Memaparkan catatan dengan label ANTOLOGI TINGKATAN 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANTOLOGI TINGKATAN 2. Papar semua catatan

Isnin, 25 Mei 2020

Drama: Mahkamah

Kupasan Drama:
Mahkamah (Awang Abdullah)


Sinopsis
     Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih.

     Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Pendakwa raya menyatakan bahawa seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu.

     Nenek tersebut tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah. Malah, nenek tua itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Bulat bin Leper tetap tidak mahu mengaku. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang seolah-olah cuba menekan anak guamnya. Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang berangan. Kulit pisang itu dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak.

     Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, tindakan membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik Bulat bin Leper. Malah, Bulat bin Leper telah menunjukkan contoh yang baik.

     Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga kulit pisang tersebut tercampak ke jalan raya. Oleh sebab kambing tersebut terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinarpinar.  Kambing itu tidak nampak kulit pisang sehingga kulit pisang itu terkais ke atas jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Yang bersalah ialah kambing yang kurus itu. Oleh itu, kambing tersebutlah yang perlu dihukum bukannya Bulat bin Leper. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.

     Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakwa raya. Peguam bela menyatakan bahawa  setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan empunya kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

     Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.

     Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya. 

     Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.


Tema
Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.


Persoalan
(a) Kemiskinan menghalang seseorang itu mengambil peguam untuk membela dirinya.
(b) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.
(c) Kehidupan golongan yang terlibat dengan kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan orang biasa.
(d) Isu bahasa Melayu di mahkamah.
(e) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.


Watak dan Perwatakan
Hakim
(a) Golongan intelektual.
(b) Pandai bergurau.
(c) Adil dan saksama.
(d) Amanah dalam menjalankan tugas.

Pendakwa raya
(a) Golongan intelektual.
(b) Tegas dengan hujahnya.
(c) Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

Peguam bela
(a) Tegas.
(b) Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
(c) Sanggup berkhidmat secara percuma untuk orang susah.
(d) Yakin ketika berhujah.

Tertuduh I (Bulat bin Leper)
(a) Orang miskin.
(b) Dituduh membunuh nenek tua.
(c) Berani berdepan dengan pendakwa raya.
(d) Seorang yang bertanggungjawab.

Tertuduh II (Akikino-komokotoko)
(a) Dipanggil Akinomoto.
(b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
(c) Tidak fasih berbahasa Melayu.
(d) Prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.


Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Peguam bela diberi tempoh seminit untuk berunding dengan anak guamnya.

(b) Perkembangan – Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

(c) Klimaks – Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa
raya memberikan penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya.

(d) Peleraian – Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.


Teknik Plot
(a) Dialog. (b) Pemerian.


Latar
Latar Tempat
(a) Mahkamah. 
(b) Taman Gagak Putih.
(c) Stor JKK Ulu Dungun.

Latar Masa
(a) Waktu pagi. 
(b) 10 Januari 1988. 
(c) 20 Mac 1988.
(d) 1 minit.
(e) 2 minit.


Latar Masyarakat
(a) Masyarakat intelektual.
(b) Masyarakat yang hidup miskin.
(c) Masyarakat yang baik hati.
(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya, The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysians World.
(b) Peribahasa. Contohnya, Malang tak berbau.
(c) Sinkope. Contohnya, Oh, itu tak jadi masalah; tapi sikit saja, tau.


Nilai
(a) Keadilan. 
(b) Tanggungjawab. 
(c) Ketegasan. 
(d) Keyakinan. 
(e) Rasional. 
(f) Simpati.
(g) Keberanian.
(h) Keprihatinan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
(c) Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan miskin.
(d) Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.
(e) Kita mestilah menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi.
(f) Kita mestilah berani kerana benar.
Share:

Sabtu, 16 Mei 2020

Cerpen: Menuai Emas

Kupasan Cerpen:
Menuai Emas (Salina Ibrahim)

Sinopsis
     Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda.

     Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

     Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak
berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja
kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif.

     Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah
berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka.

     Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya.

     Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Katakata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi.

     Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

      Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.


Tema
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi.


Persoalan
(a) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
(b) Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat mendatangkan kemajuan ekonomi.
(c) Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
(d) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji.
(e) Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.
(f) Muafakat membawa berkat.


Watak dan Perwatakan
Alif
(a) Anak kepada Mak Wan.
(b) Lulusan universiti dalam bidang ekonomi.
(c) Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.
(d) Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa bersyukur.
(e) Berani menghadapi cabaran.
(f) Yakin akan kebolehan diri.
(g) Seorang anak yang menghormati ibu bapa.
(h) Terlalu sayang akan emak dan ayahnya.
(i) Seorang yang positif dan optimistik.
(j) Seorang petani moden.

Mak Wan
(a) Ibu kepada Alif.
(b) Seorang yang penyabar.
(c) Tegas.
(d) Teguh pendirian.
(e) Sayang akan tanah milik keluarganya.
(f) Sensitif.

Tuk Ketua
(a) Penyabar.
(b) Berhemah tinggi.
(c) Tenang ketika menghadapi masalah.
(d) Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.
(e) Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.

Abang Man
(a) Seorang yang agresif.
(b) Tidak berhemah.
(c) Gemar menggunakan kata-kata kesat.
(d) Bersikap terburu-buru.
(e) Tidak berfikiran jauh.


Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang akan kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk
Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

(b) Perkembangan – Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Seterusnya, Alif teringat pula akan perbualannya dengan pegawai pertanian. Pegawai itu menasihati Alif agar tidak memandang ringan
terhadap bidang pertanian.

(c) Klimaks – Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi. 

(d) Peleraian – Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.


Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Pemerian.
(c) Imbas kembali.

Latar
Latar Tempat
(a) Petak bendang.
(b) Anjung rumah Alif. di Seberang Perak.
(c) Petak-petak sawah

Latar Masa
(a) Waktu awal pagi.
(b) Setahun yang lalu.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat golongan petani.
(b) Masyarakat yang berilmu.
(c) Masyarakat yang agresif.
(d) Masyarakat yang berhemah tinggi.
(e) Masyarakat yang berfikiran positif.
(f) Masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab.
     Contohnya: (i)    Alhamdulillah
                         (ii)  Insya-Allah.

(b) Metafora.
      Contohnya: (i)    pita ingatan
                          (ii)   pisau kata-kata.

(c) Simile.
     Contohnya: (i)    Kuningnya seperti emas
                         (ii)   hati yang terasa seperti mahu luruh.

(d) Personifikasi.
      Contohnya: (i)    Petak-petak yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya
                          (ii)   Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.

(e) Peribahasa.
     Contohnya: (i)     tersenyum-senyum kambing
                         (ii)    kata putus
                         (iii)   naik angin.

(f) Sinkope
     Contohnya: (i)     Dia seorang saja yang tak beri kata putus
                         (ii)    Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah.


Nilai
(a) Keyakinan.
(b) Ketabahan.
(c) Kegigihan.
(d) Keberanian.
(e) Kerjasama.
(f) Hemah tinggi.
(g) Berdikari.
(h) Kesyukuran.
(i) Kepemimpinan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
(b) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan.
(c) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.
(d) Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah.
(e) Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang.
(f) Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita.
(g) Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.


Share:

Jumaat, 15 Mei 2020

Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad

Kupasan cerpen:
Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura Abdullah)

Sinopsis
     Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu bermain-main di sempadan huma berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan bapa Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

     Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. Isterinya, Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

     Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang telah meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera.

     Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di kem berkenaan.
     
     Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuklah Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan Qadqad yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar.

     Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah kenderaan.

     Talia sekeluarga dan Sidek tiba di kawasan huma. Mereka mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut.

     Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.


Tema
Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.


Persoalan
(a) Buat baik akan dibalas baik.
(b) Kasih sayang terhadap keluarga.
(c) Sikap tamak segelintir manusia.
(d) Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
(f) Kepentingan alam semula jadi kepada manusia.


Watak dan Perwatakan
Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Berani merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu bapanya.

Raksasa Qadqad
(a) Rupanya mirip katak.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna hijau kuning.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan penduduk kaum asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung tersebut.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang.
(d) Bapa yang bertanggungjawab.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan ahli keluarganya.

Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

Sidek
(a) Bekerja sebagai pemandu kereta api.
(b) Bekerja dengan Binjah.
(c) Baik hati.


Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Sewaktu bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan.

(b) Perkembangan – Adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Talia sekeluarga pergi ke bandar. Sewaktu Dodo dan isterinya, hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah. Dodo memberitahu Binjah tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Binjah memarahi Dodo. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu Binjah tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku.

(c) Klimaks – Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli tersebut. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. 

(d) Peleraian – Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak yang terkorban termasuk Binjah sendiri. Penduduk kampung orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.


Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Pemerian.
(c) Imbas kembali.


Latar
Latar Tempat
(a) Kawasan Bukit Ungu. 
(b) Rumah Talia. 
(c) Stesen kereta api. 
(d) Kawasan perlombongan.
(e) Hospital.
(f) Balai polis.

Latar Masa
(a) Waktu siang.
(b) Waktu tengah hari.
(c) Tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat orang asli.
(b) Masyarakat yang menyayangi haiwan.
(c) Masyarakat yang tamak dan kejam.
(d) Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Simile.
     Contohnya: (i)   Gempal macam disumbat air
                        (ii)   bagaikan bola bertanduk yang terbang laju
                        (iii)  bagai butir gula dihurungi semut manusia.

(b) Personifikasi.
      Contohnya: (i)    ditelan hutan belantara
                         (ii)   Matahari mula tergelincir.

(c) Sinkope
     Contohnya: (i)     Kami ada padi saja
                        (ii)     Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu.

(d) Repetisi.
      Contohnya, “Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ...”

(e) Inversi.
     Contohnya, Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi.


Nilai
(a) Baik hati. 
(b) Kasih sayang. 
(c) Keberanian. 
(d) Kegigihan.
(e) Tanggungjawab.
(f) Tolong-menolong.


Pengajaran
(a) Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
(b) Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.
(c) Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.
(d) Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.
(e) Kita hendaklah menjaga alam semula jadi.




Share:

Khamis, 14 Mei 2020

Pelanduk Mengajar Memerang

Kupasan Prosa Tradisional
Pelanduk Mengajar Memerang


Sinopsis
     Pada zaman Nabi Allah Sulaiman semua haiwan ditakdirkan oleh Allah dapat berkata-kata. Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima menteri yang terdiri daripada manusia, jin yang bernama Ifrit, unggas, landak, dan pelanduk. Antara kelima-lima menteri itu, Syah Alam di Rimba, iaitu pelanduklah yang paling masyhur kebijaksanaannya.

     Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anakanak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main.
Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa mak dan bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikanikan di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan aduan ikan-ikan itu kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat pakatan dengan memerang. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam
di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.

     Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa memerang melihat semua anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di Rimbalah yang melakukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak kakinya di situ. Pada malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa memerang membuat keputusan untuk
memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.

     Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anaknya. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa hairan akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan perbicaraan. Baginda meminta Sang Belatuk
memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu haiwan-haiwan yang menyebabkan kematian anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan tersebut ialah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut bercerita tentang perkaraperkara
yang telah berlaku dengan jujur.

     Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang bercakap benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.


Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.


Persoalan
(a) Sikap tamak, iaitu mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.
(b) Aduan dibuat kepada yang pihak yang berkuasa.
(c) Pengadilan memerlukan saksi.
(d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
(e) Bercakap benar di hadapan pemerintah.
(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
(g) Mengakui kesalahan yang telah dilakukan.


Watak dan Perwatakan

Pelanduk atau Syah Alam di Rimba
(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kebijaksanaannya.
(c) Pandai bersilat.
(d) Prihatin akan masalah yang dialami oleh rakyatnya.
(e) Taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
(f) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

Sang Memerang
(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(c) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(d) Ibu dan bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak.
(e) Mementingkan diri sendiri.
(f) Taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman.
(g) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.


Nabi Allah Sulaiman
(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan haiwan.
(b) Melantik lima menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.


Plot

Binaan Plot
(a) Permulaan – Pelanduk yang dipanggil sebagai Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anak-anak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa mak dan bapanya pergi mencari ikan
untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikan-ikan di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan aduan ikan-ikan itu kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat pakatan dengan memerang. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.

(b) Perkembangan – Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa memerang melihat semua anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di Rimbalah yang melakukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak kakinya di situ. Mak dan bapa memerang berasa sangat sedih kerana sayang akan anak-anak itu. Pada
malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa memerang membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.


(c) Klimaks – Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anaknya. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa hairan
akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan perbicaraan. Baginda meminta Sang Belatuk memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu haiwanhaiwan yang menyebabkan kematian anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan tersebut ialah Syah Alam di Rimba,  Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut bercerita tentang perkara-perkara yang telah berlaku dengan jujur.

(d) Peleraian – Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang bercakap benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah.  Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.


Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Monolog dalaman.
(c) Pemerian.


Latar
Latar Tempat
(a) Hutan rimba.
(b) Dalam lubang.
(c) Kota istana.
(d) Lubuk.

Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
(b) Waktu siang.
(c) Waktu petang.
(d) Waktu malam.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat haiwan yang tinggal di rimba.
(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
(c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
(d) Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.
(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
(f) Masyarakat yang cepat bertindak.
(g) Masyarakat yang mengakui kesilapan diri.
(h) Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Allah Subhanahuwataala; kudrat-Nya; fasal.
(b) Bahasa istana. Contohnya, patik; bersemayam; singgahsana; baginda; bertitah; tuanku; beta.
(c) Bahasa klasik. Contohnya, Sebermula; Hatta; ayapan; pacal.
(d) Sinkope. Contohnya, Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari.
(e) Repetisi. Contohnya, Kepada fikiran patik tentulah Duli yang Maha Mulia kedatangan musuh yang besar, patik pun bersiaplah akan perisai patik.


Nilai
(a) Keberanian.
(b) Keadilan.
(c) Kejujuran.
(d) Kebijaksanaan.
(e) Keprihatinan.
(f) Tanggungjawab.
(g) Kepatuhan.
(h) Keinsafan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan masalah rakyat.
(b) Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
(c) Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman musuh.
(d) Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.
(e) Sebagai pemerintah, kita mestilah bijak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
(f) Kita mestilah bercakap jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
(g) Sebagai pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.
(h) Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan.


Share:

Rabu, 13 Mei 2020

Sajak: Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed)

Kupasan Sajak:
Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed)

Rangkap
Maksud
1
Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
2
Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah. Dia berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa segala-galanya telah musnah, dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.
3
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini tetapi sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.


Tema
Anak gadis mestilah menjaga martabat atau maruah mereka sebagai gadis.


Persoalan
(a) Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
(b) Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.
(c) Kehilangan maruah seorang gadis merupakan satu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
(d) Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.


Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai tiga baris, rangkap kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.


Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan.

(b) Imej alam. Contohnya, malam; angin; laut; ombak; mawar; lembah.

(c) Simile. Contohnya, seperti telah menutup.

(d) Sinkope. Contohnya, tak.

(e) Asonansi. Contohnya, bukan melontar harum indahmu
      (perulangan vokal u)

(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abb, rima akhir bagi rangkap kedua abcdee, dan rima akhir bagi rangkap ketiga abcbd.


Nada
Melankolik.
Melankolik:
Definisi : , melankolis 1. berasa atau mem­perlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan meng­harukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Nilai
(a) Hemah tinggi.
(b) Kasih sayang.
(c) Waspada.
(d) Kesedaran.
(e) Rasional.
(f) Keimanan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah menjaga maruah diri dengan baik agar tidak tercemar.
(b) Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
(c) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.
(d) Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri supaya maruah diri akan terjaga.


Share:

Cerpen: Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail)

Kupasan Cerpen:
Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail)


Sinopsis
     Watak “saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.

     Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu.

     “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.

     “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira.

     Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” lantas mengucapkan terima kasih.

     “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.

     “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana. “Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.


Tema
Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.


Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.
(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.
(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
(e) Rasa simpati yang wujud dalam diri seseorang.


Watak dan Perwatakan
“Saya”
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Mudah bersimpati.
(e) Baik hati.
(f) Terlalu merindui ibunya.
(g) Mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(h) Sanggup berbohong kerana hendak melihat Mak Piah bahagia.

Mak Piah
(a) Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang ibu yang penyayang.
(e) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(f) Kurang pendengaran.
(g) Sangat merindui anak-anaknya.

Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Takut akan suami.
(c) Tidak bertanggungjawab.


Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – “Saya” hendak menelefon temannya, tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Tanpa sempat “saya” memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefon.

(b) Perkembangan – “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya,
Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi hanya sekejap. Hati “saya” mula resah apabila memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi.

(c) Klimaks – “Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian – Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.


Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Saspens.


Latar
Latar Tempat
(a) Kampung.
(b) Rumah “saya”.
(c) Rumah Mak Piah.
(d) Tanah perkuburan.

Latar Masa
(a) Empat hari empat malam.
(b) Ketika banjir.
(c) Waktu zuhur.
(d) Lima hari.
(e) Selepas banjir.
(f) Waktu pagi.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang.
(e) Masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.

(b) Metafora. Contohnya, lembah kepiluan; bungkusan takdir; lautan fikir.

(c) Simile. Contohnya, Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?

(d) Personifikasi. Contohnya, banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan.

(e) Peribahasa. Contohnya, isi hati.

(f) Sinkope. Contohnya, Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah.

(g) Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!


Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Keprihatinan.
(c) Baik hati.
(d) Simpati.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
(b) Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.
(c) Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
(d) Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri.
(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.

Share:

Sajak: Kucari Damai di Sini

Kupasan Sajak
Kucari Damai di Sini (A. Hamid Jemain)

Rangkap
Maksud
1
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dan impian. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya perasaan
ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan untuk membina rasa kemanusiaan.
2
Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih-mengasihi yang tulen perlu disemaikan dalam sanubari.
3
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita ada masalah, tetapi kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman di negara ini. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan. Segala  masalah perlulah diatasi dengan bijak supaya kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Tema
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.


Persoalan
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
(d) Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
(e) Harapan agar kemerdekaan negara kita akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.


Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai enam baris, rangkap kedua mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga mempunyai empat baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lapan patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada enam hingga lapan belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.


Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.

(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.

(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.

(d) Repetisi. Contohnya, (perulangan frasa Kucari damai di sini dalam rangkap 1, baris 1 dan rangkap 2, baris 1).

(e) Asonansi. Contohnya, dengan sejarah persaudaraan
     (perulangan vokal a).

(f) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di sini
     (perulangan konsonan d).

(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abaccc dan rima akhir bagi rangkap kedua aabca, dan rima akhir bagi rangkap ketiga abbb.


Nada
Patriotik.


Nilai
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d) Keinsafan.


Pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang krisis dengan bijaksana.
(e) Kita perlulah menjaga negara kita dengan baik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.




Share:

Isnin, 11 Mei 2020

Sajak: Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap

Kupasan Sajak:Roti (Ahmad Syahrul Wahid)


Rangkap
Maksud
1
Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.
2
Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti
dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu terhidang.
3
Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti itu sampai kenyang dan bersendawa.
4
Bagi orang yang beriman dan mempunyai perikemanusiaan yang tinggi, selepas berasa kenyang mereka teringat akan orang miskin yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang yang beriman memikirkan tugas untuk membela orang miskin.
5
Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang yang susah akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.


Tema
Orang yang beriman, ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin.


Persoalan
(a) Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera.
(b) Ketika lapar manusia tidak dapat menahan nafsu makan.
(c) Apabila makan makanan yang sedap, manusia akan makan sampai kenyang dan bersendawa.
(d) Orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
(e) Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.


Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris dan rangkap kedua hingga kelima mempunyai lima baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.


Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Hiperbola. Contohnya, nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa.

(b) Metafora: Contohnya, percikan iman.

(c) Personifikasi. Contohnya, selera kian menggelepar.

(d) Simile. Contohnya, terhidang seumpama permaidani terhampar.

(e) Asonansi. Contohnya, Bagi pemilik iman di dada
     (perulangan vokal i)

(f) Aliterasi. Contohnya, Bila begitu selamanya
     (perulangan konsonan b).

(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah ialah abaa
      dan rima akhir bagi rangkap kedua hingga kelima aaaaa.


Nada
Didaktik.
Maksud Didaktik: unsur pengajaran / nasihat / pendidikan yang terkandung dalam karya-karya

Nilai
(a) Kesabaran.
(b) Baik hati.
(c) Kesyukuran.
(d) Keimanan.
(e) Kesederhanaan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Kita hendaklah memikirkan orang lain agar orang lain turut mendapat rezeki.
(c) Kita hendaklah ingat akan keadaan orang lain yang kurang bernasib baik.
(d) Kita hendaklah melatih diri agar menjadi orang beriman.
(e) Sebagai manusia kita mestilah bersyukur atas nikmat kurniaan Tuhan.
Share:

Popular Posts

Pages