Kupasan Cerpen Sekeping Tanah - A. Rahman C.M.
Sinopsis Cerpen Sekeping Tanah
Cerpen ini
dimulakan dengan tindakan Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun untuk
berbincang mengenai sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di
bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk membangunkan tanah pusaka
peninggalan arwah ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah juga bersetuju
dengan cadangannya. Hal ini demikian kerana Halimah sudah berasa tidak selesa
menetap di rumah pusaka itu dengan keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan
masalah apabila dia meninggal dunia.
Hisyam
menyatakan cadangan kepada abangnya tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah
syarikat keluarga yang boleh membangunkan tanah pusaka itu dengan membina kondo.
Harun mempersoalkan cadangan adiknya itu atas faktor kewangan dan faktor tahap
pendidikan yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam menegaskan bahawa mereka bolehmembuat
pinjaman bank dan urusan pinjaman wang tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya,
Halimah yang merupakan seorang pengurus bank.
Selepas
Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada
malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam
memberitahu tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam
dan Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu
tetapi mereka merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi
melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah menubuhkan
sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang peguam untuk
membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula.
Sebulan kemudian,
Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah pusaka dengan harga
RM 6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah
dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM 2 650 000.00. Begitu
juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM
1 325 000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga
di Sungai Pencala.
Pada minggu
itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah
kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya,
Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai
pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan
kerana ingin melihat dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan
adiknya.
Setelah
tiga tahun setengah projek kondo mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli
kondo mewah itu mengambil kunci rumah masing-masing. Harun tergamam apabila
melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek
pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman mewah itu
kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh
adik-adiknya.
Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan
rasa kecewanya kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam
menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo
Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa
terpukul dengan tindakannya tiga tahun setengah yang lalu.
Hisyam
menyerahkan jawatan Pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah
memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi dan telah meletakkan jawatannya di bank.
Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati
dengan kehidupannya.
Tema
Konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan
keluarga.
Persoalan
(a) Keberanian
mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan.
(b) Kerjasama
dan kolaboratif dalam menjayakan projek usahasama.
(c) Kebijaksanaan
merancang masa depan.
(d) Keutuhan
integriti dalam memikul tanggungjawab.
(e) Kepentingan
pendidikan untuk mengubah kehidupan seseorang.
Watak dan Perwatakan
Hisyam/Hisyam bin Sulaiman
(a) Anak
bongsu daripada tiga beradik.
(b) Bekerja
sebagai pemandu teksi di sebuah bandar raya.
(c) Mempunyai
tiga orang anak, iaitu Zaki, Linda dan Nora.
(d) Patuh
akan arahan dan pesanan abang sulungnya.
(e) Bersikap
rasional dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan.
(f) Berhemah
tinggi.
(g) Penyayang
terhadap ahli keluarganya.
(h) Bersikap
amanah dan jujur ketika dia menguruskan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.
(i) Merendah
diri.
(j) Berani
dalam membuat keputusan.
Harun
(a) Anak
sulung daripada tiga beradik.
(b) Bapa
kepada dua orang anak lelaki, Saleh dan Musa.
(c) Penyayang
dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
(d) Bijak
berhujah.
(e) Berpendirian
tegas.
(f) Bersifat
sensitif.
Halimah
(a) Anak
kedua daripada tiga beradik.
(b) Dia
bertugas sebagai pengurus sebuah bank. Selepas meletakkan jawatannya di bank,
dia menjadi pengurus baharu Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.
(c) Berpengalaman
luas dalam bidang pengurusan kewangan.
(d) Patuh
akan arahan abangnya.
(e) Berhemah
tinggi apabila berbicara dengan abangnya.
(f) Bijak
dan teliti dalam melakukan kerja.
(g) Berpandangan
jauh.
(h) Prihatin
dan bersimpati terhadap kesusahan abangnya.
(i) Amanah
dalam memikul tanggungjawab untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Binajaya
Sdn. Bhd. daripada adiknya, Hisyam.
Plot
Binaan Plot
(a) Permulaan
– Cerpen ini dimulakan dengan hasrat Hisyam yang ingin membangunkan sebidang
tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi
tanah pusaka itu.
(b) Perkembangan
– Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah berhubung
cadangannya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di
bandar. Namun begitu, Harun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang
dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka
itu. Sementara itu, Hisyam dan Halimah bersepakat menjual tanah pusaka itu
tetapi kemudiannya membeli tanah itu semula untuk dibangunkan.
(c) Klimaks
– Harun tergamam melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya
menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah
kediaman kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh
adik-adiknya.
(d) Peleraian
– Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, Harun berhubung
pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka
itu. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada
Halimah. Halimah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut. Hisyam pula
bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan
kehidupannya.
Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas
kembali.
(d) Monolog.
(e) Kejutan.
(f) Saspens.
Gaya Bahasa
(a) Bahasa
Arab. Contohnya, Astaghfirullah.
(b) Kata
ganda. Contohnya, dalam-dalam; mati-mati; bulat-bulat; dan angan-angan.
(c) Metafora.
Contohnya, mata batinnya.
(d) Sinkope.
Contohnya, Tak boleh. Kamu saja, Syam.
(e) Repetisi.
Contohnya, Dia cabar saya. Dia hina saya.
(f) Peribahasa.
Contohnya, tukar tangan; perah otak.
(g) Perlambangan.
Contohnya, Pisau di tangan abang.
(h) Personifikasi.
Contohnya, Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepada
adiknya itu tetapi otaknya melarang.
Latar
Latar Tempat
(a) Rumah
Harun.
(b) Rumah
Halimah.
(c) Rumah
Hisyam.
(d) Pejabat
Tanah.
(e) Sebidang
tanah pusaka di bandar.
(f) Kondo
Jaya.
Latar Masa
(a) Waktu
petang.
(b) Waktu
tengah hari.
(c) Waktu
malam.
(d) Sebulan
selepas urusan pinjaman bank diluluskan.
(e) Setelah
tiga tahun setengah.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat
yang bijak merancang masa depan.
(b) Masyarakat
penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat
yang berani mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan.
(d) Masyarakat
yang bersatu hati dalam menjayakan projek usahasama.
(e) Masyarakat
yang berpendidikan tinggi.
(f) Masyarakat
kota yang gigih mencari rezeki.
(g) Masyarakat
yang menghormati orang yang lebih tua.
(h) Masyarakat
yang terlibat dalam gejala negatif.
Nilai
(a) Amanah.
(b) Baik
hati.
(c) Hormat-menghormati.
(d) Kebijaksanaan.
(e) Kasih
sayang.
(f) Keberanian.
(g) Kegigihan.
(h) Hemah
tinggi.
Pengajaran
(a) Kita
hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluarga.
(b) Kita
mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
(c) Kita
perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-baiknya.
(d) Kita
janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan maruah
dan diri.
(e) Kita
perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
(f) Kita
hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.
(g) Kita
hendaklah berani mengambil risiko demi kesejahteraan kehidupan masa depan.
(h) Kita
mestilah bersatu hati dalam menjayakan satu-satu projek usahasama.
(i) Kita
hendaklah rajin menuntut ilmu supaya menjadi masyarakat yang berpendidikan
tinggi.
(j) Kita
hendaklah gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga
Mohon untuk berkongsi bahan cerpen sekeping tanah dengan murid saya. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini, cikgu.
BalasPadammohon share nota..t.kasih..
BalasPadam