Khamis, 14 Mei 2015

Syair Pohon Buluh

Kupasan SYAIR:
Pohon Buluh
( Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh )

MAKSUD
Rangkap
Maksud
1
Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.
2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan kebanyakkannya sama saiz dan darjat.
3
Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz.
4
Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah.


TEMA
Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur.


PERSOALAN
1.     Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya.
Contoh :-                ( rangkap 3 )          Besar kecil ikat binanya
                                                Terlalu kuat pula asasnya.

2.     Ketinggian pohon buluh menampakkan ruas-ruasnya yang banyak.
Contoh :-                ( rangkap 1 ) menara tinggi banyak bertingkat.

3.     Keseragaman lambaian dedaun buluh umpama kibaran bendera yang berkibar megah.
Contoh :-                ( rangkap 2 )  Yang ada sedia panji-panji bendera.

4.     Kelicinan kulit  batang buluh menampakkan isi padu yang kukuh .
Contoh :-                ( rangkap 4 ) ikatnya licin di luar dan di dalam.


BENTUK
1.     Mempunyai empat rangkap
2.     Setiap rangkap mempunyai empat  baris.
3.     Terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.
4.     Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
5.     Rima akhirnya  aaaa.


GAYA BAHASA
1.     Asonansi - pengulangan vokal a. Contoh :mata-mata menjaga segenap pangkat

2.     Aliterasi - pengulangan konsonan  g .Contoh :menara tinggi banyak bertingkat

3.     Kata ganda - panji-panji, mata-mata,

4.     Simile - gelapnya di dalam seperti malam

5.     Sinkope - tak
6.     Imej alam - kolam,  alam
7.     Inversi - banyak ada ia bersaudara. ( sepatutnya,   ia ada banyak saudara)


NILAI
1.  Perpaduan – Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar.
Contoh :besar kecil ikat binanya.

2.  Bekerjasama

3.  Persaudaraan

4.  Bertanggungjawab


PENGAJARAN

1.     Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.             
Contoh :-                besar kecil ikat binanya.

2.  Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

3.  Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk melahirkan bangsa yang kuat.

4.  Kita hendaklah hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian.
Share:

12 ulasan:

Popular Posts

Pages