Khamis, 14 Mei 2015

Asal Padi

Kupasan Prosa Tradisional:
ASAL  PADI
 SINOPSIS

Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang.


Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah memasukkan padi di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga tumitnya luk.. Si Bongsu tidak dapat balik ke bumi kerana kakinya sakit dan meminta bekerja dengan penjaga dusun itu.

Setelah sekian lama Si Bongsu menjaga padi, dia tetap mencari akal untuk mengambil padi, lalu diambil segenggam dan disembunyikannya padi itu di dalam lubang luka pada tumitnya. Dia kemudian meminta izin untuk pulang ke bumi. Dia juga mengatakan telah bertaubat dan tidak mahu mengambil apa-apa lagi. Penjaga padi percaya akan kata-kata Si Bongsu lalu membenarkannya pulang ke bumi. Sampai di bumi, Si Bongsu menanam padi tersebut dan telah menghasilkan padi yang baik. Namun , sebaik sahaja padi di bumi membuahkan hasil, padi di kayangan pula tidak menjadi, menyebabkan budaya hidup padi di kayangan telah hilang.

Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat sama ada padi hidup di bumi. Apabila burung pipit sampai di bumi, dilihat padi sedang masak dan berbuah lebat. Burung pipit mengambil kesempatan memakan padi tersebut dan apabila pulang ke kayangan dia melaporkan tiada tanaman padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya dengan kata-kata burung pipit lalu menghantar pula Si Tekuri. Si Tekuri akan membunuh pipit jika di bumi ada padi. Apabila sampai di bumi Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Dalam pertarungan itu pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit kuat dan temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.Itulah sebabnya tembolok burung pipit berada di tengkuknya.


PLOT

Binaan Plot

(a) Permulaan – Mengisahkan sepasang suami isteri yang banyak memiliki harta. Suami isteri tersebut telah meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Anak sulung yang bernama Si Bongsu sudah agak besar tetapi kakinya cacat.

(b) Perkembangan – Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang puteri yang sedang mandi di kolam ikannya. Si Bongsu meminta izin untuk mengikuti ketujuh-tujuh orang puteri itu ke kayangan. Setiba di kayangan, kesemua puteri itu hilang. Si Bongsu berasa kusut. Tiba-tiba, Si Bongsu melihat benda berwarna kuning sedang dijemur di sebuah dusun. Pada sangkaan Si Bongsu benda kuning itu ialah emas. Empunyanya memberitahu Si Bongsu benda kuning itu sebenarnya padi. Si Bongsu meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi. Permintaan Si Bongsu tidak diperkenankan, sebaliknya dia diberi nasi untuk merasai keenakan nasi tersebut.

(c) Klimaks – Si Bongsu mencuri segenggam padi lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Empunya padi itu telah mengejar Si Bongsu. Empunya padi telah menangkap Si Bongsu di tangga pelangi dan membanting Si Bongsu sehingga menyebabkan tumitnya luka. Si Bongsu merayu kepada empunya padi untuk mengikutnya ke kayangan. Si Bongsu sanggup menjadi hamba kepada empunya padi
itu. Dia tidak dibenarkan melakukan pekerjaan lain kecuali menjaga dan mengawasi padi yang sedang dijemur. Setelah beberapa lama berada di kayangan, Si Bongsu mendapat akal untuk menyorokkan beberapa butir padi di lubang luka di tumitnya. Kemudian, Si Bongsu meminta izin pulang ke bumi. Permintaannya diperkenankan oleh empunya padi itu setelah yakin bahawa Si Bongsu tidak mencuri padi di kayangan.

(d) Peleraian – Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Si Bongsu pun menanam padi dan  mengeluarkan hasil yang menyenangkan. Sebaliknya, padi di kayangan tidak ada daya hidup. Empunya padi itu menghantar burung pipit ke bumi untuk melihat sama ada padi ada ditanam atau tidak. Burung pipit memberitahu empunya padi bahawa tiada padi yang ditanam di bumi. Empunya padi tidak mempercayai katakata burung pipit itu. Dia menghantar Si Tekuri dan burung pipit ke bumi semula. Akhirnya, burung pipit dibunuh oleh Si Tekuri kerana berbohong kepada empunya padi.


Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Monolog.


TEMA
·         Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.




PERSOALAN
·Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o    Contoh: Si Bongsu dengan berani  memasukkan padi itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya

·Kebijaksanaan mencari akal.
o    Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

·Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
o    Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
·Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o    Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.



WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Si Bongsu
  • Seorang lelaki.
  • Seorang anak yatim piatu.
  • Anak bongsu daripada dua beradik.
  • Seorang yang berani.
·         Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.
  • Seorang yang bijak mencari akal.
·         Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi.
  • Seorang yang gigih
·         Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.
  • Seorang yang rajin.
·         Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.
  • Seorang yang berpandangan jauh.
·         Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Si Sulung
  • Abang kepada Si Bongsu
  • Anak yatim piatu.
  • Seorang yang setia.
o    Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.
  • Anak yang cacat.
o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.
·         Seorang yang gigih.
o    Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.


Empunya padi ( orang kayangan )
  • Seorang yang sangat berhati-hati
o    Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

  • Seorang yang bertimbangrasa.
o    Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

  • Seorang yang baik hati
o    Contoh:  Empunyai padi telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.     

·         Seorang yang cerdik
o    Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata burung pipit  apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.


Burung Pipit
·         Seekor burung yang tidak jujur
o    Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.
·         Seekor burung yang licik
o    Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.



LATAR
Latar Masa
  • Waktu siang.
o    Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat
  •    Di kampung
o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

  •    Di Kayangan
o    Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di  
o    kayangan.

  • Di kolam
o    Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.


Latar Masyarakat
  • Masyarakat kampung
o    Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

  • Masyarakat kayangan.
o    Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

  • Masyarakat yang patuh kepada arahan.
o    Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.



GAYA BAHASA
  • Peribahasa
o    Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

  • Kata ganda
o    Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

  • sinkope
o    Contoh: tak, ku

  • imej alam
o    Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

  • Hiperbola.
o    Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

·         Simile.
o    Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.


NILAI
  • Nilai keberanian.
o    Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

  • Nilai kesetiaan
o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

  • Nilai kepatuhan.
o    Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

  • Nilai kebijaksanaan.
o    Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

  • Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.
o    Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

  • Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.
o    Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

  • Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.
o    Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

·         Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.
o    Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Share:

42 ulasan:

  1. Thank you very much😊😊😊😊

    BalasPadam
  2. Terima kasih sangat sebb membantu dlm pembelajaran

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH VEY HELPFUL FOR STUDY

    BalasPadam
  4. Thanks for helping to study.
    And

    BalasPadam
  5. This sinopsis very helpful to us....tqvm

    BalasPadam
  6. macam mane nak download ni ek

    BalasPadam
  7. terima kasih sangat veyyyyyyyy😀😀😀😀

    BalasPadam
  8. Thank you very much,membantu saya menyiapkan pembelajaran..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah saya dah x yah buat hw sebab dah ade laman web ni🤣🤣🤣

    BalasPadam

Popular Posts

Pages