Isnin, 11 Mei 2015

Pantun Melayu

Anda pasti biasa mendengarkan rangkap pantun di bawah ini :

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Tahukah anda bahawa Pulau Pandan dan Gunung Daik itu benar-benar wujud dalam kawasan Kepulauan Melayu?


Pembayang pantun ini ternyata bukanlah suatu rekaan semata-mata bagi memperindah pantun sebaliknya unsur alam yang benar-benar wujud telah digunakan dalam membina rangkap pantun yang menjadi sebutan ini. Berikut ialah sedikit infomasi tentang Pulau Pandan dan Gunung Daik untuk bacaan bersama-sama :


Pulau Pandan :
Memang Pulau Pandan berada nun jauh di tengah laut, saiznya kecil dan dianggarkan ada kurang daripada 10 batang pokok di pulau yang dipenuhi batu itu tanpa penghuni manusia. Sekadar cukup untuk bot kecil berteduh daripada ribut. Pulau kecil itu sebahagian daripada 377 pulau yang membentuk wilayah Kabupaten Lingga dan hanya 92 daripadanya dihuni manusia.


Gunung Daik :

Gunung Daik terletak di Pulau Lingga di kawasan Kepulauan Riau. Gunung Daik mempunyai tiga puncak iaitu Gunung Daik, Gunung Pejantan dan Gunung Cindai Menangis. Puncak yang paling tinggi dipanggil Gunung Daik, yang tengah Gunung Pejantan dan yang paling rendah dan indah ialah Gunung Cindai Menangis.


Kedudukan Pulan Pandan dan Gunung Daik



Gunung Daik
Share:

1 ulasan:

Popular Posts

Pages