Selasa, 19 Mei 2015

Novel Leftenan Adnan

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Sinopsis Bab 1
Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah  bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumidaripada Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 2
Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Sinopsis Bab 3
Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

Sinopsis Bab 4
Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menynanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sjak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Sinopsis Bab 5
Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang standing dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.

Sinopsis Bab 6
Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.  Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun  Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

Sinopsis Bab 7
Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak  Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis Bab 8
Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang Berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi.  Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungo oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Sinopsis Bab 9
Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari.  Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya.  Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi.  Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Sinopsis Bab 10
Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.  Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semnangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut.  Akhirnya Adnan menjadi juara,  Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.




Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatihmengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan  tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu  bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Sinopsis Bab 14
Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.  Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan  mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan  oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.


Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.


Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi  Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan  Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama  Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi  bayi perempuan itu  meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun  Jepunbersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan  Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20
Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris.  Merekapun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah.  Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah.  Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu  6 Disember 1941, berita  kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.  Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka.  Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu.  Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya.  Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berpaerang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angakatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.  Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang  supaya mempertingkatkan kawalan.  Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi  tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang  supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jenera; Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di SOngkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.  Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Keretapa Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya.  Jeragkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan  askarnya di Lapangan Terbang Pengakalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Aloe Setar dan Sungai Petani.
           
Sinopsis Bab 26
Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.  Kapal perang kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun  pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun.  Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakuka serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun.  Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyrang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941,  Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang.  Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawsan  awam.  Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan.  Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27
Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.  Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.  Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan ajwtaan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjunga Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British.  Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 28
Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.  Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu.  Adnan dan aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.  

Sinopsis Bab 29
Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka  bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan.  Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun.  Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E.  Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi  Kapten Rix bagai membiarkan sahaka askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Sinopsis Bab 30
Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang.  Adnan mengarahkan anngotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempura berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Buit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31
Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara.  Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit.  Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula  kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Bab 32
Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk bom tangandan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh  sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.


Sinopsis Bab 33
Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34
Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Sinopsis Bab 35
Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.             Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oelh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami  isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
TEMA
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air 

PERSOALAN
  • Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh :  Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak.


  • Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Contoh :  Laftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

  • Sikap berpandangan jauh.
Contoh :  Ayah Laftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Laftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.

  • Semangat cinta akan negara.
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.


PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.


TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian
  • Contoh :  Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

Dialog
  • “Macamana belajar di sekolah orang putih?  Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.  (

Imbas Kembali
  • Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam  Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

Imbas Muka
  • Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
  • Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga.  Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  AApatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.

Monolog Dalaman
  • Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.  


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
  • Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
  • Anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
  • Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.

Dalaman
  • Berani
Contoh :  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
  • Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
  •  Patriotik
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
  • Rajin
Contoh :  Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
  • Penyayang
Contoh :  Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
           

Watak Sampingan
Pak Saidi
  • Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
  • Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
  • Berpandangan jauh
Contoh :  Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Setiap pagi  mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.
  • Rajin
Contoh :  Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah.

Sophia
  • Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
  • Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
  • Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
  • Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya.  Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
  • Tabah
Contoh :  Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.

Mamat
  • Sahabat baik Leftenan Adnan.
  • Menyertai pasukan askar Melayu.
  • Setiakawan
Contoh :  Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun  Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.


LATAR

Latar Tempat
  • Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Laftenan Adnan dan tempat Laftenan Adnan dibesarkan.

  • Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh :  Tempat Laftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.

  •  Pasir panjang
Contoh :  Kompeni C di bawah pimpinan Laftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.

  • Bukit Candu
Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.


  • Alexandria
Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
          
Latar Masa
  • Tahun 1937
Contoh:  Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
  • Tahun 1941
Contoh :  Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
  • Waktu pagi.
Contoh :  Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
  • Waktu malam.
Contoh :  Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
  • Waktu petang.
Contoh :  Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.

Latar Masyarakat
  • Masyarakat kampung.
Contoh :  Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
  • Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh :  Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
  • Masyarakat yang berani.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
  • Maysrakat yang bijaksana.
Contoh :  Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

NILAI

  • Nilai kebijaksanaan
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

  • Nilai keberanian
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
  • Nilai bekerjasama
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.

  • Nilai patriotik
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

PENGAJARAN

  • Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

  • Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.

  • Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.

  • Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Share:

Novel Jendela Menghadap Jalan

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
(Sumber Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Bab Satu.
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab Dua.
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.


Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding  membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.


Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.



Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.




Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu,  minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.


Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan  Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.
Lili berpendapat,  dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan  keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.

Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

TEMA
  • Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.

  • Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.

  • Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.

  • Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.

  • Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.


PERSOALAN
  • Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
  • Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
  • Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
  • Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.

PLOT

Permulaan
  • Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
  • Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
  • Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.

Perkembangan
  • Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
  • Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
  • Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
  • Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
  • Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
  • Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
  • Danel sering menulis artikel tentang pisang.
Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.

Konflik
  • Konflik dengan diri sendiri
    • Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
  • Konflik dengan orang lain
    • Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
    • Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
    • Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

Klimaks / Puncak
  • Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. 

Peleraian
  • Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
  • Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
  • Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
  • Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  • Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
  • Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
  • Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
  • Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.
  • Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
  • Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
  • Lepasan sekolah menengah
  • Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
  • Berpura-pura menjaga hari ibunya
  • Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Akur cakap orang tua
  • Suka berkawan dan peramah
  • Menjadi teman baik Geetha
  • Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
  • Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
  • Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.


Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
  • Pakar Akar Kayu Dan Ubat Tradisional
  • Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
  • Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
  • Ajar Lili Ilmu Kegamaan
  • Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
  • Saying Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
  • Berjaya Mengislamkan William
  • Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
  • Berumur 70tahun
  • Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
  • Rajin Membaca Kitab
  • Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
  • Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\
  • Pandai Mengurut (Menngurut Danel)
Danel
  • Anak William
  • Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
  • Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
  • Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
  • Percaya Perubatan Moden
  • Akrab Dengan Datuk
  • Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
  • Sering Membantu Nenek Memasak
  • Memasak Menggunakan Pisang
  • Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.
Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
  • Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
  • Isteri Kepada Datuk
  • Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
  • Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
  • Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
  • Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

Geetha
  • Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
  • Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
  • Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
  • Menjadi Akrab Dengan Lili.
  • Seorang Yang Tepati Janji.
Abang Rashid
  • Sering Membantu Datuk Dan Nenek
  • Mengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.
  • Kutip Buah Dari Kebun Datuk
  • Belum Berkahwin
 Ibu Lili
  • Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
  • Tanam Herba Pembuka Selera Makan
  • Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
  • Gemar Belajar Silat.
  • Belajar Di Luar Negara
  • Menjawat Jawatan Penting.
Rafiq Dan Haziq
  • Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
  • Menduduki Pmr
  • Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
  • Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
  • Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
  • Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.
Seman
  • Suami Che Jah
  • Kaki judi, berhutang dan minum arak
  • Melarikan kubah surau
  • Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
  • Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
  • Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.


Latar
Latar Tempat
  • Dungun
    • Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
    • Daerah asal ibu Lili
  • Pekan Sejahtera
    • Tempat Tinggal Geetha
    • Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
  • Pekan Sentosa
    • Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
  • Bendang
    • Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
  • Masjid
    • Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
    • Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
  • Rumah Datuk
    • Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
    • Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
    • Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
    • Tempat Danel berurut dengan datuk
  • Kedai Runcit Letchumi
    • Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
    • Tempat Lili Bertemu Geetha
    • Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
  • Kedai Runcit Ah Kwan
    • Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
    • Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
  • Balai Raya
    • Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
    • Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau

Latar Masa
  • Maghrib
    • Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
  • Pagi
    • Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
    • Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.

Latar Masyarakat
  • Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi Kekeluargaan
    • Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
  • Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
    • Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.
  • Latar Masyarakat Yang Prihatin
    • Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
    • Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
    • Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
    • Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
  • Latar masyarakat yang buruk sangka.
    • Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
    • Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
    • Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan


Teknik Penulisan
Pemerian
  • Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
  • Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
  • Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.
Dialog
  • Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
  • Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
  • Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
  • Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.
Monolog
  • Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
  • Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas Kembali
  • Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
  • Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

Nilai
Nilai Jati Diri
  • Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai Tanggungjawab
  • Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Nilai Prihatin
  • Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
  • Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.
Nilai baik hati
  • Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
  • Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nilai kasih sayang
  • Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
  • Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

Pengajaran
  • Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
  • Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
  • Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
  • Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
  • Kita hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.
Share:

Popular Posts

Pages