Kupasan Sajak Bintang (Siti Zaleha M. Hashim)
Maksud Sajak
Rangkap |
Maksud |
1 |
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil
memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit
untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada
ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya
gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh
cahaya bintang tersebut. |
2 |
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa
penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah
mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini
demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya. |
Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu
bapanya.
Persoalan
(a)
Kasih
sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
(b)
Pengorbanan
dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.
(c)
Tanggungjawab
seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
(d)
Kebahagiaan
ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.
Bentuk dan Ciri-ciri Syair
(a)
Terdiri
daripada dua rangkap.
(b)
Rangkap
pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.
(c)
Bilangan
katanya tiga hingga lima patah kata.
(d)
Terdiri
daripada enam hingga sepuluh suku kata.
(e)
Bentuknya
bebas.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a)
Anafora.
Contohnya, bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
(b)
Metafora.
Contohnya, bintang hati.
(c)
Personifikasi.
Contohnya, menghias langit yang terbentang.
(d)
Kata
ganda. Contohnya, bintang-bintang.
(e)
Asonansi.
Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal u).
(f)
Aliterasi.
Contohnya, begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).
(g)
Rima
akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir bagi rangkap
kedua ialah aabaccaa.
Nada
Romantis
Nilai
(a)
Kasih
sayang
(b)
Mengenang
jasa
(c)
Ketaatan
(d)
Tanggungjawab
(e)
Kejujuran
Pengajaran
(a)
Kita
mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
(b)
Kita
hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.
(c)
Kita
perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita
sejak kecil.
(d)
Kita
hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa
pada setiap masa.
(e)
Kita
seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.
Petikan di atas menunjukkan tentang sajak bintang,sajak bintang tersebut menceritakan seorang anak yang ingin ke angkasa untuk mengambil bintang bintang di langit supaya dapat menghiasi rumah dan hati kedua ibu bapanya,tetapi ibunya brrkata tidak perlu mengambil bintang tersebut kerana bintang tersebut adalah anaknya yang dapat menghiasi hati kedua ibu bapanya
BalasPadam