Aku Membaca Lagi (Razali Mohd. Yussof)
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Penyajak memandang ke langit.
Penyajak berasa kerdil apabila melihat kebesaran Ilahi yang mencipta pelbagai fenomena
alam.
Rangkap 2
Penyajak menelusuri alam yang
terbentang dan menyaksikan gambaran berbagai-bagai fauna dan kejadian alam yang
dicipta Ilahi untuk melengkapi hidup manusia.
Rangkap 3
Penyajak kembali memandang dan
memahami langit. Penyajak mendapati masalah penggunaan bahasa Melayu banyak
berlaku yang akhirnya semakin meruncing. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu
kini makin bertambah satu per satu.
Rangkap 4
Penyajak masih memahami
kandungan di langit dan telah menyaksikan bulan dan bintang menangis kerana
bersedih akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa peribumi
sendiri.
Rangkap 5
Penyajak kembali mendongak ke
langit. Kali ini, penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa
Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan oleh anak bangsa.
Tema
Sajak ini bertemakan nasib
bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.
Persoalan
(a) Bahasa
sebagai maruah bangsa.
(b) Peranan
bangsa untuk mendaulatkan bahasa.
(c) Jati
diri anak bangsa yang kian terancam.
(d) Kesyukuran
terhadap kebesaran Tuhan.
Bentuk Sajak
(a) Berbentuk
bebas atau tidak terikat.
(b) Terdiri
daripada lima rangkap.
(c) Bilangan
barisnya tidak sama; rangkap pertama (lima baris), rangkap kedua (empat baris),
rangkap ketiga (tujuh baris), rangkap keempat (empat baris), rangkap kelima
(empat baris).
(d) Bilangan
katanya antara satu hingga enam patah perkataan.
(e) Terdiri
daripada empat hingga dua belas suku kata.
(f) Rima
akhir sajak ini bebas/tidak terikat; abcde, abcd, abcdedf, abcd, abcd.
Gaya Bahasa dan Keindahan
Bunyi
(e) Perlambangan.
Contohnya, langit, pohon-pohon kayan, daun dan ranting, daun-daun.
(f) Pemilihan
kata atau diksi yang indah (puitis). Contohnya, desiran ombak dan wajah
pelangi.
(g) Repetisi.
Contoh: helai demi helai (rangkap 3, baris 6).
(h) Metafora.
Contoh: wajah pelangi, lantai tanah airku.
(i) Personifikasi.
Contoh: dahan dan ranting terkulai.
(j) Inversi.
Contoh: menitis air mata langit.
(k) Asonansi.
(perulangan vokal u). Contohnya, kicauan burung.
(l) Aliterasi.
(perulangan konsonan b). Contohnya, bulan dan bintang menangis.
Nada
Sajak ini bernada melankolik.
Nilai
(a) Tanggungjawab.
(b) Keberanian.
(c) Kesyukuran.
(d) Patriotik.
(e) Kegigihan.
Pengajaran
(a) Sebagai
anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat Bahasa
Melayu yang semakin dilupakan.
(b) Kita
mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk mempertahankan maruah
bahasa Melayu daripada tercemar.
(c) Kita
perlulah bersyukur kepada Tuhan terhadap ciptaan pelbagai kejadian alam yang
melengkapi kehidupan manusia.
(d) Sebagai
anak bangsa, kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam diri
masing-masing agar dapat menangkis segala bentuk ancaman yang berunsur negatif
0 ulasan:
Catat Ulasan