Novel Tingkatan 1 ( Destinasi Impian) - karya Mohd Ismail Sarbini
Novel ini digunapakai di negeri-negeri berikut: WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan
SINOPSIS KESELURUHAN :
SINOPSIS MENGIKUT BAB [KLIK DI SINI]
TEMA :
PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak
ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
iii. Keberanian mengharungi rintangan
iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh persoalan:
Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak
Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
WATAK DAN PERWATAKAN :
Firdaus : Watak utama
Azlina : Watak sampingan
Johari :
Mazlinda :
Sazali dan Mokhsin :
Gaya Bahasa :
1. Peribahasa
LATAR MASA :
LATAR MASYARAKAT :
LATAR TEMPAT :
NILAI :
(i) Cinta akan bahasa kebangsaan
(ii) Keberanian
(iii) Keprihatinan
(iv) Bertanggungjawab
(v) Semangat setia kawan
Contoh Nilai :
PENGAJARAN
· Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
· Kita janganlah menghina sesama sendiri.
· Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
· Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
· Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
· Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh pengajaran:
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
Novel ini digunapakai di negeri-negeri berikut: WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan
SINOPSIS KESELURUHAN :
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.
SINOPSIS MENGIKUT BAB [KLIK DI SINI]
TEMA :
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
iii. Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.
Contoh persoalan:
Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak
Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
WATAK DAN PERWATAKAN :
Firdaus : Watak utama
- Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih.
- Tingkah laku agak keperempuanan.
- Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar.
- Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan kerja-kerja perempuan.
- Selalu dimanjakan.
- Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi.
- Cepat marah apabila kepenatan.
- Suka berdendam.
- Meminati Mazlinda.
Azlina : Watak sampingan
- Gadis berusia 16 tahun.
- Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
- Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
- Adik kepada Firdaus.
- Suka mencabar Firdaus.
- Seorang yang kuat semangat.
- Sentiasa riang dan cergas.
- Suka akan cabaran.
- Mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan.
- Suka mengkritik dan tidak mudah melenting apabila dikritik.
Johari :
- Sepupu Azlina dan Firdaus.
- Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
- Suka berbasikal.
- Suka membaca.
- Suka akan cabaran.
- Suka memberi nasihat kepada sepupunya.
Mazlinda :
- Rakan sekelas Firdaus.
- Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam.
- Anak orang berada.
- Berpura-pura tidak pandai berenang.
- Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib.
Sazali dan Mokhsin :
- Rakan sekelas Firdaus.
- Suka mengejek Firdaus.
- Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di Pantai Morib.
Gaya Bahasa :
1. Peribahasa
Bagaikan langit dengan bumi.2. Simile
Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak meninggalkan rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi.
Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.”
Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana.3. Hiperbola
Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
Makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang menggayuti tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?4. Metafora
Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.5. Sinkope
“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan.”
Azlina tergelak memandangku, kemudian memandang abangnya.
LATAR MASA :
- Pukul 7:00 pagi
- Pukul 2:30 petang
- Pukul 3:00 petang
- Pukul 3:30 petang
- Hari Sabtu bulan Jun
LATAR MASYARAKAT :
- Masyarakat yang gemar membaca
- Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan sendiri.
- Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.
- Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.
- Masyarakat yang tegas.
- Masyarakat yang prihatin.
LATAR TEMPAT :
- Gerai air tebu
- Tepi jalan
- Tapak perkhemahan
- Di bawah pokok ru
NILAI :
(i) Cinta akan bahasa kebangsaan
Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
(ii) Keberanian
Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
(iii) Keprihatinan
Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.
(iv) Bertanggungjawab
Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
(v) Semangat setia kawan
Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Contoh Nilai :
Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini ialah nilai semangat setia kawan . Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.