Rabu, 4 April 2018

Najib Umum Kenaikan Gaji Tahunan Buat Penjawat Awam

Najib Umum Kenaikan Gaji Tahunan Buat Penjawat Awam - Mungkin Sempena Pilihan Raya


4 April 2018 - Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Keenam Belas (MAPPA 2018) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengumumkan 1 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuatkuasa 1 Julai 2018 buat semua penjawat awam.

PM Najib umum kenaikan gaji 2 kali setahun bagi 2018 di MAPPA ke-15
Ini bermakna Penjawat Awam akan menerima 2 kenaikan gaji termasuk kenaikan gaji asal tahun ini.

Kenaikan Pangkat Baru iaitu DG56

Di samping itu kenaikan pangkat Gred DG56 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diwujudkan, beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MPPA) Ke – 16 yang berlangsung sebentar tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kewujudan kenaikan pangkat ini memberi peluang kepada mereka yang berada di DG54 untuk naik ke DG56 berkuatkuasa 1 Jan 2019.


Sumbangan Dana 3 juta setahun kepada CEUPACS

Selain daripada itu, beliau juga mengumumkan sumbangan dana kepada Cuepacs sekurang-kurangnya 3 Juta setahun.

Perkara lain yang menarik yang diumumkan oleh Najib di MAPPA 2018

Beliau juga mengumumkan time based kumpulan pelaksana dipendekkan dari 13 tahun kepada 10 tahun.

Manakala untuk pekerja berstatus kontrak pula, kebajikan ibu bapa mereka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan.

MAPPA kali ini bertemakan ‘Demi Negaraku Malaysia.
Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Pages