Kupasan prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita
Sinopsis Bahagia Sesudah Derita
Cerita
dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan
mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah
dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka
telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan
tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa
telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah
menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam
perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah.
Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi
dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk
tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk
meminta makanan tetapi masih gagal.
Melihat
isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan
pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan
dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual
buah-buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini
telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu
memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana
dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja.
Si suami
terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta
sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya
memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah
dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri
mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah
berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya
meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah
nangka kepada si miskin itu. Kehidupan pasangan ini menjadi senang apabila sering
diberi barangan keperluan
oleh orang ramai.
Pada malam
empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki
lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok.
Pada suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah.
Dia telah terjumpa tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin
kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri
Anta Beranta itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang
terlalu banyak saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan
Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta
mereka membelikan tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain.
Si Miskin
balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil menyeru
jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri
di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang
dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu
dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan
isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi
telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan
Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besar-besar telah dilakukan
selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat istana.
Tema
Ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal
di negeri Anta Beranta.
Persoalan
(a) Kecekalan
hati menghadapi cabaran hidup.
(b) Sikap
memandang hina terhadap orang miskin.
(c) Kasih
sayang seorang suami terhadap isteri.
(d) Kesetiaan
isteri terhadap suami.
(e) Sikap
belas kasihan terhadap golongan miskin.
Watak dan Perwatakan
Maharaja Indera Angkasa
(a) Suami
Tuan Puteri Ratna Dewi.
(b) Berasal
dari raja keinderaan.
(c) Disumpah
oleh Betara Guru kerana membawa isteri turun ke bumi tanpa memberitahunya.
(d) Seorang
yang miskin sebelum menjadi seorang raja.
(e) Seorang
yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
(f) Seorang
yang sayang akan isteri.
(g) Maharaja
Indera Angkasa juga merupakan seorang yang bijak.
Tuan Puteri Ratna Dewi
(a) Isteri
Maharaja Indera Angkasa.
(b) Berasal
dari raja keinderaan.
(c) Disumpah
menjadi miskin oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya turun ke bumi.
(d) Seorang
yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
(e) Tuan
Puteri Ratna Dewi juga seorang yang setia akan suaminya.
(f) Seorang
yang mementingkan diri sendiri.
Maharaja Indera Dewa
(a) Raja
di negeri Anta Beranta.
(b) Seorang
yang berhati mulia.
Betara Angkasa Indera Dewa
(a) Salah
seorang raja di negeri Anta Beranta.
(b) Seorang
yang tidak berperikemanusiaan.
Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan
– Pasangan suami isteri yang miskin telah mencari rezeki dengan meminta sedekah
di negeri Anta Beranta.
(b) Perkembangan
– Pasangan ini pergi ke istana Maharaja Indera Dewa. Namun begitu, mereka telah
diusir oleh Betara Angkasa Indera Dewa dan dilempar dengan batu serta kayu oleh
orang di istana itu hingga menyebabkan badan pasangan itu bengkak dan berdarah.
Mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami isteri itu akhirnya
mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pembuangan sampah. Mereka makan
ketupat basi dan buku tebu sahaja.
(c) Klimaks
– Maharaja Indera Dewa telah memberi setangkai buah mangga dan sebiji buah
nangka kepada Si Miskin itu. Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang lain telah
banyak memberi barangan keperluan harian kepada pasangan itu. Semasa membina
pondok, Si Miskin telah menjumpai tajau berisi emas. Setelah Marakarma lahir, dia
telah menyeru kuasa anaknya itu untuk membina kota yang lengkap. Si Miskin
telah menjadi raja dan digelar Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya Tuan
Puteri Ratna Dewi.
(d) Peleraian
– Kehidupan pasangan ini amat bahagia dan lahir pula seorang puteri, iaitu Tuan
Puteri Nila Kesuma. Baginda telah mengadakan acara keramaian selama empat puluh
hari empat puluh malam.
Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Imbas
kembali.
(c) Monolog.
(d) Pemerian.
Latar
Latar Tempat
(a) Negeri
Anta Beranta.
(b) Hutan.
(c) Tempat
pembuangan sampah.
(d) Pasar.
(e) Kedai
menjual buah.
(f) Taman
Maharaja Indera Dewa.
(g) Puspa
Sari.
Latar Masa
(a) Waktu
siang.
(b) Waktu
petang.
(c) Waktu
malam.
(d) Tiga
bulan.
(e) Selang
tiga hari.
(f) Malam
empat belas haribulan.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat
yang memandang hina terhadap orang miskin.
(b) Masyarakat
yang mengamalkan sikap kasih sayang.
(c) Masyarakat
yang setia terhadap pasangan.
(d) Masyarakat
yang memiliki sikap belas kasihan.
(e) Masyarakat
yang percaya akan kuasa sakti.
(f) Masyarakat
yang suka berhibur.
Gaya Bahasa
(a) Bahasa
Arab. Contohnya, masyhur; Allah Taala; Wallahualam.
(b) Bahasa
istana. Contohnya, baginda; titah; kakanda; patik; berputeralah.
(c) Bahasa
klasik. Contohnya, hatta; cetera; adapun.
(d) Simile.
Contohnya, ...rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah
rupanya.
(e) Repetisi.
Contohnya, Maka ada yang memberi buah,
ada
yang memberi juadah;
ada
yang memberi nasi,
ada
yang memberi kain,
ada
yang memberi buah-buahan.
Nilai
(a) Kasih
sayang.
(b) Kegigihan.
(c) Baik
hati.
(d) Ketaatan.
(e) Berdikari.
(f) Belas
kasihan.
Pengajaran
(a) Kita
perlulah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu.
(b) Kita
hendaklah taat akan suami.
(c) Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain.
(d) Kita
mestilah sayang akan isteri.
(e) Kita
janganlah memandang hina terhadap orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan