Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mei 2022

Sajak Gelanggang (Onn Malini)

 Sajak Gelanggang (Onn Malini)

 


Maksud SAJAK Gelanggang (Onn Malini)

 

Rangkap

Maksud

1

Penyajak menyatakan bahawa Malaysia ialah sebuah negara bebas berdaulat yang diperjuangkan oleh pahlawan-pahlawan lalu, iaitu kira-kira 50 tahun yang lampau. Negara Malaysia terbentuk melalui perpaduan rakyat demi masa hadapan generasi yang akan datang.

2

Penyajak menyatakan bahawa kita ialah pewaris negara yang terbentuk melalui perjuangan generasi terdahulu Kemakmuran dan keamanan negara dapat dinikmati bersama-sama apabila rakyat Malaysia hidup bersatu padu Penyajak menyena semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba menggugat kedaulatan negara. Sikap ini ternyata dapat menyatupadukan pelbagai bangsa yang hidup di negara kita

3

Penyajak berpendapat bahawa para pemimpin sehanisnya mempunyai sikap berani dalam menentang tuduhan melulu yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu bagi mempertahankan maruah negara. Pandangan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan kedudukan negara harus ditegah tanpa sebarang tolak ansur. Perbuatan pihak tersebut yang mencabar boleh menyusahkan mereka sendiri.

4

Penyajak menyeru seluruh rakyat agar mengukuhkan tali persaudaraan supaya perselisihan taham antara rakyat dapat dielakkan.

5

Penyajak menjelaskan bahawa rakyat Malaysia harus memikul tanggungjawab yang diamanahkan agar terus mewana kesayan negara di pentas dunia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang dicapai menggambarkan maruah negara den jati din rakyat Malaysia. Dalam hal ini, rakyat Malaysia bertanggungjawab membangunkan negara Malaysia sebagn sebuah negara yang harmoni dan dihormati Rakyat Malaysia harus menunjukkan ketaatan kepada negara yang kekal abadi.

 

Tema Sajak 'Gelanggang'

Sajak ini bertemakan kepentingan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan tanah air melalui sikap toleransi dan perpaduan antara kaum,

 

Persoalan

(a)    Kepentingan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

(b)    Semangat cinta akan negara yang kental dan tidak berbelah bahagi

(c)     Kesepakatan dalam kalangan rakyat

(d)    Kerjasama untuk membangunkan negara

(e)    Keberanian menentang golongan yang berniat untuk menghancurkan negara.

 

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

(a)    Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat

(b)    Terdiri daripada lima rangkap.

(c)     Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (lima baris), rangkap kedua (lapan baris), rangkap ketiga (tujuh baris), rangkap keempat (dua baris), rangkap kelima (lima baris).

(d)    Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama. Misalnya, pada rangkap kedua baris pertama ada sembilan patah kata dengan dua puluh dua suku kata. Sebaliknya, pada rangkap kedua baris ketiga ada satu patah kata sahaja dengan tiga suku kata.

(e)    Sajak ini mempunyai 27 baris

(f)      Rima akhirnya bebas; abccd, abacdaef, abcbcdb, ab, abaac

 

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)    Unsur kata atau diksinya indah (puitis).

Contohnya, agar kecemerlangan tercerna di pesada arena.

(b)    Anafora.

Contohnya, kita pelihara, kita mempertahankan (rangkap 2 baris 5 dan 6).

(c)     Perlambangan atau imejan.

Contohnya, pewaris gelanggang

(d)    Perulangan kata

Contohnya, kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini

(e)    Asonansi (pengulangan bunyi vokal a)

Contohnya, kita sanggah nyah tanpa kompromi dan menggugah

(f)      Aliterasi (peruangan buny konsonan s).

Contohnya, elakkan pertelingkahan sesama sendiri

 

Nada

Sajak ini bernada patriotik

 

Nilai

(a)    Tanggungjawab

(b)    Kesyukuran

(c)     Ketaatan

(d)    Amanah

(e)    Cinta akan negara

(f)      Pengorbanan

(g)    Perpaduan

 

Pengajaran

(a)    Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak luar

(b)    Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propagandadan tuduhan melulu daripada pihak luar yang cuba mengganggu gugat kedaulatan negara

(c)     Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah

(d)    Sebagai rakyat yang berbilang kaun, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara yang tercinta ini

(e)    Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman sejahtera, dan harmoni

(f)      Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah negara terjamin pada peringkat antarabangsa.

Share:

www.sibermerdeka.com.my Abdul Ghaffar Ibrahim)

Sajak www.sibermerdeka.com.my Abdul Ghaffar Ibrahim)

 


Maksud SAJAK www.sibermerdeka.com.my Abdul Ghaffar Ibrahim)

 

Rangkap

Maksud

1

Penyajak melakukan perancangan diri dengan telitinya agar dia dapat membebaskan diri daripada kesusahan hidup yang dialami. Oleh itu, penyajak perlu menghadapi pelbagai kekangan

2

Dalam pemikiran penyajak, dia berfikir tentang penyelesaian setiap masalah yang timbul agar dirinya tidak mudah diambil kesempatan atau dipermain-mainkan oleh orang lain.

3

Penyajak mengalami pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

4

Penyajak terperdaya jua oleh tipu muslihat walaupun penyajak amat berhati-hati. Walau bagaimanapun, penyajak sempat menyedari dan berwaspada akan tipu helah tersebut.

5

Penyajak sentiasa bersiap siaga membaiki dirinya dan menempuh cabaran yang tidak diduga kemungkinan bakal berlaku dalam kehidupan akan datang.

6

Penyajak yang semakin berusia kini menjadi lebih matang Penyajak tidak berasa takut dan panik lagi dalam menghadapi kata-kata orang lain yang boleh menjatuhkan dirinya.

7

Penyajak sering bermuhasabah din agar setiap masalah yang timbul ada penyelesaiannya. Oleh itu, penyajak bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu

8

Penyajak menelusuri pelbagai pahit manis dalam kehidupannya. Maka, penyajak yang telah mencapai usia yang tua sentiasa beringat agar tidak mempersia-siakan kehidupannya, malah mendekatkan dirinya kepada Tuhan

 

Tema

Sajak ini bertemakan ketabahan seorang insan tatila berhadapan dengan dugaan dan liku-liku hidup.

 

Persoalan

(a)    Kepentingan mengatur perancangan secara bijak dan telit

(b)    Cabaran dan dugaan hidup yang harus ditempuhi

(c)     Kelicikan tipu muslihat yang memperdayakan seseorang

(d)    Kekuatan din dalam melawan musuh

(e)    Keberanian menempuh cabaran dan rintangan Keinsafan dalam membaiki kelemahan diri

 

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

(a)    Berbentuk bebas atau tidak terkat

(b)    Terdiri daripada lapan rangkap.

(c)     Bilangan barisnya dalam setiap rangkap tidak sama; rangkap pertama (empat baris), rangkap kedua (empot baris), rangkap ketiga (tigo boris), rangkap keempat (tiga baris), rangkap kelima (lima baris) rangkap keenam (lima baris), rangkap ketujuh (tujuh baris), dan rangkap kelapan baris tidak sama, iaitu (lapan baris)

(d)    Jumlah patah kata dalam setiap antara tiga hingga lapan patah kata.

(e)    Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tujuh hingga sembilan belas suku kata

(f)      Rima akhir sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc, abcdefe, dan aabcadad

 

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)    Pemilihan kata yang indah dan pembinaan ungkapan oleh penyajak puitis dan berkesan. Contohnya, aku tanam saujana rancangan.

(b)    Anafora.

Contohnya; aku berlatih menangkis angin, aku berlatih memunggah awan (rangkap 5, baris 1 dan 2)

(c)     Simbolik.

Contohnya, aku bahas isu onak dan enak (onak melambangkan kesukaran/masalah/cabaran enak melambangkan kesenangan/mudah).

(d)    Repetisi

Contohnya, peristiwa datong peristiwa pergi.

(e)    Metafora.

Contohnya, ombak gelart, pantol aman pangkalan usia.

(f)      Personifikasi

Contohnya, ombok gelora menampar pantai aman, Kini kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

(g)    Sinkope.

Contohnya, tak

(h)    Simile

Contohnya, bagai siang memanggil malam.

(i)      Asonansi

(perulangan bunyi vokal a). Contohnya, aku tak cemas lagi

(j)      Aliterasi

(perulangan konsonan d). Contohnya: Dalam dewan diriku.

 

Nada

Sajak ini benada melankolik

 

Nilai

(a) Tanggungjawab

(b) Keberanian.

(c) Rasional

(d) Kegigihan

(e) Ketabahan.

(f) Keinsafan

 

Pengajaran

(a)    Kita hendaklah bertanggungjawab dalam memikul amanah untuk memajukan din sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain

(b)    Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran dan rintangan tanpa berasa gentar dan was-was

(c)     Kita perlulah gigih berusaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik tanpa mengenal erti putus asa.

(d)    Kita haruslah tabah ketika berhadapan dengan cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

(e)    Kita hendaklah bijak dalam membuat perancangan hidup untuk memastikan segala-galanya akan membuahkan hasil yang baik dan sempurna.

(f)      Kita hendaklah sedar dan insaf akan kesilapan yang telah kita lakukan dan bertekad untuk berubah menjadi lebih baik

 

Share:

Isnin, 10 Mei 2021

Aku Membaca Lagi (Razali Mohd. Yussof)

Aku Membaca Lagi (Razali Mohd. Yussof)



Maksud Rangkap

Rangkap 1

Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa kerdil apabila melihat kebesaran Ilahi yang mencipta pelbagai fenomena alam.

 

Rangkap 2

Penyajak menelusuri alam yang terbentang dan menyaksikan gambaran berbagai-bagai fauna dan kejadian alam yang dicipta Ilahi untuk melengkapi hidup manusia.

 

Rangkap 3

Penyajak kembali memandang dan memahami langit. Penyajak mendapati masalah penggunaan bahasa Melayu banyak berlaku yang akhirnya semakin meruncing. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu kini makin bertambah satu per satu.

 

Rangkap 4

Penyajak masih memahami kandungan di langit dan telah menyaksikan bulan dan bintang menangis kerana bersedih akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa peribumi sendiri.

 

Rangkap 5

Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini, penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan oleh anak bangsa.

 

Tema

Sajak ini bertemakan nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.

 

Persoalan

(a)    Bahasa sebagai maruah bangsa.

(b)    Peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasa.

(c)     Jati diri anak bangsa yang kian terancam.

(d)    Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan.

 

Bentuk Sajak

(a)    Berbentuk bebas atau tidak terikat.

(b)    Terdiri daripada lima rangkap.

(c)     Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (lima baris), rangkap kedua (empat baris), rangkap ketiga (tujuh baris), rangkap keempat (empat baris), rangkap kelima (empat baris).

(d)    Bilangan katanya antara satu hingga enam patah perkataan.

(e)    Terdiri daripada empat hingga dua belas suku kata.

(f)      Rima akhir sajak ini bebas/tidak terikat; abcde, abcd, abcdedf, abcd, abcd.

 

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(e)    Perlambangan. Contohnya, langit, pohon-pohon kayan, daun dan ranting, daun-daun.

(f)      Pemilihan kata atau diksi yang indah (puitis). Contohnya, desiran ombak dan wajah pelangi.

(g)    Repetisi. Contoh: helai demi helai (rangkap 3, baris 6).

(h)    Metafora. Contoh: wajah pelangi, lantai tanah airku.

(i)      Personifikasi. Contoh: dahan dan ranting terkulai.

(j)      Inversi. Contoh: menitis air mata langit.

(k)    Asonansi. (perulangan vokal u). Contohnya, kicauan burung.

(l)      Aliterasi. (perulangan konsonan b). Contohnya, bulan dan bintang menangis.

 

Nada

Sajak ini bernada melankolik.

 

Nilai

(a)    Tanggungjawab.

(b)    Keberanian.

(c)     Kesyukuran.

(d)    Patriotik.

(e)    Kegigihan.

 

Pengajaran

(a)    Sebagai anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu yang semakin dilupakan.

(b)    Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar.

(c)     Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan terhadap ciptaan pelbagai kejadian alam yang melengkapi kehidupan manusia.

(d)    Sebagai anak bangsa, kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam diri masing-masing agar dapat menangkis segala bentuk ancaman yang berunsur negatif

Share:

Rabu, 10 Mac 2021

Sajak Bintang - Siti Zaleha M. Hashim

Kupasan Sajak Bintang (Siti Zaleha M. Hashim)



Maksud Sajak

Rangkap

Maksud

1

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

2

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

 

Tema

Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.

 

Persoalan

(a)    Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.

(b)    Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.

(c)     Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.

(d)    Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

 

Bentuk dan Ciri-ciri Syair

(a)    Terdiri daripada dua rangkap.

(b)    Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.

(c)     Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata.

(d)    Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.

(e)    Bentuknya bebas.

 

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)    Anafora. Contohnya, bintang itu adalah aku

   bintang hati ayah dan ibu.

(b)    Metafora. Contohnya, bintang hati.

(c)     Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.

(d)    Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.

(e)    Asonansi. Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal u).

(f)      Aliterasi. Contohnya, begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).

(g)    Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.

 

Nada

Romantis

 

Nilai

(a)    Kasih sayang

(b)    Mengenang jasa

(c)     Ketaatan

(d)    Tanggungjawab

(e)    Kejujuran

 

Pengajaran

(a)    Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

(b)    Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.

(c)     Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.

(d)    Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.

(e)    Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.

Share:

Sajak Senja di Palang Besi - Pena Alam

Kupasan Sajak Senja di Palang Besi (Pena Alam)

 

Maksud Rangkap:

Rangkap

Maksud

1

Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.

2

Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia luar.

3

Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam, penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.

 
Tema

Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup di dalam sel penjara.

 

Persoalan

(a)    Penyesalan hidup yang tiada berpenghujung.

(b)    Kehidupan di dalam sel penjara yang amat memilukan.

(c)     Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi sendirian.

(d)    Harga kebebasan bagi sebuah kehidupan.

 

Bentuk dan Ciri-ciri Syair

(a)    Terdiri daripada tiga rangkap.

(b)    Rangkap pertama dan kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lapan baris.

(c)     Bilangan katanya tiga hingga sembilan patah kata.

(d)    Terdiri daripada tujuh hingga lapan belas suku kata.

(e)    Berbentuk bebas.

 

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)    Anafora. Contohnya, dalam keterbuangan yang merangkumdalam keterasingan yang mencengkam

(b)    Responsi. Contohnya, dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam

(c)     Metafora. Contohnya, jemari malam, samudera jiwa.

(d)    Personifikasi. Contohnya, Senja mula menangis.

(e)    Kata ganda. Contohnya, kuntum-kuntum, dedawai.

(f)      Inversi. Contohnya, Pilu wajahmu sang senja.

(g)    Asonansi. Contohnya, hukuman terhebat hikayat kemanusiaan (perulangan vokal a).

(h)    Aliterasi. Contohnya: Tanpa pasir pantai atau silir angin (perulangan konsonan p).

(i)      Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcdef, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcbb, dan rima akhir bagi rangkap ketiga ialah abcddedd.

 

Nada

Melankolik

 

Nilai

(a)    Ketabahan

(b)    Kebebasan

(c)     Keredaan

 

Pengajaran

(a)    Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.

(b)    Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan oleh Tuhan.

(c)     Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.

(d)    Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.

Share:

Popular Posts

Pages