Kupasan Puisi Tradisional: Syair Burung Nuri
Maksud Setiap Rangkap
Maksud Setiap Rangkap
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang
dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap
salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna. |
2 |
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina
jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam
keadaan miskin. |
3 |
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada
perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam
warkah tersebut. |
4 |
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang
adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan
menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan. |
5 |
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang
kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa
dalam keadaan sedih dan kecewa. |
6 |
Penyair mengisahkan kehidupannya
terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus hingga melupakan makan dan minum. |
7 |
Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan
sehingga boleh menyebabkan kehidupannya menjadi hancur. |
8 |
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan
yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya
dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup
dalam keadaan sebegitu. |
Tema
Adab dalam kehidupan seseorang.
Persoalan
(a)
Kepentingan
memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b)
Kekecewaan
yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c)
Kebijaksanaan
dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d)
Rasional
dalam berfikir dan membuat tindakan.
Bentuk dan Ciri-ciri Syair
(a)
Terdiri
daripada lapan rangkap.
(b)
Berisi
empat baris dalam setiap rangkap.
(c)
Semua
baris merupakan maksud.
(d)
Bilangan
katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e)
Terdiri
daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
(f)
Bentuknya
terikat.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a)
Inversi.
Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b)
Simile.
Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c)
Sinkope.
Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d)
Repetisi.
Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e)
Asonansi.
Contohnya, Bermula warkah surat rencana.
(perulangan vokal a).
(f)
Aliterasi.
Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan
konsonan t).
Nilai
(a)
Kesedaran.
(b)
Merendah
diri.
(c)
Rasional.
(d)
Hemah
tinggi.
Pengajaran
(a)
Kita
sepatutnya bersikap merendah diri .
(b)
Kita
haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c)
Kita
janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d)
Kita
tidak boleh berputus asa.
(e)
Kita
janganlah bertindak mengikut kata hati.
sinopsis?
BalasPadam