelaki Pak Saidi iaitu Ahmad, Amarullah dan Adnan yang sedang berlatih silat di halaman rumah berlari menyambut kepulangan ayah mereka. Pak Saidi tersenyum gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya.

Huraian: Kemesraan yang terjalin antara anak-anak dan bapa mereka.

 

4.       Peristiwa Pak Saidi yang memberitahu anak-anaknya bahawa dia selalu bersedekah buah-buahan di dusun mereka kerana buah yang terlalu banyak dan tidak habis dimakan oleh keluarganya.

Huraian: Sikap suka bersedekah ini sememangnya dituntut oleh agama.  Didikan seorang bapa terhadap amalan bersedekah ini haruslah dipuji.

 

5.       Peristiwa Pak Saidi yang tidak akan marah jika ada orang yang datang ke dusunnya untuk mengambil buah-buahan.  Bagi Pak Saidi semakin ramai yang makan buah-buahan itu, semakin lebat buahnya.

Huraian: Sikap baik hati dan pemurah seseorang yang dikurniakan rezeki yang banyak kepada orang lain yang memerlukan.

 

6.       Peristiwa Mak Milah yang ingin menghidangkan makanan kepada suaminya. Pak Saidi  sempat bergurau senda dengan isterinya sambil mencuit dagu isterinya.  Mak Milah pula membalas gurauan tersebut dengan mencubit paha suaminya.

Huraian: Kemesraan yang terjalin antara suami dan isteri akan membawa kebahagiaan keluarga.

 

7.       Peristiwa Pak Saidi yang mengambil tahu perkembangan bacaan al-Quran dan bacaan dalam solat anak-anaknya.  Berkat kesungguhan dalam memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anaknya. Anaknya Adnan sudah khatam al-Quran dan menghafal semua bacaan dalam solat.

Huraian: Sikap bertanggungjawab seorang ayah yang mementingkan didikan agama anak-anaknya.

 

8.       Peristiwa Pak Saidi yang berhasrat untuk menghantar anaknya ke sekolah Inggeris. Pak Saidi ingin anak-anaknya  diberi ilmu pengetahuan setanding orang Inggeris.  Bagi Pak Saidi, jika orang Melayu tidak mahu berubah, sampai bila-bilapun akan ditindas oleh orang Inggeris.

Huraian: Seorang bapa yang berfikiran jauh untuk masa depan anak-anaknya.

 

9.       Peristiwa Guru Besar Stewart berasa bangga apabila Pak Saidi ingin menghantar anak-anaknya bersekolah Inggeris.  Beliau berasa bangga kerana semenjak sekolah Inggeris dibuka, belum ada anak Melayu yang bersekolah Inggeris.

Huraian: Keberanian menyahut cabaran untuk memajukan bangsa mereka agar tidak terus ketinggalan.

 

10.   Peristiwa Pak Saidi yang sanggup menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap hari dengan menaiki basikal. Dia sanggup bersusah payah demi memastikan anak-anaknya mendapat ilmu pengetahuan.

Huraian: Pengorbanan seorang ayah menjalankan tanggungjawabnya demi memastikan anak-anaknya mendapat ilmu pengetahuan.

 

11.   Pak Saidi yang tetap dengan keputusannya menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris walaupun orang kampung mencemuh tindakannya. Orang kampung bimbang anak-anak Melayu yang bersekolah Inggeris akan menukar agama mereka.

Huraian: Kesungguhan seorang bapa mempertahankan pendiriannya demi masa hadapan anak-anaknya.

 

12.   Peristiwa Ah Chong yang sanggup membenarkan Pak Saidi membeli basikal baharu dengan membuat bayaran ansuran setiap bulan mengikut kemampuan.  Ah Chong mempercayai Pak Saidi yang sudah dianggap seperti saudara.

Huraian: Sikap setia kawan peniaga terhadap   pembeli   walaupun    berlainan  agama dan bangsa.                  

 

13.   Peristiwa Pak Saidi membelikan Adnan sebuah basikal selepas Adnan berkhatan. Pak Saidi telah berjanji dengan anaknya itu akan membelikan basikal baharu jika dia sanggup berkhatan.

Huraian: Seorang bapa telah mencurahkan kasih sayang dengan menunaikan janjinya demi menggembirakan hati anaknya.      

 

14.   Peristiwa Cikgu Nazri yang memuji Adnan yang berani menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris walaupun dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Huraian: Seorang guru memberi sokongan dan menghargai keberanian anak muridnya.

 

15.   Peristiwa ibu Adnan, Mak Milah yang memberi sokongan kepada Adnan yang menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Mak Milah menasihati Adnan supaya berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Huraian: Sokongan seorang ibu menaikkan semangat anak untuk berjaya.

 

16.   Peristiwa Adnan berlatih di hadapan ayah, ibu dan adik-adikya dan meminta pandangan mereka tentang persembahannya. Pada hari pertandingan ayah, ibu dan adik-adiknya turut menemaninya.

Huraian: Sokongan ahli keluarga amat penting dalam kehidupan seseorang.

 

17.   Adnan yang menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Walaupun Adnan tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi dia berlatih bersungguh-sungguh.  Adnan telah menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Huraian: Kesungguhan seseorang pasti akan mendapat kejayaan.

 

18.   Peristiwa Adnan dan Budin membatalkan pertandingan tinju antara mereka yang tidak mengikut peraturan yang sebenar.  Mereka mengambil keputusan untuk tidak bermusuhan sebaliknya menjadi sahabat.

Huraian: Sikap rasional pihak yang berbalah akhirnya menemui  jalan perdamaian.

 

19.   Peristiwa penduduk Kampung Sungai Ramal yang sudah dapat menerima dengan baik anak-anak yang belajar di sekolah Inggeris tanpa sebarang prejudis lagi. Mereka tidak lagi menghina Pak Saidi sebaliknya mengakui bahawa ilmu pengetahuan itu  amat penting untuk masa depan anak-anak.

Huraian: Kesedaran yang timbul dalam diri masyarakat untuk menerima perubahan yang positif.

 

20.   Peristiwa Adnan yang berjaya menamatkan persekolahannya dengan cemerlang. Dia terpilih sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

Huraian: Kesungguhan seseorang untuk dalam menuntut ilmu akhirnya berjaya mendapat pekerjaan yang baik. 

 

21.   Peristiwa Adnan yang serba salah untuk menerima tawaran sebagai guru pelatih. Adnan tidak berminat menjadi seorang guru kerana lebih berminat menjadi seorang tentera. Namun demi menjaga hati ibunya yang mahukan dia menjadi seorang guru, akhirnya dia menerima tawaran tersebut.

Huraian: Kesanggupan seorang anak mengorbankan hasratnya demi memenuhi kehendak ibunya.

 

22.   Peristiwa Mak Milah yang akhirnya merestui hasrat anaknya, Adnan untuk menjadi askar. Walaupun dia berat melepaskan anaknya itu, namun dia tidak mahu bersikap zalim terhadap Adnan jika dia membantah cita-cita anaknya. Akhirnya setelah dipujuk rayu oleh Adnan, akhirnya Mak Milah bersetuju dan mengalah.

Huraian: Kesanggupan seorang ibu mengalah dan merestui cita-cita anaknya untuk menjadi seorang tentera.

 

23.   Peristiwa Adnan yang berjaya dalam temu duga untuk menjadi seorang askar. Dia telah terpilih menjalani latihan ketenteraan dan dikehendaki melaporkan diri di Haig Lines, Port Dickson.

Huraian: Usaha dan minat seseorang berjaya mencapai cita-citanya.

 

24.   Peristiwa Adnan yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan setelah bertungkus lumus dan bekerja keras.  Berkat kesungguhan yang ditunjukkan, dia terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan askar Melayu.

Huraian: Usaha yang bersungguh-sungguh telah membuahkan kejayaan yang cemerlang.

 

25.   Peristiwa Adnan yang telah dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. Kemudian, dia terpilih mewakili platun askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London.

Huraian: Keupayaan orang Melayu telah diiktiraf dan dipandang tinggi oleh pemimpin negara luar.

 

26.   Peristiwa Adnan yang bersetuju dengan hasrat ibu dan bapanya yang ingin menjodohkan Adnan dengan Sophia. Dia tidak dapat membantah dan menurut kemahuan kedua-dua orang tuanya apabila memikirkan pengorbanan mereka.

Huraian: Kesanggupan seorang anak berkahwin dengan perempuan pilihan ibu bapanya demi menggembirakan hati mereka.

 

27.   Peristiwa Adnan yang mengkhabarkan berita gembira kepada isterinya Sophia bahawa dia ingin membawa Sophia dan anak-anak mereka berpindah ke Pasir Panjang.  Sophia sanggup mengikut suaminya berpindah dengan perasaan penuh gembira.

Huraian: Pasangan suami isteri yang akan tinggal bersama setelah beberapa tahun berjauhan.

 

28.   Peristiwa Leftenan Adnan yang berjaya menembak tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh. Leftenan Adnan membiarkan tentera Jepun seramai 20 orang yang menyamar menghampiri mereka dan menembak dalam jarak dekat.

Huraian: Muslihat musuh dapat dipatahkan dengan mudah oleh pewira negara.

 

29.   Peristiwa Pak Saidi yang berjaya membunuh dan mencederakan beberapa orang askar Jepun yang ingin mencari waris Leftenan Adnan.  Beliau membunuh askar tersebut dengan menggunakan keris pusaka peninggalan moyangnya.

Huraian: Keberanian melawan musuh walaupun hanya menggunakan keris. 

 

30.   Peristiwa Ustaz Ridwan melahirkan hasrat ingin melamar Sophia untuk dijadikan isterinya. Hasrat murni Ustaz Ridwan ini diterima oleh ayah dan ibu Sophia. Mereka selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri.

Huraian: Seorang ibu tunggal yang memperoleh kebahagiaan semula setelah mengalami keperitan hidup akibat kehilangan suami tercinta.

 

31.   Peristiwa Pak Saidi yang tidak pernah mengecewakan permintaan anak-anaknya. Walapun sudah dibuatkan keris kayu, Leftenan Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula dan permintaannya dipenuhi oleh Pak Saidi.

Huraian: Kasih sayang yang tidak berbelah seorang ayah terhadap anaknya.

 

32.   Peristiwa Leftenan Adnan mengajar Mamat dan rakan-rakan Bahasa Inggeris di Kem Post    Dickson.   Mereka tidak faham arahan kawad dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya mereka berjaya menjalani Latihan tersebut dengan bantuan Leftenan Adnan.

Huraian: Semangat tolong-menolong antara rakan akhirnya akan membawa kejayaan.

 

33.   Peristiwa Leftenan Adnan berjaya membongkar helah Samad yang membocorkan rahsia pertahanan askar Melayu.

Huraian: Kebijaksaan dalam mengesan pengkhianat.

 

34.   Kompeni C Askar Melayu pasukan Leftenan Adnan dengan anggota seramai 32 orang dengan penuh keberanian berdepan menentang askar Jepun yang mempunyai keanggotaan lebih daripada 200 orang untuk mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan Jepun. Mereka berjuang bermati-matian selama tiga hari tiga malam sehingga kehabisan peluru. Leftenan Adnan enggan menyerah kalah. Mereka berjuang mempertahankan diri dengan hanya menggunakan bayonet hingga titisan darah yang terakhir.

Huraian: Sikap patriotik yang tinggi dalam diri askar-askar Melayu demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara.

 

35.   Peristiwa tentera Jepun telah menyerah kalah setelah Amerika Syarikat menggugurkan bom di Hiroshima dan Nagasaki.

Huraian: Penderitaan penduduk Tanah Melayu berakhir.

 

36.   Penduduk kampung telah berpakat untuk tidak bekerjasama dengan tentera Jepun apabila berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke Kampung Sungai Ramal Kajang untuk mencari keluarga Leftenan Adnan.

Huraian: Semangat kerjasama dan keberanian yang ditunjukkan oleh warga kampung demi keamanan serta keselamatan penduduk kampung.


Share:

Popular Posts

Pages