Kupasan puisi tradisional:
Pantun Kasih Sayang
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri kerana
senyumannya yang menawan.
|
2
|
Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat
tersilap perhitungan, impian tidak kesampaian.
|
3
|
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita
yang cantik serta tiada bandingannya.
|
4
|
Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis orang.
|
5
|
Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh,
akan
bertemu juga akhirnya.
|
Tema
Kasih sayang antara teruna dengan dara.
Persoalan
(a) Perwatakan yang menarik akan menyebabkan diri disukai oleh ramai orang.
(b) Perbezaan darjat menyebabkan impian seseorang itu terhalang.
(c) Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar menjadi mustahil kerana adanya kekurangan diri.
(d) Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
(e) Perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti akan bertemu semula.
Bentuk dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada lapan hingga sepuluh suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Imej alam. Contohnya, buah mengkudu; kandis; asap; api; bakau; langit; anak udang; dahan; bulan; bintang; ayam; asam; ikan; dan laut.
(b) Personifikasi. Contohnya, Anak udang meniti batang.
(c) Paradoks. Contohnya, Langit tinggi kupandang rendah.
(d) Simile. Contohnya, Bagaikan rasa hendak dicapai.
(e) Asonansi. Contohnya, Singgah-menyinggah di pagar orang
(perulangan vokal i)
(f) Aliterasi. Contohnya, Harap hati kepada tuan
(perulangan konsonan h).
(g) Rima akhirnya sama, iaitu abab.
Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Rasional.
(c) Kesetiaan.
(d) Keikhlasan.
Pengajaran
(a) Kita haruslah sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
(b) Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu perkara yang dianggap mustahil.
(c) Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
(d) Kita mestilah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.
0 ulasan:
Catat Ulasan