Khamis, 14 Mei 2015

Sajak: Kuingin Berterima Kasih

Kupasan Sajak:
Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)


Sajak - Kuingin Berterima Kasih

MAKSUD SAJAK
Rangkap
Maksud
1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa  mampu meredakan api kemarahan.
2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.
3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan kegembiraan kepada nelayan.
4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.
5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.
6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN
      i.        Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
     ii.        Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
    iii.        Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
   iv.        Menghargai jasa perwira-perwira negara.
    v.        Dunia akan menjadi aman damai dan  indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK
Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd
·         Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abca
·         Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abccc
·         Rangkap 4 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbb
·         Rangkap 5 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd
·         Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc

GAYA BAHASA
Simile
Contoh:  kepada hujan bagai tetamu

Personifikasi
Contoh:  ikan-ikan yang riang

Metafora
Contoh:  darah kesetiaan

Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup

Asonansi - pengulangan vokal a
             Contoh :  kepadamu pejuang negara

Aliterasi - pengulangan konsonan k
             Contoh :  sesekali kuingin kalungkan kagum

NILAI
Mengenang jasa
Contoh:  mengenang jasa pejuang negara.

Keinsafan
Contoh:  perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.

Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.


PENGAJARAN

1.  Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.
2.  Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
3.  Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.
4.  Kita hendaklah bersimpati dengan golongan susah.
5.  Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah dihargai.
6.  Kita harus merenung kehidupan ini.

Share:

35 ulasan:

  1. Sebuah laman web komsas yang bagus! Membantu saya dalam pelajaran. Terima kasih! :)

    BalasPadam
  2. I don't get this completely. I need the latar belakang.

    BalasPadam
  3. It would be great if this app can also teach is how to answer KBAT Komsas questions....

    BalasPadam
  4. Panjangnya😱. tetapi ini adalah untuk kebaikan kita semua

    BalasPadam
  5. Sajak ini penuh pengajaran & ilmu

    BalasPadam
  6. Kenapa tak ada contoh latihan??????

    BalasPadam
  7. very good notes, I read this before my exam

    BalasPadam

Popular Posts

Pages