Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)
Maksud Rangkap
Rangkap 1
Sekiranya kita dapat menjaga
penglihatan dengan baiknya, keinginan terhadap sesuatu perkara yang
merosakkannya dapat kita hindari.
Rangkap 2
Sekiranya kita menjaga
pendengaran dengan baiknya, sebarang berita yang tidak baik dapat kita tangkis.
Rangkap 3
Sekiranya kita menjaga tutur
kata dengan baiknya, banyak manfaat yang akan kita peroleh.
Rangkap 4
Perbuatan kita yang melibatkan
anggota tangan perlu dijaga agar kita tidak melakukan perkara-perkara yang
tidak baik dan merosakkan iman.
Rangkap 5
Sekiranya kita tidak dapat
mengawal nafsu makan, berbagai-bagai perkara buruk dan memudaratkan akan
berlaku.
Rangkap 6
Hati dan nafsu syahwat perlu
bijak dikawal kerana sering menyebabkan orang hilang pertimbangan.
Rangkap 7
Pergerakan kaki kita perlu
dijaga agar kita tidak pergi ke tempat-tempat yang tidak baik.
Tema
Gurindam ini bertemakan
kepentingan memelihara anggota diri dan budi pekerti.
Persoalan
(a) Kepentingan
menjaga pancaindera yang melibatkan penglihatan, pendengaran, dan pertuturan
dalam kehidupan sehari-hari.
(b) Kepentingan
mengawal nafsu makan dan nafsu syahwat.
(c) Kepentingan
mengawal anggota badan terutama tangan dan kaki.
Bentuk Gurindam
(a) Terdiri
daripada tujuh rangkap.
(b) Bilangan
baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.
(c) Bilangan
kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah
perkataan dalam sebaris.
(d) Terdiri
daripada lapan hingga lima belas suku kata sebaris.
(e) Rima
akhir gurindam ini ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan
Bunyi
(a) Pemilihan
kata yang indah. Contohnya,
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
(b) Penggunaan
inversi. Contohnya,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Ayat sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.
(c) Penggunaan
bahasa kiasan. Contohnya,
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
(d) Penggunaan
kata ganda. Contohnya, cita-cita, Bersungguh-sungguh.
(e) Penggunaan
bahasa Arab. Contohnya, fiil.
(f) Asonansi
(perulangan bunyi vokal a). Contohnya,
Daripada segala berat dan
ringan.
(g) Aliterasi
(perulangan bunyi konsonan d). Contohnya,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Nilai
(a) Rasional.
(b) Hemah
tinggi.
(c) Kebijaksanaan.
(d) Kesederhanaan.
(e) Kebersihan
fizikal dan mental.
Pengajaran
(a) Kita
hendaklah bijak menggunakan anggota pancaindera untuk melakukan kebaikan dan
perkara-perkara yang positif.
(b) Kita
mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
(c) Kita
hendaklah tidak terlalu menurut kehendak nafsu dan hati yang berkemungkinan
mendorong kita untuk melakukan perkara yang buruk.
(d) Kita
haruslah bijak mengawal anggota tubuh badan agar terhindar daripada perkara
yang tidak baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan