Rabu, 27 Mei 2020

Inti Pati Bab: Darah Titik Di Semantan

Inti Pati Bab
Bab 1: Cemas
– “Aku” (Zahid), Samad, Rahman, dan Awang Muhammad sedang berjalan menuju ke masjid Lubuk Terua
– Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah banyak berubah – banyak memencilkan diri – sering termenung
– Menurut Rahman, (jurutulis pelatih kepada Datuk Bahaman), dua tahun lepas, negeri Pahang telah diambil oleh Inggeris
 – Inggeris telah mengikat perjanjian dengan raja mereka
– raja mereka semacam dipaksa oleh Inggeris untuk menandatangani perjanjian itu – perkara itulah yang difikirkan oleh Datuk Bahaman
– Inggeris datang bukan hendak membangunkan negeri Pahang tetapi hendak memunggah emas dan bijih timah di negeri itu untuk dibawa ke negeri mereka
– Selesai sembahyang Zuhur, Datuk Bahaman mula berucap
– Inggeris telah menjajah negeri itu – mereka membawa masuk orang suruhan mereka termasuklah mata-mata Sikh untuk menakut-nakutkan anak-anak tempatan
– Inggeris telah menghantar Rodger menjadi Residen Pahang di Pekan – Clifford menjadi Penguasa di Hulu Pahang – Syres menjadi Ketua Polis untuk menangkap sesiapa yang tidak disukai oleh mereka
– Ada anak muda yang marah – mencadangkan agar mereka membenamkan Inggeris di Lubuk Sengarat
– Datuk Bahaman meminta mereka bertenang – perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dahulu
– Selesai Datuk Bahaman berucap, orang ramai beredar
– Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad terus berjalan pulang
– Di pertengahan jalan, Mak Long Esah memberitahu mereka bahawa Inggeris akan sampai ke Lubuk Terua

Bab 2: Lubuk Terua Tergugat
– Semasa berada di tebing sungai, Zahid ternampak empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah
– Zahid berfikir bahawa peperangan akan berlaku
– Zahid ke rumah Samad
– Zahid dan Samad ke rumah Rahman – Rahman tiada di rumah – mungkin dia ke rumah Datuk Bahaman
– Zahid dan Samad berjalan ke rumah Datuk Bahaman
– Di serambi rumah Datuk Bahaman, Rahman dan Awang Muhammad sedang berbincang
– Datuk Panglima Raja memberitahu Datuk Bahaman bahawa:
– Inggeris menceroboh Semantan
– Inggeris menggali kubu panjang di tebing sungai
– mata-mata Inggeris yang berkawal menghalakan bedil ke arah rumah Datuk Bahaman
– Inggeris mungkin membina rumah pasung
– Pak Long Abas mencadangkan agar mereka bertindak
– Datuk Bahaman meminta Pak Long Abas bersabar
– Datuk Bahaman memuji Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad yang membina kubu di Teluk Sengarat

Bab 3: Mencari Penyelesaian
– Suatu hari, kira-kira dua minggu selepas Syres membina rumah pasung, Zahid dan Samad tiba lebih awal ke kubu mereka di Lubuk Sengarat
– Rahman ke Johor bersama Datuk Bahaman – Datuk Bahaman ke Johor mungkin untuk mengadukan hal Inggeris kepada raja di sana – mungkin juga Datuk Bahaman hendak membeli
senapang kopak di Singapura
– Zahid, Samad, dan Awang Muhammad berbincang tentang cara-cara berkawal di kubu semasa ketiadaan Rahman
– Mereka bersetuju
– Kemudian, mereka bergerak ke Mempatih
– Sampai di sana, mereka terdengar bunyi riuh suara kanakkanak
– Rahmad dan kawan-kawannya sedang bermain
– Zahid mengatakan bahawa sekarang bukan zaman mereka bermain-main lagi – peperangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja
– Sebelum Zuhur, Zahid dan rakan-rakannya pulang ke kubu di Lubuk Sengarat
– Zahid memandang ke sungai – ternampak dua buah perahu yang dikayuh oleh empat orang Melayu – di dalam perahu pertama ada seorang Inggeris – dia diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh yang semuanya memegang senapang
– Di dalam perahu kedua ada empat orang mata-mata Inggeris
– mereka juga bersiap sedia dengan senapang
– Zahid melaporkan kedatangan orang Inggeris ke rumah pasung di Lubuk Terua kepada Tuk Muda Bidin
– Tuk Muda Bidin kelihatan marah
– Kira-kira sejam kemudian, Mat Lela dan Imam Perang Weh datang ke kubu di Lubuk Sengarat
– Imam Perang Weh bertanya tentang orang Inggeris itu
– Awang Muhammad menjawab bahawa orang Inggeris itu bukan Syres – umurnya lebih muda daripada Syres
– Mat Lela mengatakan bahawa orang Inggeris itu mungkin Owen
– Kalau betul orang Inggeris itu Owen, dia datang untuk membanci atau menghitung jumlah penduduk di situ

Bab 4: Budi Kedapatan
– Zahid dan rakan-rakannya pergi ke Mempatih
– Ada perubahan berlaku – semak di tengah dusun telah bertukar menjadi padang kecil yang bersih – terdapat empat batang pisang sepanjang satu setengah meter berdiri tegak
– Tiba-tiba Rahmad dan rakan-rakannya melompat keluar dari semak di situ
– Rahmad mengatakan bahawa mereka berlatih membaling bambu runcing – batang pisang menjadi sasaran mereka
– Zahid memuji Rahmad
– Menurut Rahmad lagi, mereka juga telah belajar silat dengan Lajis
– Zahid dan rakan-rakannya meneruskan perjalanan ke sebelah hilir – mereka mahu meronda di sana pula
– Zahid dan rakan-rakannya tiba di hujung kampung
– Sebaik-baik sahaja hendak bergerak ke belakang, mereka terdengar suara perempuan menjerit dari rumah Lajis
– Mereka meluru ke rumah Lajis
– Dua orang pemuda Melayu sedang mengganggu Kak Minah, isteri Lajis
– Zahid dan rakan-rakannya berlawan dengan dua orang pemuda itu – mereka dapat mengalahkan dua orang pemuda itu
– Datuk Bahaman, Rahman, dan Datuk Panglima Raja muncul
– Datuk Bahaman menyuruh dua orang pemuda itu balik dan memberitahu Owen bahawa Bahaman masih hidup

Bab 5: Inggeris Mencabar Lagi
– Syres kerap datang ke Lubuk Terua
– Menurut Samad, mungkin ada dalam kalangan orang Semantan yang menjadi hantu Inggeris – mereka melaporkan kegiatan anak-anak muda di situ yang anti-Iggeris – itu sebabnya Syres sangat sibuk
– Lajis dan Rahmad datang ke kubu di Lubuk Sengarat
– Lajis mengucapkan terima kasih kepada Zahid dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan isterinya daripada diceroboh oleh anjing penjajah itu
– Lajis mengatakan bahawa dia dan Pak Uda Ismail akan mendirikan bengkel senjata di rumah Pak Uda Ismail – mereka mahu membuat bedil (senapang) – laras dan ubat bedil akan dibeli di Singapura
– Lajis tidak dapat menetap di dalam bengkel itu kerana dia telah menjadi pengintip di Kuala Semantan – dia dan Rahmad akan menjadi pekerja di sebuah kedai kopi – mendapatkan maklumat tentang gerakan Inggeris di sana – segala gerakan itu akan diberitahu kepada Datuk Bahaman
– Lajis turut memberitahu mereka bahawa menurut Datuk Bahaman, Inggeris telah mengadakan mesyuarat dengan raja dan orang-orang besar di Pulau Tawar baru-baru ini – Inggeris membuat keputusan untuk mencabar Datuk Bahaman dan orang di Semantan

Bab 6: Kedatangan Mat Kilau
– Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan Samad beredar ke pekarangan masjid
– Zahid nampak ada orang asing datang – orang itu ialah Mat Kilau
– Mat Kilau bersalam dengan Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja
– Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar
– Banyak hal Datuk Bahaman dibincangkan dalam mesyuarat itu
– Perkara yang paling menyedihkan – Clifford meminta sultan mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah menderhaka – Clifford mendesak sultan jika baginda tidak mahu mengisytiharkan perkara itu, ertinya baginda menyebelahi Datuk Bahaman – Inggeris akan mengambil tindakan – membuang baginda ke sebuah pulau di tengah-tengah Lautan Hindi
– Sultan bersetuju lalu menandatangani surat pengisytiharan itu
– Clifford membaca pengisytiharan itu – Datuk Bahaman telah derhaka – segala gelaran Datuk Bahaman yang dianugerahi sultan telah ditarik balik – Datuk Bahaman tidak mempunyai kuasa lagi di Semantan – Datuk Bahaman bukan Orang Kaya Semantan lagi
– Datuk Bahaman memberitahu orang Semantan bahawa pangkat tidak penting baginya
– Semasa di Johor dahulu Gabenor Singapura telah menawarkan 500 ringgit sebulan kepada Datuk Bahaman – menolaknya– datang ke Johor membawa amanah rakyat – biar dicencang
lumat, beliau tidak akan mengikut telunjuk Inggeris

Bab 7: Retak Menanti Belah
– Hanya Zahid dan Awang Muhammad berkawal di dalam kubu Lubuk Sengarat
– Rahman membantu Pak Cik Hassan Tahmid di rumah Datuk Bahaman
– Samad sudah dua hari tidak pulang ke Lubuk Terua – ayahnya, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan
– Zahid membuat telahan bahawa mereka berdua mungkin ditangkap Inggeris
– Awang Muhammad tidak mahu Zahid berfikir yang bukanbukan
– Tidak lama kemudian, Datuk Bahaman, Imam Perang Weh, dan Datuk Panglima Raja datang ke kubu di Lubuk Sengarat itu
– Kemudian, Lajis pula tiba – membawa berita tentang Ismail dan Samad – mereka telah ditangkap Desborough dekat Batu Hampar dua hari lepas
– Datuk Bahaman mahu para pengikutnya menghilir ke Kuala Semantan untuk membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long Abas, dan Samad
– Mereka tiba di Kuala Semantan lewat tengah malam – mereka naik ke darat – pergi ke Rumah Pasung Temerloh
– Datuk Bahaman mengarahkan Lajis tinggal di luar kawasan rumah pasung itu
– Datuk Bahaman membaca sesuatu – mata-mata yang berkawal di pintu pagar terlentok tidur
– Mereka naik ke rumah pasung – Datuk Bahaman membaca sesuatu lagi – dua orang yang berkawal di rumah pasung itu tidur lena juga
– Datuk Bahaman mengambil anak kunci di dalam laci meja tempat mata-mata Inggeris itu tertidur
– Pak Uda Ismail, Pak Long Abas, dan Samad berjaya diselamatkan
– Datuk Bahaman bertanyakan perkara yang berlaku kepada mereka – ketiga-tiga mereka telah diseksa namun mereka tidak membocorkan rahsia tentang Datuk Bahaman

Bab 8: Darah Titik di Semantan
– Tengah hari itu Rahman dan Awang Muhammad berkawal di kubu
– Zahid dan Samad meronda di hujung kampung – ke bengkel membuat senapang – banyak buntut senapang yang sudah siap
– Hanya ada tiga orang tukang di situ – Zahid bertanya tentang tukang-tukang yang lain – menurut Samad, mereka tidak datang bekerja – kerja-kerja tidak dapat diteruskan – besi dan laras senapang yang dipesan oleh Datuk Bahaman belum tiba sepenuhnya – saudagar yang membekalkan besi laras
senapang dan ubat bedil menunggu wang daripada mereka
– Zahid dan Samad keluar dari bengkel – berjalan di sepanjang kampung menuju ke kubu di Lubuk Sengarat
– Tiba-tiba Pak Long Abas berlari menuju ke sebelah hulu dengan pakaian yang basah kuyup
– Pak Long Abas terlentang di atas tangga rumah Datuk Bahaman
– Datuk Bahaman membasahkan kepala Pak Long Abas – Pak Long Abas tersedar – Datuk Bahaman memberikan isyarat kepada Imam Perang Weh supaya memimpin Pak Long Abas ke serambi
– Pak Long Abas menceritakan peristiwa yang berlaku
– Datuk Bahaman bertekad untuk menentang Inggeris
– Imam Perang Weh, Datuk Panglima Raja, Zahid, dan Samad menyokong Datuk Bahaman
– Jika benar Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan – biarlah giliran darah Desborough pula yang menitik
– Datuk Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk menentang Inggeris

Bab 9: Ada Ubi Ada Batas
– Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu Lubuk Sengarat
– Bambu runcing sudah siap
– Pak Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang
– Datuk Bahaman pula tiba di kubu itu – memikul seutas rantai besi yang panjang bersama-sama dengan Imam Perang Weh
– Tuk Muda Bidin dan Datuk Panglima Raja mengiringi mereka
– meletakkan rantai besi betul-betul di pangkal pokok merbau berdarah
– Datuk Bahaman memegang hujung rantai itu lalu terjun ke dalam lubuk – berenang ke seberang seorang diri – mengikat rantai besi itu pada pangkal pokok jambu air di seberang sungai – berenang semula ke seberang
– Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpulkan orang mereka untuk mengepung rumah pasung (balai polis)
– Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orangorangnya perlu merempuh rumah pasung itu – semua mata-mata Inggeris itu perlu dibunuh dan senjata mereka perlu dirampas
– Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh segera beredar
– Lajis membawa berita bahawa Desborough mudik dengan lima puluh orang mata-mata Sikh – sebuah daripada perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan – ada mayat di dalam perahu itu
– Datuk Bahaman berbisik bahawa mayat itu ialah mayat Ismail
– Enam buah perahu yang lain sedang mudik hendak menangkap Datuk Bahaman
– Kalau tidak dapat menangkap Datuk Bahaman hidup-hidup, mayat Datuk Bahaman hendak dibawa juga ke Kuala Semantan
– Senja tiba – perahu yang membawa Desborough tiba
– Perahu-perahu yang lain pun sampai
– Perahu Desborough mula bergerak semula – apabila bahagian tengah perahu itu hampir bersetentang dengan rantai yang tenggelam di dalam air, Datuk Bahaman merentap rantai
besi hingga tegang – perahu Desborough pun terbalik – Desborough dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai
– Perahu kedua, ketiga, dan keempat juga terbalik apabila Datuk Bahaman menarik rantai besi itu
– Datuk Bahaman memberikan perintah serang – Lajis naik ke darat lalu memukul tabuh
– Pertarungan berlaku – berpuluh-puluh bambu runcing bertaburan menghujani tempat air berpusing di sebelah hilir
– Beberapa orang mata-mata Sikh hilang di olak lubuk
– Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya
– mengejar musuh-musuh yang bergantung pada perahu yang terlingkup
– Kira-kira sejam kemudian, keadaan pun sunyi semula – orang-orang Datuk Bahaman pulang ke kubu
– Malam itu, mereka berkumpul di rumah Datuk Bahaman
– Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan besar

Bab 10: Inggeris Mesti Dikalahkan
– Mesyuarat malam itu berbeza
– Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh:
– membawa lima, enam puluh orang di rumah pasung untuk menyerang Bentong pada malam itu juga
– mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentong
– mengalahkan Inggeris
– merampas senjata Inggeris
– Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela akan ke Temerloh – mereka akan mengambil mayat Ismail – mengebumikannya di Semantan – menghancurkan kekuatan Inggeris di sana
– Zahid, Awang Muhammad, dan Samad akan mengikut Datuk Bahaman ke Semantan
– Rahman akan menolong Hassan Tahmid – mereka diminta menghebohkan tentang perang kepada orang ramai
– Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat, lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh
– dijangka sampai pada malam itu juga – mereka akan menyelamatkan mayat Ismail – mengebumikannya esok
– Selepas selesai mesyuarat, semua orang beredar
– Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Lajis mengikut Datuk Bahaman menghilir ke Kuala Semantan – tiba di Kuala Semantan sebelum subuh
– Lajis memimpin mereka ke kedai kopinya
– Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung – berhenti tiga puluh depa daripada rumah pasung itu – membaca sesuatu
– dua orang mata-mata Sikh terlentok tidur
– Mayat Pak Uda Ismail dibawa ke perahu
– Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan  mengebumikan mayat Pak Uda Ismail esoknya
– Datuk Bahaman dan orang-orangnya bergerak ke rumah pasung
– Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam – semua mata-mata Sikh dibunuh – senapang dan peluru mereka dirampas

Bab 11: Desborough Datang Lagi
– Tengah hari itu terdapat dua pasukan, satu yang diketuai oleh Datuk Bahaman dan yang satu lagi diketuai oleh Datuk Panglima Raja
– Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Mat Lela dipilih untuk menyertai pasukan Datuk Panglima Raja – pasukan mereka mempunyai 25 orang ahli – semuanya orang muda dan tahan lasak
– Pasukan mereka ditugaskan untuk meronda di luar kawasan bandar Kuala Semantan
– Mereka terdengar bunyi orang bercakap dalam bahasa yang tidak difahami oleh mereka dari sebuah bukit – terdapat lima orang mata-mata Sikh sedang memasak roti
– Tiba-tiba pemuda yang membawa senapang kopak daripada pasukan mereka telah menembak mata-mata Sikh itu – empat orang mata-mata Sikh tersungkur tetapi seorang dapat melarikan diri
– Keesokannya mereka meneruskan perjalanan – pada waktu tengah hari, mereka berhenti untuk memasak makanan – selepas makan mereka meneruskan perjalanan
– Mereka sampai di kawasan lapang di sebuah bukit – menurut Datuk Panglima Raja, di kawasan itu pasti ada mata-mata Inggeris
– Datuk Panglima Raja mengarahkan Zahid, Awang Muhammad, Samad, dan lima orang lagi untuk pergi meminjam sebiji kawah, lima puluh biji mangkuk, dan sepuluh biji kelapa parut serta gula kabung
– Beberapa pemuda yang lain diarahkan pergi mencari ubi gadung di hutan
– Mereka hendak membuat bubur ubi gadung – bubur itu diisikan ke dalam mangkuk dan dihidangkan di atas tikar yang terbentang di tempat lapang
– Kemudian, Datuk Panglima Raja mengarahkan mereka bersembunyi
– Tidak lama kemudian, datang empat puluh orang mata-mata Sikh dan dua orang Inggeris – mata-mata Sikh berebut-rebut makan bubur ubi gadung itu – dua orang Inggeris tidak makan
– salah seorang daripada Inggeris itu ialah Desborough
– Mata-mata Sikh mula mabuk – seorang demi seorang terjun ke dalam sungai – akhirnya, semua mata-mata Sikh hilang dibawa arus – dua orang Inggeris itu melarikan diri

Bab 12: Tipu Helah Inggeris
– Dalam dua tiga minggu itu keadaan di Semantan tenang
– Datuk Panglima Raja akan membawa 100 orang ke Batu Hampar
– 200 orang lagi akan berkubu dekat Pasir Tuk Anjang – mereka akan diketuai oleh Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin
– Zahid, Mat Lela, dan Tuk Selampit akan berkawal di Lubuk Sengarat
– Menurut Datuk Bahaman, perjuangan mereka kali ini lebih sulit – pasukan musuh yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris akan diketuai oleh Desborough sendiri
– Mereka akan tiba bersama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali
– Datuk Bahaman berkata bahawa kalau askar-askar sultan bercampur dengan mata-mata Sikh, mereka akan berundur
– Datuk Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman mengikut pasukan Datuk Panglima Raja ke Batu Hampar
– Menjelang senja, perahu yang membawa Desborough tiba di Lubuk Terua – tidak ada askar-askar sultan di dalam perahunya
– Sebaik-baik sahaja bahagian haluan perahu itu bersetentang dengan rantai besi yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu
– Perahu Desborough terbalik – Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air
– Para pengikut Datuk Bahaman menghujani mereka dengan bambu runcing
– Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi
– Datuk Bahaman mengarahkan Samad memukul tabuh
– Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris
– Askar-askar sultan terpinga-pinga – mudik semula ke Kuala Semantan
– Keadaan di Semantan kembali tenang
– Mat Kilau datang ke Pulau Tawar – membawa berita – Clifford tidak berpuas hati – tidak ada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera – menganggap mereka sudah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman
– Clifford menggugut sultan – kalau sultan tidak bersungguh-sungguh menentang Datuk Bahaman, ertinya baginda menyebelahi penderhaka – boleh dibuang ke mana-mana pulau di Lautan Hindi
– Roger sangat marah kepada Datuk Bahaman – akan mudik ke Semantan – membawa sultan dan Tengku Ali
– Mat Kilau mengusulkan agar Datuk Bahaman berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak

Bab 13: Sebuah Perjanjian
– Berita kedatangan musuh disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut
– Empat hari kemudian, Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat
– Roger memang mudik seperahu dengan sultan dan Tengku Ali
– Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak, dan orang tua ke Darat Kelubi
– Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang – dari sana senang mereka hendak melarikan diri ke Darat Kelubi
– Tuk Selampit tidak bersetuju mereka melarikan diri – mahu menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Inggeris
– Datuk Bahaman bertegas – Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan tidak duduk di sebelahnya
– Suasana di Lubuk Sengarat sepi
– Tiba-tiba Lajis datang memberitahu mereka bahawa musuh sudah sampai
– Rodger berada di dalam perahu yang pertama sekali sampai di Lubuk Sengarat – dia diapit oleh sultan dan Tengku Ali
– Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman
– Perahu-perahu yang membawa mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan berlalu
– Tuk Selampit beredar dalam keadaan marah
– Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada malam itu juga
– Sultan memang menyokong perjuangan mereka – dalam dilema – mahu perjuangan esok perjuangan yang penghabisan
– Selepas itu, Datuk Bahaman dan para pengikutnya perlu meletakkan senjata – menjalani kehidupan seperti biasa
– Sultan akan mengampunkan mereka – menganugerahkan pangkat dan kuasa kepada Datuk Bahaman semula
– Mengikut perjanjian yang dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman, esok askar-askar sultan akan naik ke darat dan pura-pura berperang dengan pihak Datuk Bahaman
– Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara
– Lewat tengah hari, pihak Datuk Bahaman akan melarikan diri
– Pihak sultan dan Inggeris akan bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan mengajak Rodger menyaksikan kemenangan itu

Bab 14: Jatuhnya Lubuk Terua
– Sekumpulan askar sultan naik dari pasir Tuk Anjang diikuti oleh pasukan kedua, ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya hingga tebing Pasir Tuk Anjang dipenuhi askar-askar sultan
– Tidak berapa lama kemudian, tembakan pertama dilepaskan oleh askar sultan diikuti oleh tembakan kedua, ketiga, dan seterusnya
– Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan – semua tembakan dihalakan ke udara sahaja
– Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan di pahanya
– Tidak lama kemudian, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya – dia tidak dapat diselamatkan
– Datuk Panglima Raja menyuruh para pengikutnya mengamuk
– Datuk Bahaman tidak membenarkan mereka mengamuk – beliau berpegang pada janji
– Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid – melompat keluar dari kubu – melepaskan tembakan ke arah askar sultan – sasarannya meleset
– Bahu Datuk Panglima Raja cedera akibat ditembak askar sultan
– Datuk Bahaman mengheret Datuk Panglima Raja masuk ke dalam kubu
– Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri
– Nasib mereka malang – ketua askar sultan menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh
– Menjelang waktu Zuhur, bunyi tembakan tidak kedengaran lagi
– Perajurit-perajurit Semantan berundur ke Darat Kelubi
– Askar-askar sultan bersorak kemenangan
– Rodger mengucapkan tahniah kerana mereka telah menang dan mengatakan bahawa Datuk Bahaman mungkin telah mati
– Mat Kilau datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman – membawa surat pengampunan beramai-ramai
yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad
– Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad
– Semua yang menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman
– Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus orang askar mudik ke Batu Hampar
– Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah tinggal keseorangan
– Tuk Gajah pula akan mudik ke Sungai Tembeling dan terus ke Kelantan atau Terengganu berserta dengan Mat Kilau
– Seminggu kemudian, askar-askar sultan di bawah pimpinan orang lain datang ke Lubuk Terua
– Mereka mencari Datuk Bahaman tetapi tidak berhasil
– Akhirnya, mereka bertindak membakar rumah orang kampung
– Orang-orang muda, tua, perempuan, dan kanak-kanak turut ditembak dan dibakar hangus
– Datuk Bahaman berpatah balik dan membunuh askar-askar Inggeris
– Datuk Bahaman kemudian mudik ke Sungai Tembeling dan bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau


Share:

Selasa, 26 Mei 2020

Novel: Meniti Impian (Osman Ayob)

Kupasan Novel:
MENITI IMPIAN (Osman Ayob)

Edisi: Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Negeri Sembilan

Sinopsis Ringkas
[Sinopsis Mengikut Bab]
     Zahar seorang pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi. Impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke ITM selepas menduduki peperiksaan SPM musnah. Hal ini berlaku demikian kerana dia demam sewaktu peperiksaan berlangsung. Kemiskinan menyebabkan Zahar tidak berpeluang untuk belajar semula. Zahar terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu dua orang adiknya yang masih bersekolah. Bapa Zahar telah meninggal dunia, sementara ibunya hanya mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung memaksa Zahar melupakan impiannya untuk ke menara gading seketika. Tindakannya itu telah disalahertikan oleh kawan baiknya, Suhaili. Suhaili menganggap Zahar sebagai manusia yang gagal kerana tidak berjaya ke ITM walaupun semasa di sekolah mereka telah berjanji bersama-sama untuk ke ITM.

     Bagi meringankan beban ibunya, Zahar membantu bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel perabot. Pak Yusuf dapat mengesan bakat, keazaman, dan kemahiran yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Dia sentiasa memberi perangsang dan dorongan agar Zahar berjaya suatu masa nanti. Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia sangat berminat dalam kerja pertukangan perabot dan bercita-cita untuk memiliki bengkel perabot suatu masa nanti. Oleh itu, dia telah membuat permohonan ke IKM bagi memenuhi impiannya itu. Pak Yusuf berasa amat gembira. Pak Yusuf berharap agar Zahar dapat meneruskan warisannya sebagai tukang perabot di kampungnya nanti. 

Share:

Inti Pati Bab Novel Meniti Impian - Sinopsis Mengikut Bab

Bab 1: Cita-cita
– Pak Yusuf berasa simpati akan nasib yang menimpa anak saudaranya, Zahar
– Selepas gagal menduduki tingkatan enam, Zahar banyak mendiamkan diri dan termenung
– Impian Zahar untuk belajar terhalang kerana ibunya tidak mampu
– Ibu Zahar perlu menanggung belanja persekolahan dua orang adik Zahar
– Zahar sanggup bekerja di bengkel perabot kecil milik Pak Yusuf untuk membantu ibunya
– Pak Yusuf tahu bahawa Zahar mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi untuk berjaya
– Pak Yusuf bertanya kepada Zahar tentang keputusan temu duganya tempoh hari
– Zahar menjawab bahawa keputusan temu duga tersebut mungkin keluar dalam minggu itu
– Pak Yusuf berharap agar Zahar dapat masuk ke IKM
– Walaupun dengan peralatan yang serba kekurangan, Pak Yusuf dapat menghasilkan perabot yang baik seperti yang diminta oleh orang kampung dengan bantuan Zahar
– Pak Yusuf sentiasa memberi perangsang kepada Zahar agar dapat mencapai impiannya untuk belajar di IKM
– Pak Yusuf yakin bahawa Zahar akan cepat mahir jika mendapat latihan yang lebih sempurna


Bab 2: Tawaran
– Mak Kiah menunggu kepulangan Zahar di rumah pada tengah hari itu
– Mak Kiah menunjukkan sekeping surat kepada Zahar 
– Zahar membaca surat itu – berjaya masuk ke IKM – ditawarkan Kursus Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani
– Zahar berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakannya, Bakar dan Rahim
– Zahar teringat sewaktu zaman persekolahannya dahulu dan kejayaan Suhaili belajar di ITM
– Zahar berasa rendah diri – hanya mampu belajar di IKM jika hendak dibandingkan dengan Suhaili
– Zahar pulang dari masjid menunaikan solat isyak – termenung
– hatinya berkonflik – mahu memberitahu Suhaili tentang tawaran yang diterimanya siang tadi atau tidak 
– Hati Zahar resah gelisah apabila teringatkan Suhaili bekas rakan sekolahnya dulu
– Hingga lewat malam baru Zahar dapat melelapkan mata


Bab 3: Cabaran
– Zahar ingin berkongsi kegembiraannya dengan Suhaili
– Zahar menelefon Suhaili
– Zahar berasa gembira – Suhaili sudi bertemu dengannya di City Point, Alor Setar
– Zahar mengimbas kembali kenangan sewaktu di sekolah
– sering berbincang dan berdebat dengan Suhaili di dalam bilik darjah
– keintiman Zahar dengan Suhaili menyebabkan Bakar selalu mengusiknya
– Suhaili pendiam tetapi mudah mesra
– Suhaili menjadi kawan baiknya
– Sikap Zahar yang mementingkan pelajaran membuat Suhaili menyenanginya
– Suhaili mencabar Zahar untuk mendapatkan gred satu dalam peperiksaan SPM supaya mereka dapat masuk ke ITM bersama-sama
– Zahar menyahut cabaran Suhaili
– Segala cita-cita Zahar musnah kerana dia demam sewaktu peperiksaan berlangsung


Bab 4: Pertemuan
– Perasaan Zahar berdebar-debar dan sedikit gugup untuk bertemu dengan Suhaili
– Zahar sengaja pergi awal ke Alor Setar kerana tidak mahu menaiki bas yang sama dengan Suhaili
– Zahar bimbang jika orang kampung ternampak kelibatnya bersama Suhaili pasti akan menjatuhkan air mukanya
– Saat yang dinanti-nanti pun tiba
– Zahar berasa sangat teruja untuk bertemu dengan Suhaili
– Zahar memberitahu Suhaili tentang tawaran yang telah diterimanya
– Suhaili kecewa kerana Zahar tidak meneruskan cita-citanya untuk ke ITM
– Zahar cuba mempertahankan dirinya – mengatakan bahawa dia tidak mampu 
– ibunya susah - terpaksa menanggung dua orang adiknya yang masih bersekolah
– Penjelasan Zahar tidak dapat diterima oleh Suhaili
– Suhaili memandang rendah pada lepasan IKM
– Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan masa depan yang baik untuk Zahar - beranggapan bahawa IKM hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat
– Zahar berasa terhina oleh kata-kata Suhaili
– Suhaili minta diri secara tergesa-gesa
– Zahar mengekori Suhaili dari belakang secara senyap-senyap
– Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan


Bab 5: Dilema
– Zahar berasa amat sedih
– Zahar teringat akan kata-kata Suhaili tempoh hari – penuh dengan penghinaan dan sindiran
– Kata-kata Suhaili itu tidak melemahkan semangat Zahar untuk mencapai cita-citanya
– Kemurungan Zahar disedari oleh Pak Yusuf
– Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia tidak apa-apa
– Zahar berdalih – agak sedih kerana terpaksa meninggalkan Pak Yusuf keseorangan bekerja di bengkel itu
– Hakikatnya kata-kata yang keluar daripada mulut Suhaili kelmarin benar-benar menghiris tangkai hati Zahar
– Pak Yusuf memujuk Zahar – berjanji untuk membantu persekolahan adik-adik Zahar sewaktu dia belajar di IKM
– Zahar berasa terharu
– Zahar berjanji akan belajar sungguh-sungguh hingga berjaya mencapai cita-citanya sebagai tukang perabot yang terkenal suatu hari nanti
– Perbualan Zahar dan Pak Yusuf terhenti apabila Mak Temah memberitahu Pak Yusuf bahawa hidangan telah siap 
– Mak Temah meminta Pak Yusuf mengajak Zahar makan


Bab 6: Perjalanan
– Awal-awal lagi Pak Yusuf, iaitu adik kepada emak Zahar sudah sampai di rumah Zahar
– Pak Yusuf memberitahu emak Zahar bahawa dia telah menempah sebuah teksi untuk membawa Zahar ke IKM di Sungai Petani
– Zahar berasa kurang senang kerana Pak Yusuf telah menyewa kereta Pak Usin, iaitu bapa saudara Suhaili
– Tidak lama kemudian, Pak Usin tiba
– Tauke Lim turut menaiki teksi yang sama dengan Zahar dan Pak Yusuf
– Tauke Lim hanya menumpang teksi tersebut hingga ke Pekan Lama
– Tauke Lim memuji Zahar kerana mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pengusaha perabot
– Perjalanan mereka tiba di destinasi
– Zahar ke kaunter pendaftaran
– Zahar diminta mengisi satu set borang – menyerahkan borang itu kepada kerani yang bertugas
– Kerani itu memberitahu Zahar bahawa dia ditempatkan di asrama di dalam institut
– Zahar mencari Pak Yusuf
– Pak Yusuf memperkenalkan Pak Kamil yang turut menghantar anak gadisnya ke IKM kepada Zahar
– Hati Zahar berdegup kencang melihat anak gadis Pak Kamil
yang bernama Norimi
– Norimi berasa sesuatu yang berbeza sewaktu melihat Zahar
– Norimi mengambil bidang Lukisan Seni Bina
– Mereka berjalan menuju ke asrama
– Dalam perjalanan menaiki tangga asrama Zahar melihat sekumpulan pelatih berkerumun di hadapan papan kenyataan
– Zahar membaca sekeping poster pada papan kenyataan itu
– minggu suai kenal akan diadakan pada hari itu – semua pelatih baharu diminta berkumpul di padang institut pada pukul 2:30 petang


Bab 7: Suai Kenal
– Minggu suai kenal bermula
– Minggu suai kenal itu dikendalikan oleh pelatih senior
– Pelatih senior mengingatkan pelatih baharu tentang masa depan mereka sebagai pekerja kolar biru yang akan bekerja di bengkel, di tapak binaan, atau di tengah terik matahari
– Semua pelatih IKM mesti memiliki semangat, cita-cita, dan keyakinan yang kental untuk berjaya mengejar cita-cita
– Pelatih baharu dipecahkan kepada enam kumpulan – setiap kumpulan diketuai oleh seorang pelatih senior
– Semua pelatih baharu bergerak mengikut ketua masing-masing menuju ke tempat yang telah ditetapkan
– Sebelum itu, mereka singgah di stor untuk mengambil pelbagai peralatan untuk bergotong-royong
– Semua pelatih bergotong-royong membersihkan kawasan belakang institut yang akan didirikan bangunan asrama yang baharu
– Zahar sempat berbual mesra dengan Norimi
– Apabila aktiviti gotong-royong tamat, para pelatih diarahkan ke dewan makan untuk minum petang
– Pelatih senior memaklumkan bahawa selepas minum nanti pelatih baharu boleh balik ke asrama dan berehat
– Pelatih baharu diingatkan agar berkumpul di surau sebelum maghrib untuk solat maghrib bersama-sama
– Selepas makan malam pukul 8:00 nanti para pelatih baharu diminta berhimpun di dewan utama – acara suai kenal yang istimewa sudah diatur untuk mereka


Bab 8: Kemahiran
– Minggu suai kenal sudah berakhir
– Semua pelatih ditempatkan di dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing
– Zahar yang mengikuti kursus Pertukangan Perabot mendapat cikgu Baharum sebagai guru kelasnya
– Cikgu Baharum memulakan sesi pengenalan diri
– Semua pelatih diminta:
– memperkenalkan diri
– menceritakan latar belakang kehidupan mereka
– menyatakan cita-cita selepas menamatkan latihan di IKM nanti
– Zahar menceritakan pengalamannya mula terbabit dalam kerja-kerja pembinaan perabot bersama-sama dengan bapa saudaranya
– Cikgu Baharum berasa gembira apabila Zahar menyatakan bahawa dia mahu memiliki bengkel sendiri dan menghasilkan perabot yang canggih suatu hari nanti
– Cikgu Baharum memulakan kelas dengan penerangan lengkap tentang latihan Pertukangan Perabot
– Zahar berasa kagum melihat peralatan yang ada
– Selepas menerangkan jenis-jenis kayu dan papan yang sesuai dibuat perabot, Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke Blok B
– Di blok tersebut terdapat stor penyimpanan berbagai-bagai kayu dan perabot
– Zahar tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor menyimpan kayu dan papan
– Cikgu Baharum menyatakan bahawa semua pelatihnya tidak dibenarkan menggunakan mesin tersebut melainkan mereka sudah mahir menggunakan alat pertukangan biasa
– Cikgu Baharum turut mengingatkan para pelatihnya bahawa pelajaran teori sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan sepanjang latihan yang akan dijalankan
– Para pelatih akan banyak terdedah kepada latihan amali yang dilaksanakan di dalam bengkel
– Di kampus, Zahar telah memulakan persahabatan dengan rakan-rakan yang baharu
– Antara semua kenalan baharu Zahar, Noimilah yang paling dekat dalam hatinya


Bab 9: Kepulangan
– Zahar pulang ke kampung pada hujung minggu itu
– Kepulangan Zahar kali ini terasa lain daripada kepulangannya pada masa-masa yang lalu
– Zahar melihat ramai orang di rumah Pak Karim
– Beberapa orang kampung sedang sibuk menumis gulai
– Zahar tertanya-tanya tentang kenduri yang diadakan di rumah Pak Karim, iaitu ketua kampungnya itu
– Setibanya di rumah, Zakri, adik Zahar yang bongsu memberitahu bahawa emak dan abangnya, Halim telah pergi ke rumah Pak Karim
– Zakri mengatakan bahawa kenduri itu diadakan adalah untuk meraikan Suhaili yang berjaya mendapat kerja di Petaling Jaya
– Zahar mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Pak Yusuf
– Rumah Pak Yusuf lengang
– Zahar masuk ke dalam bengkel – tertarik melihat rangka almari yang sudah berdiri tegak
– Zahar teringat akan kata-kata Cikgu Baharum tentang ciri-ciri perabot yang bermutu
– Zahar melangkah ke tempat kerja Pak Yusuf – mengambil sekeping papan lalu mengetamnya
– Pak Yusuf pulang – bertanyakan sebab Zahar tidak pergi ke rumah Pak Karim
– Zahar memberikan alasan – segan – selepas zuhur pasti kenduri sudah habis
– Zahar bertanyakan orang yang menempah almari itu
– Pak Yusuf menjawab bahawa orang tersebut ialah Tauke Lim
– Tidak lama kemudian, Mak Temah pula pulang
– Mak Temah bertanyakan sebab Zahar tidak pergi ke rumah Pak Karim
– Zahar memberikan alasan – pulang lewat tadi
– Mak Temah menyuruh Zahar makan nasi kenduri yang dibawanya dari rumah Pak Karim
– Zahar terpaksa akur walaupun hatinya berat untuk menjamah hidangan tersebut


Bab 10: Nota
– Suasana di pejabat IKM sibuk
– Pelatih berbaris untuk mengambil wang imbuhan masing-masing
– Zahar mendapat wang imbuhan sebanyak RM200
– Dengan wang itu, Zahar berbelanja sejimat-jimatnya hingga cukup bulan – tidak mahu menyusahkan emaknya – emaknya sudah cukup bersusah payah mencari wang untuk menyekolahkan dua orang adiknya
– Zahar bersyukur – emaknya yang sebelum ini sakit-sakit kelihatan sudah sihat – sudah menoreh getah semula
– Pada hari-hari tidak bersekolah, Halim dan Zakri turut membantu emaknya memesin getah dan menetak mengkuang
– Zahar selalu mengingatkan adik-adiknya agar ringan tulang dan belajar sungguh-sungguh
– Setelah mengambil wang imbuhan Zahar keluar dari kaunter pejabat – beredar ke tempat surat
– Habsah memberitahu Zahar bahawa ada surat untuknya
– Norimi yang juga berada di situ seolah-olah terasa cemburu – menyangka surat tersebut datang daripada teman wanita Zahar
– Zahar menafikannya tetapi Norimi tidak percaya
– Zahar ke tandas – membaca surat itu – surat daripada Suhaili
– Isi surat itu:
– Suhaili meminta maaf kepada Zahar atas kata-kata dan tingkah lakunya semasa mereka berjumpa dahulu
– mengatakan bahawa dia akan memilih haluannya sendiri
– meminta Zahar memilih haluan Zahar
– meminta Zahar meleraikan ikatan hati antara mereka berdua
– Zahar tidak berminat untuk meneruskan pembacaannya lagi – kembali ke kelas – meneruskan kerjanya membuat sebuah kerusi
– Zahar mahu mendengar komen Cikgu Baharum tentang rangka asas kerusi itu
– Sementara menunggu Cikgu Baharum, Zahar mengeluarkan surat dari saku bajunya
– Surat yang baru diterimanya daripada Suhaili tidak akan mematahkan semangat Zahar
– Dia akan membalas surat Suhaili itu dengan ringkas sahaja


Bab 11: Parut Luka
– Zahar mengizinkan Norimi membaca surat yang telah dihantar oleh Suhaili untuk meleraikan perasaan cemburunya
– Norimi meminta maaf kerana telah membaca surat yang terlalu peribadi walaupun dengan keizinan daripada tuannya
– Melalui surat tersebut, barulah Norimi tahu bahawa Zahar ke IKM membawa hati yang luka
– Perbualan Zahar dan Norimi terganggu seketika apabila Maarof ketua pasukan bola sepak mengajak Zahar berlatih sekali di padang
– Zahar diajak berlatih bermain bola sepak bersama dengan kawan-kawannya
– Ramli yang turut berada di situ memperli Zahar hingga menyebabkan dia berasa tercabar
– Zahar menunjukkan kehebatannya sebagai pemain bola sepak
– Norimi yang berada di tepi padang memberi sokongan moral kepada Zahar
– Bagi Norimi, alangkah baiknya kalau Zahar terpilih ke Alor Setar nanti


Bab 12: Kejohanan
– Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan pekarangan IKM Alor Setar
– Maarof sebagai ketua pasukan meminta rakan-rakan yang lain memberikan tepukan kepada Zahar kerana telah membantu IKM Sungai Petani mengalahkan IKM Alor Setar 
– Rakan-rakan Zahar termasuklah Norimi yang berada di sebelah Zahar bertepuk tangan
– Zahar bangun – mengatakan kemenangan itu ialah kemenangan mereka semua
– Seisi bas kecuali pemandu bas bertepuk tangan
– Zahar masih ingat akan Hanafi, Redzuan, dan Maaroflah yang telah mengendalikan sesi minggu suai kenal semasa dia mula mendaftarkan diri dahulu
– Sejak mengenali Hanafi, Zahar tahu bahawa dia tidak akan bertolak ansur tentang disiplin – tidak segan menegur pelatih-pelatih yang tidak berdisiplin – Hanafi menunjukkan disiplin yang tinggi
– Maarof memiliki sifat kepemimpinan – sebagai Yang Dipertua Persatuan Pelatih IKM Sungai Petani, pelbagai aktiviti telah dilaksanakannya
– Kerjasama antara Maarof, Hanafi, dan Redzuan membuatkan acara ramah mesra dan maaf-memaafkan semasa minggu suai kenal berlangsung dalam suasana yang harmoni – hasilnya, hubungan antara pelatih senior dengan pelatih baharu erat dan mesra
– Maarof mengingatkan rakan-rakannya agar turun berlatih bagi menghadapi perlawanan dengan IKM Alor Setar sekali lagi di padang IKM Sungai Petani


Bab 13: Kemenangan
– Ketibaan pasukan IKM Alor Setar disambut dengan meriah dan mesra oleh pelatih-pelatih IKM Sungai Petani
– Pelatih perempuan yang diketuai oleh Norimi menyediakan jamuan ringan untuk mereka
– Setelah jamuan selesai, kedua-dua pasukan termasuk penyokong masing-masing turun ke padang untuk memulakan perlawanan
– Zahar yang bijak mengambil peluang telah berjaya menghantar bola kepada Ramli
– Ramli berjaya membuat jaringan
– Redzuan sebagai penjaga gol bertindak cemerlang untuk menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pasukan lawan
– Berkat kesungguhan dan juga sokongan daripada guru dan juga penyokong, pasukan bola sepak IKM Sungai Petani berjaya mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan keputusan 1-0.
– Walaupun kalah, pasukan IKM Alor Setar tetap mesra terhadap pasukan IKM Sungai Petani
– Yusuf Senot bertanya kepada Maarof tentang pasukan mana yang akan dilawan oleh mereka nanti
– Maarof mengatakan bahawa perlawanan begitu atas dasar persahabatan dan untuk memperat hubungan dengan pihak luar, perlawanan sebegitu perlu diteruskan jika ada pasukan yang sudi bermain dengan mereka
– Zahar mencadangkan agar mereka mempelawa pasukan badan-badan belia di daerah itu untuk berlawan dengan pasukan mereka


Bab 14: Ujian
– Sebulan sebelum peperiksaaan semua kegiatan luar dihentikan
– Semua pelatih bertungkus lumus membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan
– Sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional (MLVK) menjadi idaman semua pelatih
– Zahar yang awal-awal lagi mahu mencapai kejayaan yang cemerlang telah belajar sungguh-sungguh
– Segala nasihat daripada Cikgu Baharum diingati dan diamalkan oleh Zahar satu persatu
– Cikgu Baharum berpesan kepada para pelatihnya agar:
   – tidak mudah panik
   – tekun menyiapkan kerja
   – membuat kerja dengan sabar sehingga siap
– Sewaktu peperiksaan, Zahar memulakan projek dengan tenang
– Zahar membuat rak buku dengan teliti
– Zahar dapat menyiapkan rak bukunya sejam sebelum tempoh 15 jam yang diberikan berakhir
– Rak buku yang dibuat oleh Zahar kelihatan kukuh dan halus buatannya
– Baki masa yang ada digunakan oleh Zahar untuk melicinkan bahagian-bahagian yang dirasakan kurang memuaskannya
– Pegawas peperiksaan tertarik dengan rak yang dihasilkan oleh Zahar
– Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih dibenarkan pulang ke kampung masing-masing
– Para pelatih akan bercuti selama tiga minggu
– Zahar mahu mempraktikkan segala ilmu yang dipelajarinya di bengkel Pak Yusuf nanti
– Sewaktu menuju ke stesen bas, Zahar membantu Norimi membawa beg besar kepunyaannya
– Ramli pula membawa beg kepunyaan Habsah
– Mereka berpisah setelah bas masing-masing tiba


Bab 15: Semangat
– Bercuti di kampung amat menggembirakan Zahar cuma hatinya terusik apabila terpaksa melintasi simpang jalan, matanya cepat terarah ke rumah Pak Karim
– Zahar tidak suka kenangan lama yang pahit menghambat hidupnya – yang penting cita-cita yang dikejarnya akan tercapai
– Pagi itu Zahar ke rumah Pak Yusuf
– Pak Yusuf tersenyum gembira menyambut kedatangan Zahar
– Zahar begitu bersemangat sewaktu bercerita tentang peperiksaan yang dihadapinya kepada Pak Yusuf
– Kemunculan Mak Temah yang menatang dulang berisi seteko kopi panas membantutkan perbualan antara Zahar dengan Pak Yusuf
– Selepas minum kopi, Zahar membantu Pak Yusuf membuat meja 
– Zahar berasa terkejut kerana Tauke Lim telah menempah meja kayu yang agak banyak untuk kedai kopi yang bakal dibukanya
– Kedai kopi itu akan dibuka di pekan baharu
– Pelanggannya nanti tentulah orang kampung berdekatan
– Kampung yang paling dekat ialah Kampung Banggul Derdap
– Zahar teringat akan novel yang dikarang oleh Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang berlatarkan kampung tersebut
– Zahar berpendapat bahawa Tauke Lim sudah nampak peluang perniagaan yang ada situ – dia dan Pak Yusuf perlu juga merebut peluang yang ada
– Zahar bercita-cita mahu memperbesar bengkel Pak Yusuf, menggantikan peralatan di bengkel itu dengan yang baharu supaya pengeluaran perabot dapat ditingkatkan
– Zahar bercita-cita untuk membuka sebuah kedai perabot juga
– Zahar mengatakan bahawa selepas latihan di IKM tamat nanti dia akan memohon pinjaman MARA
– Pak Yusuf mendoakan cita-cita Zahar tercapai


Bab 16: Perjuangan
– Zahar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
– Cikgu Baharum tersenyum riang – seorang sahaja pelatihnya yang gagal
– Cikgu Baharum berpesan kepada pelatihnya supaya terus gigih berusaha hingga berjaya – mengingatkan pelatihnya agar bersedia untuk menjalani latihan dengan lebih intensif
– mereka akan dihantar ke bengkel atau ke kilang untuk menjalani latihan sambil bekerja
– Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja dirasai oleh pelatih Pertukangan Perabot tetapi turut dirasai oleh semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas juga
– Zahar melihat wajah Norimi berseri-seri sewaktu berada di dewan makan
– Zahar menghampiri Norimi
– Norimi mengucapkan tahniah atas kejayaan Zahar
– Habsah memberitahu Zahar bahawa Norimi memperoleh kejayaan yang cemerlang juga
– Zahar mengucapkan tahniah kepada Norimi


Bab 17: Harapan
– Zahar berasakan enam bulan terlalu singkat 
– Para pelatih perlu bersedia dan bekerja keras untuk menjalani latihan dengan lebih intensif bagi menghadapi dua lagi peperiksaan, iaitu peperiksaan Peringkat Pertengahan Sijil MLVK dan peperiksaan akhir IKM untuk menentukan sama ada pelatih layak atau tidak mendapat sijil IKM
– Doa restu daripada emak, kemajuan adik-adiknya dalam pelajaran, dan dorongan Pak Yusuf di kampung membuat fikiran Zahar tenteram
– Ingatan Zahar kepada Suhaili semakin luput
– Namun begitu, Zahar tidak akan dapat melupakan kata-kata Suhaili yang menghiris hatinya
– Zahar mahu membuktikan bahawa sebagai pelatih IKM, masa depan Zahar tidaklah segelap yang disangkakan oleh Suhaili 
– Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan peringkat pertengahan pula
– Mereka dikehendaki menyiapkan almari pakaian dua pintu
– Selesai peperiksaan pertengahan, para pelatih membuat persediaan untuk peperiksaan akhir sijil IKM pula 
– Setelah peperiksaan itu berakhir barulah Zahar berasa lapang dada
– Seminggu sebelum cuti semester, para pelatih dimaklumkan tentang latihan dalam loji yang diwajibkan terhadap mereka
– Dua orang Site Technical Officer dari ibu pejabat MARA akan memberikan penerangan tentang tempat para pelatih perlu menjalani latihan
– Zahar ditawarkan untuk menjalani latihan di sebuah kilang perabot di Kamunting, Perak.
– Ramli akan ditempatkan di kilang perabot di Bayan Lepas
– Habsah akan menjalani latihan di Terengganu
– Norimi pula mendapat tawaran di sebuah firma arkitek di Johor Bahru
– Sebelum para pelatih menjalani latihan praktikal, majlis perpisahan telah diadakan
– Zahar dan Norimi mengimbau kembali saat-saat sewaktu mereka mula-mula mendaftarkan diri dahulu


Bab 18: Matlamat
– Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya
– Zahar turut membantu emaknya – menetak mengkuang, mengisikannya ke dalam guni, membawanya pulang ke rumah – melayurnya – adik-adik Zahar turut membantunya
– Selepas seminggu membantu emaknya barulah Zahar berpeluang untuk membantu Pak Yusuf
– Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia telah ditawarkan menjalani latihan praktikal di kilang perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian Kamunting, Taiping
– Bagi Zahar, alangkah baiknya kalau kerusi dan meja di bengkel Pak Yusuf itu dapat disiapkan sebelum dia bertolak ke tempat latihan – dapatlah sedikit wang saku untuk perbelanjaan Zahar di sana kelak
– Pak Yusuf membawa Zahar ke stesen teksi dengan motosikalnya
– Zahar menaiki teksi ke Butterworth
– Dari Butterworth, Zahar menaiki bas ke Taiping
– Dari stesen bas Taiping Zahar menaiki teksi ke kilang perabot Usaha Bersatu yang terletak di lot 313, Jalan Kencana Sari, Kawasan Perindustrian Kamunting
– Zahar melaporkan diri kepada Miss Ooi, Ketua Unit Personel di kilang itu
– Kemudian, Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran
– Encik Manaf akan menyelia kerja-kerja Zahar kelak
– Menurut Encik Manaf, terdapat kira-kira 150 orang pekerja di kilang itu – semuanya lelaki
– Zahar kemudiannya berkenalan dengan Razali – Razali mempelawa Zahar untuk tinggal bersama dengannya di rumah sewa


Bab 19: Kekesalan
– Kedatangan Zahar untuk menjalani latihan praktikal di kilang tersebut menyebabkan Suhaili berasa tidak selesa
– Segalanya berlaku secara kebetulan tanpa dirancang
– Selepas berhenti kerja di Petaling Jaya, Suhaili telah bekerja di kilang perabot tersebut
– Suhaili berperang dengan dirinya sendiri
– Suhaili tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Zahar nanti
– Suhaili pergi ke bilik Miss Ooi di bahagian personel
– Miss Ooi bertanyakan sebab Suhaili kelihatan panik tadi
– Suhaili tidak menjawab pertanyaan Miss Ooi sebaliknya bertanyakan tarikh Zahar melaporkan diri kepada Miss Ooi
– Miss Ooi mengatakan bahawa sudah seminggu Zahar melaporkan diri
– Suhaili bertanyakan prestasi kerja Zahar pula
– Miss Ooi memberitahu Suhaili bahawa menurut Manaf, Zahar merupakan seorang pekerja yang rajin dan mempunyai potensi untuk maju
– Akhirnya, Suhaili mengatakan bahawa Zahar rakan sekampungnya


Bab 20: Tiada Kemesraan
– Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di kilang itu
– Sikap Zahar yang suka merendah diri, senang didekati, dan mudah mesra memudahkan dirinya diterima
– Rakan serumah Zahar, iaitu Razali, lebih pendiam, masih solo, rajin, dan tidak banyak kerenah
– Oleh sebab tempat kerjanya jauh, Zahar telah mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli sebuah basikal
– Pagi itu, Zahar bekerja seperti biasa
– Encik Manaf datang menemui Zahar – memberitahunya bahawa Penolong Unit Pemasaran hendak berjumpa dengannya
– Zahar sungguh terkejut kerana orang yang hendak berjumpa dengannya ialah Suhaili
– Menurut Suhaili, dia bosan bekerja di Petaling Jaya – selalu tertekan dan jalan pula selalu sesak
– Suhaili memberitahu Zahar bahawa dia dapat membantu Zahar untuk menjadi pekerja tetap di kilang tersebut
– Pertolongan Suhaili itu ditolak mentah-mentah kerana prinsip Zahar tidak akan mengemis kepada sesiapa
– Zahar berpendapat bahawa tidak guna bergaji lumayan dan berjawatan tinggi tetapi hati terkongkong
– Bagi Zahar, sikap tidak setia kepada sesuatu pekerjaan tidak akan membawa ke mana-mana, malah menjadikan seseorang itu tidak ada prinsip dan harga diri
– Kata-kata Zahar menyebabkan Suhaili kehilangan idea untuk berkata-kata
– Zahar kemudian meninggalkan Suhaili dalam keadaan termangu-mangu


Bab 21: Tentang Dia
– Pada petang itu, Zahar dan Razali bersembang-sembang
– Razali bertanya tentang pertemuan Zahar dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran siang tadi
– Zahar memberitahu Razali bahawa Suhaili ialah rakan sekampung dan rakan sekelasnya dahulu
– Zahar tidak gembira bertemu dengan Suhaili kerana gadis itu pernah menghinanya dahulu apabila dia ingin belajar di IKM
– Penghinaan tersebut membuat Zahar lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya
– Razali percaya bahawa suatu masa nanti Zahar akan berjaya membuka bengkel perabot
– Razali membuka rahsia bahawa dahulu Suhaili sebenarnya bekerja di kilang elektronik di Petaling Jaya tetapi prestasi kerjanya merosot apabila dia putus cinta
– Semua kisah tersebut diketahui oleh Razali daripada seorang rakannya yang pernah bekerja di kilang yang sama dengan Suhaili
– Zahar akhirnya meminta perbualan tentang Suhaili dihentikan
– tidak mahu mendapat dosa kerana mengumpat


Bab 22: Cinta dan cita-cita
– Zahar menerima surat keputusan peperiksaan daripada IKM
– Zahar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan peringkat pertengahan – Zahar mendapat pangkat satu
– Suhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar
– Zahar mengelakkan diri daripada berselisih dengan Suhaili
– Bagi Zahar, tidak ada gunanya bertemu dengan Suhaili lagi kerana hal tersebut hanya akan membibit kenangan lama
– Zahar lebih senang berehat di rumah sahaja selepas waktu kerja
– Jika tidak berjoging atau turun ke bandar Taiping, masa Zahar banyak dihabiskannya dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya
– Bagi Zahar, surat daripada Norimilah yang paling menarik – bahasanya indah, diselang-selikan dengan kata-kata puitis yang menyentuh hati
– Zahar membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan tanda tanya
– Pengalaman mengajar Zahar supaya tidak terlalu beremosi
– Zahar tidak mahu terperangkap dalam emosi yang dapat menggugat cita-citanya
– Tempoh enam bulan akhirnya tiba juga
– Dalam satu jamuan ringkas yang dibuat untuk Zahar, Miss Ooi yang mewakili pihak pengurusan memuji Zahar sebagai pekerja yang rajin dan cemerlang
– Sinar mata Suhaili begitu tajam menusuk kalbu Zahar
– Suhaili meminta maaf atas segala kesilapannya dan Zahar memaafkannya
– Zahar mahu mereka melupakan segala kenangan lama antara mereka dahulu
– Ingatan Suhaili kembali berputar kepada teman lelakinya, Razman anak seorang Yang Berhormat
– Razman meninggalkan Suhaili kerana telah mendapat teman yang baharu


Bab 23: Terbinanya Impian
– Zahar membuat keputusan untuk membina bengkel perabot di atas tanah milik emaknya
– Emak Zahar dan Pak Yusuf berasa gembira apabila Zahar membuat keputusan untuk membuka bengkel sendiri
– Pak Yusuf bersedia untuk memindahkan barang-barang daripada bengkel lamanya ke bengkel yang akan didirikan oleh Zahar nanti
– Dua orang pegawai dari Bahagian Pinjaman MARA datang untuk membuat tinjauan
– Mereka tertarik dengan projek yang hendak dilaksanakan oleh Zahar
– Tidak sampai sebulan kemudian, pinjaman sebanyak RM10 000.00 yang dimohon oleh Zahar diluluskan oleh pihak MARA – dicampur dengan sumbangan Pak Yusuf, wang elaun dan sagu hati semasa menjalani latihan dahulu, Zahar mendapat modal yang cukup untuk membina sebuah bengkel
lengkap dengan mesin utama yang diperlukan
– Rakan-rakan Zahar seperti Bakar, Rahim, Isa, Samad dan lain-lain telah membantu Zahar mendirikan bengkel perabotnya
– Bakar memberitahu Zahar bahawa Saleh, anak Pak Ramli Wanok sudah menjadi wartawan Harian Kebangsaan
– Bakar memberikan cadangan agar Zahar memanggil Saleh untuk menulis rencana tentang bengkel Zahar itu
– Bagi Zahar, idea Bakar itu memang bernas tetapi biarlah bengkelnya benar-benar menjadi bengkel dahulu, iaitu ada mesin, pekerja, dan perabot yang sedia menanti untuk dipasarkan


Bab 24: Impian Terlaksana
– Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai selepas rencana yang bertajuk “Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih” disiarkan dalam akhbar Harian Kebangsaan
– Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Zahar telah menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan dalam loji
– Zahar sanggup membayar imbuhan seperti yang diterimanya sewaktu praktikal di kilang Kamunting dahulu
– Pak Yusuf juga memainkan peranan yang cukup penting
– Selain jiran sekampung, peniaga dari pekan Sik, Jeniang, Gurun dan Baling yang merupakan rakan baik Pak Yusuf memberikan sambutan yang baik – memasarkan perabot yang dikeluarkan oleh Bengkel Perabot Meniti Impian
– Zahar berpendapat bahawa dia tidak boleh bergantung harap kepada nama Pak Yusuf sahaja
– Dia telah mengatur rundingan dengan peniaga perabot di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Kota Bharu
– Pegawai MARA yang membuat tinjauan susulan turut gembira dengan perkembangan yang sangat memuaskan yang ditunjukkan oleh bengkel perabot Zahar 
– Petang itu, sewaktu minum kopi bersama Pak Yusuf, Zahar telah menerima sepucuk surat daripada Norimi
– Pak Yusuf teringat akan perkenalannya dengan bapa Norimi di IKM dahulu
– Pak Yusuf memuji Norimi di hadapan Mak Kiah dengan mengatakan bahawa Norimi cantik, lemah lembut, dan berbudi bahasa
– Bapa Norimi juga seorang yang baik dan merendah diri walaupun seorang pegawai tinggi kerajaan
– Zahar tidak berkata apa-apa kerana pada saat-saat begitu perkara yang terbaik dilakukannya ialah diam sahaja


Share:

Isnin, 25 Mei 2020

Drama: Mahkamah

Kupasan Drama:
Mahkamah (Awang Abdullah)


Sinopsis
     Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih.

     Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Pendakwa raya menyatakan bahawa seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu.

     Nenek tersebut tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah. Malah, nenek tua itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Bulat bin Leper tetap tidak mahu mengaku. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang seolah-olah cuba menekan anak guamnya. Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang berangan. Kulit pisang itu dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak.

     Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela lagi, tindakan membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik Bulat bin Leper. Malah, Bulat bin Leper telah menunjukkan contoh yang baik.

     Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga kulit pisang tersebut tercampak ke jalan raya. Oleh sebab kambing tersebut terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinarpinar.  Kambing itu tidak nampak kulit pisang sehingga kulit pisang itu terkais ke atas jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Yang bersalah ialah kambing yang kurus itu. Oleh itu, kambing tersebutlah yang perlu dihukum bukannya Bulat bin Leper. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.

     Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakwa raya. Peguam bela menyatakan bahawa  setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan empunya kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

     Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.

     Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya. 

     Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.


Tema
Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.


Persoalan
(a) Kemiskinan menghalang seseorang itu mengambil peguam untuk membela dirinya.
(b) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.
(c) Kehidupan golongan yang terlibat dengan kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama seperti kehidupan orang biasa.
(d) Isu bahasa Melayu di mahkamah.
(e) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.


Watak dan Perwatakan
Hakim
(a) Golongan intelektual.
(b) Pandai bergurau.
(c) Adil dan saksama.
(d) Amanah dalam menjalankan tugas.

Pendakwa raya
(a) Golongan intelektual.
(b) Tegas dengan hujahnya.
(c) Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab.

Peguam bela
(a) Tegas.
(b) Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
(c) Sanggup berkhidmat secara percuma untuk orang susah.
(d) Yakin ketika berhujah.

Tertuduh I (Bulat bin Leper)
(a) Orang miskin.
(b) Dituduh membunuh nenek tua.
(c) Berani berdepan dengan pendakwa raya.
(d) Seorang yang bertanggungjawab.

Tertuduh II (Akikino-komokotoko)
(a) Dipanggil Akinomoto.
(b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
(c) Tidak fasih berbahasa Melayu.
(d) Prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.


Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Peguam bela diberi tempoh seminit untuk berunding dengan anak guamnya.

(b) Perkembangan – Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

(c) Klimaks – Tertuduh II dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa
raya memberikan penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia mahu membela anaknya.

(d) Peleraian – Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.


Teknik Plot
(a) Dialog. (b) Pemerian.


Latar
Latar Tempat
(a) Mahkamah. 
(b) Taman Gagak Putih.
(c) Stor JKK Ulu Dungun.

Latar Masa
(a) Waktu pagi. 
(b) 10 Januari 1988. 
(c) 20 Mac 1988.
(d) 1 minit.
(e) 2 minit.


Latar Masyarakat
(a) Masyarakat intelektual.
(b) Masyarakat yang hidup miskin.
(c) Masyarakat yang baik hati.
(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya, The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysians World.
(b) Peribahasa. Contohnya, Malang tak berbau.
(c) Sinkope. Contohnya, Oh, itu tak jadi masalah; tapi sikit saja, tau.


Nilai
(a) Keadilan. 
(b) Tanggungjawab. 
(c) Ketegasan. 
(d) Keyakinan. 
(e) Rasional. 
(f) Simpati.
(g) Keberanian.
(h) Keprihatinan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
(c) Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan miskin.
(d) Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.
(e) Kita mestilah menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi.
(f) Kita mestilah berani kerana benar.
Share:

Sabtu, 16 Mei 2020

Cerpen: Menuai Emas

Kupasan Cerpen:
Menuai Emas (Salina Ibrahim)

Sinopsis
     Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda.

     Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

     Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak
berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja
kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif.

     Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah
berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka.

     Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya.

     Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Katakata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi.

     Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

      Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.


Tema
Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi.


Persoalan
(a) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.
(b) Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat mendatangkan kemajuan ekonomi.
(c) Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
(d) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji.
(e) Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.
(f) Muafakat membawa berkat.


Watak dan Perwatakan
Alif
(a) Anak kepada Mak Wan.
(b) Lulusan universiti dalam bidang ekonomi.
(c) Seorang anak muda yang berwawasan tinggi.
(d) Seorang yang sabar, reda, dan senantiasa bersyukur.
(e) Berani menghadapi cabaran.
(f) Yakin akan kebolehan diri.
(g) Seorang anak yang menghormati ibu bapa.
(h) Terlalu sayang akan emak dan ayahnya.
(i) Seorang yang positif dan optimistik.
(j) Seorang petani moden.

Mak Wan
(a) Ibu kepada Alif.
(b) Seorang yang penyabar.
(c) Tegas.
(d) Teguh pendirian.
(e) Sayang akan tanah milik keluarganya.
(f) Sensitif.

Tuk Ketua
(a) Penyabar.
(b) Berhemah tinggi.
(c) Tenang ketika menghadapi masalah.
(d) Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik.
(e) Sentiasa menyokong hasrat murni Alif.

Abang Man
(a) Seorang yang agresif.
(b) Tidak berhemah.
(c) Gemar menggunakan kata-kata kesat.
(d) Bersikap terburu-buru.
(e) Tidak berfikiran jauh.


Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan – Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang akan kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk
Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

(b) Perkembangan – Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Seterusnya, Alif teringat pula akan perbualannya dengan pegawai pertanian. Pegawai itu menasihati Alif agar tidak memandang ringan
terhadap bidang pertanian.

(c) Klimaks – Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi. 

(d) Peleraian – Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.


Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Pemerian.
(c) Imbas kembali.

Latar
Latar Tempat
(a) Petak bendang.
(b) Anjung rumah Alif. di Seberang Perak.
(c) Petak-petak sawah

Latar Masa
(a) Waktu awal pagi.
(b) Setahun yang lalu.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat golongan petani.
(b) Masyarakat yang berilmu.
(c) Masyarakat yang agresif.
(d) Masyarakat yang berhemah tinggi.
(e) Masyarakat yang berfikiran positif.
(f) Masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi.


Unsur Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab.
     Contohnya: (i)    Alhamdulillah
                         (ii)  Insya-Allah.

(b) Metafora.
      Contohnya: (i)    pita ingatan
                          (ii)   pisau kata-kata.

(c) Simile.
     Contohnya: (i)    Kuningnya seperti emas
                         (ii)   hati yang terasa seperti mahu luruh.

(d) Personifikasi.
      Contohnya: (i)    Petak-petak yang telah menyajikan uji semangat leluhurnya
                          (ii)   Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak.

(e) Peribahasa.
     Contohnya: (i)     tersenyum-senyum kambing
                         (ii)    kata putus
                         (iii)   naik angin.

(f) Sinkope
     Contohnya: (i)     Dia seorang saja yang tak beri kata putus
                         (ii)    Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah.


Nilai
(a) Keyakinan.
(b) Ketabahan.
(c) Kegigihan.
(d) Keberanian.
(e) Kerjasama.
(f) Hemah tinggi.
(g) Berdikari.
(h) Kesyukuran.
(i) Kepemimpinan.


Pengajaran
(a) Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
(b) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan.
(c) Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.
(d) Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah.
(e) Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang.
(f) Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita.
(g) Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.


Share:

Popular Posts

Pages