Isnin, 19 April 2021

Legasi Tapai Ubi - Ghazali Lateh

Kupasan Cerpen:

Legasi Tapai Ubi (Ghazali Lateh)

Sinopsis

Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.

Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada peringkat antarabangsa.

Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

 

Tema

Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser.

 

Persoalan

(a)    Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.

(b)    Ketelitian semasa melakukan sesuatu.

(c)     Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.

(d)    Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.

(e)    Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.

(f)      Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.

 

Watak dan Perwatakan

Parjo

(a)    Anak sulung Wak Salikon.

(b)    Penerima Ijazah Kedoktoran.

(c)     Pensyarah universiti.

(d)    Taat akan emak dan bapanya.

(e)    Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

(f)      Tidak melupakan jasa emak dan bapanya.

(g)    Seorang yang teliti.

 

Wak Salikon

(a)    Bapa Parjo.

(b)    Gigih melakukan pekerjaan.

(c)     Mementingkan pendidikan anak-anak.

(d)    Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya.

(e)    Teliti ketika melakukan kerja.

 

Emak

(a)    Emak Parjo.

(b)    Gigih membantu suami menjalankan perniagaan tapai.

(c)     Teliti ketika melakukan kerja.

(d)    Prihatin terhadap anak.

 

Profesor Haidar

(a)    Pensyarah kepada Parjo.

(b)    Berpandangan jauh.

 

Plot

Binaan Plot

(a)    Permulaan – Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

(b)    Perkembangan – Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading.

(c)     Klimaks – Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.

(d)    Peleraian – Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

 

Teknik Plot

(a)    Dialog.

(b)    Imbas kembali.

(c)     Saspens.

(d)    Kejutan.

(e)    Pemerian.

 

Gaya Bahasa

(a)    Laras bahasa Sains. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.

(b)    Peribahasa. Contohnya, alah bisa tegal biasa.

(c)     Repetisi. Contohnya, Tapai! Tapai! Tapai!

(d)    Sinkope. Contohnya, “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!”

 

Latar

Latar Masa

(a)    Waktu pagi.

(b)    Selepas sembahyang isyak.

(c)     Permulaan semester.

(d)    Enam puluh hari.

 

Latar Tempat

(a)    Kantin sekolah.

(b)    Rumah Wak Salikon.

(c)     Fakulti perubatan di universiti.

(d)    Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

 

Latar Masyarakat

(a)    Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.

(b)    Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.

(c)     Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.

(d)    Masyarakat yang berpandangan jauh.

(e)    Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.

(f)      Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.

 

Nilai

(a)    Kegigihan.

Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebah kilang.

(b)    Kerajinan.


(c)     Kesyukuran.

(d)    Kasih sayang.

(e)    Kerjasama.

 

Pengajaran

(a)    Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.

(b)    Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.

(c)     Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

(d)    Kita patutlah menghargai jasa ibu bapa.

(e)    Kita mestilah bijak merebut peluang demi kemajuan.

(f)      Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.

Share:

1 ulasan:

  1. hai, nak tanya...ada tak full story dalam bentuk pdf/teks untuk cerpen lagasi tapai ubi ni? Sebab kita orang tgah buat kajian pasal cerpen ni tapi sampai sekarang still tak jumpa full cerpen.

    BalasPadam

Popular Posts

Pages