Sabtu, 24 Mac 2018

Novel Tingkatan 1 : Formula Termodinamik [Kupasan Novel]

Formula Termodinamik - Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1 (Obasiah Haji Usman)
Negeri Yang Menggunakan Novel ini: Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pahang
Novel Tingkatan 1: Formula Termodinamik

Sinopsis Keseluruhan

Muka Belakang Novel Formula Termodinamik
       Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.



TEMA:
Tema novel ini ialah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi watak Amir dan Usamah yang ingin mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah dengan bantuan Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Apabila usaha tersebut diketahui oleh Aswan, lelaki tersebut ingin menyaingi rakannya itu dengan mencipta model yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.


PERSOALAN :

1. Rasa kecewa apabila orang yang dikasihi akan berkahwin dengan orang lain,

contohnya Amir berasa kecewa apabila mendapat tahu Asma akan berkahwin dengan Asman menyebabkan dia terjelopok lalu tapak tangannya terluka.

2. Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lain

contohnya Aswan berasa tergugat apabila mendapat tahu Amir dan Usamah boleh mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia juga yakin mampu mencipta mesin yang boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri formula Dua Hukum Popular Termodinamik.

3. Selain itu persoalan pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diri

contohnya Fikri dan Majibon berakhlak mulia, tetapi sanggup bersekongkol melakukan perbuatan yang negatif hasil persahabatannya dengan Aswan.

4. Mengambil jalan singkat untuk kesenangan diri sendiri sehinggakan menyusahkan orang lain

contohnya Lahop dan Oyong mencuri harta pertanian penduduk Kampung Warisan sehingga menyusahkan penduduk kampung.

Watak dan Perwatakan

1. Amir (Watak Utama)

  • Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam. Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya.
  • Seorang yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.
  • Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana.
  • Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Amir menyayangi neneknya.
  • Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.


2. Usamah (Watak Sampingan)

  • Seorang perempuan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.
  • Seorang yang penyayang.Sebagai contoh, Usamah menyayangi neneknya.
  • Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.
  • Seorang yang kurang sabar. Sebagai contoh, Usamah berasa sangat marah apabila seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf tidak menjawab pertanyaan mereka.



LATAR TEMPAT :

1. Sebuah rumah dua tingkat

terletak di Putatan dan pejabat itu kepunyaan Damit.

2.Kampung Warisan, Papar

iaitu tempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah suai mesin dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin 2 dalanm 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani.

3. Tapak semaian, di Kampung Warisan,

iaitu tempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul.

4. Lapangan terbang

iaitu tempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

LATAR MASA :


  • Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah yang sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
  • Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber.
  • Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. 
  • Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.


LATAR MASYARAKAT 

  • Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
  • Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Contohnya, orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.
  • Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad  dengki apabila melihat kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin rumput.
  • Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.
  • Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amiryang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.  


NILAI MURNI :

1. Kerjasama
contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2. Kasih sayang
contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3. Kejujuran
contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4. Keberanian
contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.


PENGAJARAN :

1. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama

contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2. Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang

contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3. Kita sewajarnya memiliki sikap jujur

contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4. Kita hendaklah memiliki sikap berani

contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.


Share:

49 ulasan:

  1. Woahhhhh...maklumat lengkap sebagai ulangkaji untuk peperiksaanπŸ’œ

    BalasPadam
  2. Sangat berguna untuk revision pt3 tahun ini

    BalasPadam
  3. sangat berguna untuk peperiksaan tingkatan 1

    BalasPadam
  4. Watak smpingan bukan ke lbih 1

    BalasPadam
  5. Tak kan ade satu je watak sampingan...ramai lagi lah

    BalasPadam
  6. Maklumat ni tΓ²lòñğ utk hair kerjΓ  rumah .ŀĚŘÎMÁ ΔΆΓ€ΕšΔ°H

    BalasPadam
  7. Terima kasih
    Senang utk mengulangkaji pelajaran
    Ujian selaras 3 .......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taniah utk ujian
      All the best
      ☺☺☺☺πŸ€—πŸ€—

      Padam
  8. Nota yg sangat padat dan ringkas. Terima kasih. 😊

    BalasPadam
  9. Esok periksa hari ni baru study tapi nasib baik ada nota ringkas ni mudah ingat,serius

    BalasPadam
  10. ini sangat berguna untuk saya dalam exam nati...oooooooooooooooo

    BalasPadam
  11. Untuk tingkatkan 1 masuk dalam exam dalam metapelajara bm

    BalasPadam
  12. Nanti exam BM inshallah boleh Lulu's...

    BalasPadam
  13. Memang bagus tapi cikgu bm kata nak 6 persoalan berserta contoh ada empat je lagi dua macam manaπŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­

    BalasPadam
  14. Nota yg sangat padat dan ringkas juga mudah difahami

    BalasPadam
  15. Watak utama mmg Amir sorng je ke??

    BalasPadam
  16. Terima kasih 😊....ini membantu saya untuk membuat folio novel Formula Termodinamik.

    BalasPadam
  17. Apakah bukti sifat kretif dgn inovatif novel formula termodinamik

    BalasPadam
  18. Terima kasih...ini membantu saya mendapat kerja sekolah yg banyakπŸ˜†

    BalasPadam
  19. Kerja sekolah yang banyak akan membuatkan kanak-kanak mengalami masalah depression.Ini kerana kanak-kanak tiada masa untuk berehat,menghilangkan stress dan menghabiskan masa bersama keluarga yg tercinta.Tahukah anda yg kerja sekolah ini tujuan asalnya adalah untuk denda kanak-kanak.Jika kerja sekolah tidak banyak kanak-kanak akan selalu gembira dan ceria.Kanak² sepatutnya menghabiskan masa muda mereka ddengan kelaurga yang tercinta.Tanpa adanya kerja sekolah kanak² boleh bersukan di waktu lapang dan boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga.

    BalasPadam
  20. Kita boleh mengeratkan silaturahim antara keluarga

    BalasPadam
  21. Sye nak pendek skit tpi tak dpt pun mπŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„mmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  22. Bootcamp rata... maap salah server
    Best gak ah cite ni walaupun dh baca dlm buk

    BalasPadam
  23. Bagus sangat .. senang nak faham.... Terima kasih 😍😍

    BalasPadam

Popular Posts

Pages