Ahad, 22 Mei 2022

Kaduk, Ayam dan Raja (Zarinah Hassan)

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja (Zarinah Hassan)

Sinopsis Kaduk, Ayam dan Raja (Zarinah Hassan)

Penulis menyindir raja yang memiliki kuasa mutlak menipu rakyat dengan merampas tanah. Hal tersebut turut berlaku kepada Pak Kaduk apabila tanahnya dirampas oleh raja. Hakim yang merupakan cucu kepada Kaduk berusaha untuk mendapatkan tanah milik arwah datuknya semula. Azam, iaitu sahabat baik Hakim memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat hektar itu.

Hujah-hujah Azam berjaya meyakinkan pihak mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaan hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim.

Hakim bercadang untuk menjalankan projek ternakan ayam secara pertanian kontrak di kawasan tanah Kaduk itu. Kontrak tersebut adalah antara Hakim dengan Syarikat Global Chicken. Syarikat berkenaan menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau RAJA. Usaha Hakim melibatkan diri dalam bidang perternakan sebagai menyahut seruan kerajaan yang memberikan insentif kepada penternak. Oleh hal yang demikian, Hakim telah membuat pinjaman bank sebanyak RM200 000.

Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan teknologi canggih. Namun begitu, Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang individu yang bergelar Yang Berhormat, akhirnya pihak bank meluluskan pinjamannya. Satu perjanjian kontrak dimeterai antara Hakim dengan Syankat RAJA. Hakim pun memulakan projek penternakan ayam tersebut

Hakim banyak menghadapi rintangan apabila berurusan dengan Syarikat RAJA. Masalah lain seperti jalan masuk ke kawasan penternakan yang tidak diturap telah menyebabkan lori-lori tersangkut dalam selut lumpur. Orang kampung mula merungut dan membantah kerana jalan menjadi rosak. Hakim turut berhutang dengan Syarikat RAJA berikutan syarikat itulah yang menyediakan segala keperluan seperti membekalkan anak ayam, makanan dedak, dan ubat-ubatan.

Azam bersimpati terhadap nasib yang menimpa Hakim. Kini, Hakim terhimpit oleh masalah hutang Hakim tiada pilihan lain kecuali terpaksa meneruskan projek penternakan ayam. Jika hutang bank gagal dilunaskan, tanah pusakanya pula akan dirampas.

Hakim memberitahu Azam bahawa hidupnya dibelenggu oleh masalah hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam-ayam dari rebannya yang bernilai kira-kira RM85 000. Walau bagaimanapun, Hakim hanya menerima RM13 000 sahaja, selebihnya sebanyak RM72 000 digunakan untuk melunaskan hutang piutang kepada Syarikat RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak, dan ubat-ubatan. Daripada jumlah wang yang diterima itu pula, Hakim terpaksa membayar hutang bank, upah penangkap ayam, bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, dan segala kos penyelenggaraan yang lain.

Hakim mula menyedari bahawa Syarikat RAJA telah mengeksploitasi penternak kecil sepertinya melalui harga dedak dan ubat-ubatan untuk ayam temakannya sehingga hutangnya meningkat. Keadaan ini menunjukkan persamaan antara Hakim dengan datuknya, iaitu mereka sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Hakikatnya kini, raja merupakan golongan yang memegang kuasa ekonomi, manakala orang bawahan pula terpaksa mengikut telunjuk mereka.

 

 

Tema

Cepen ini bertemakan kesungguhan seorang pemuda yang cebun bidang pertanian dan keusahawanan

 

Persoalan

(a)    Kegighan seorang anak muda dalam bidang pertanian.

(b)    Cabaran yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan.

(c)     Tuntutan pemilikan hak yang telah diambil oleh orang lain.

(d)    Pahit getir masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian.

(e)    Pembersihan nama dan maruah keluarga

 

Watak dan Perwatakan

(a) Watak utama-Hakim,

(b) Watak sampingan-Azam, Kaduk, dan sebagainya.

 

Hakim

(a)    Bapanya bemama Hassan dan datuknya bermama Kaduk

(b)    Berpendidikan tinggi

(c)     Gigih berusaha bagi mencapai cita-cita

(d)    Bijak membuat tindakan secara rasional.

(e)    Bercita-cita tinggi, iaitu berazam menjadi usahawan yang berjaya dengan cara menyahut seruan kerajaan melalui projek penternakan ayam secara moden yang telah diusahakannya.

(f)      Berani dan berpendirian tegas dalam mendapatkan tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja pada suatu ketika dahulu dengan memfailkan kesnya di mahkamah.

(g)    Berpandangan jauh dengan menceburi bidang penternakan ayam bagi memastikan pengeluaran makanan negara berterusan dan tidak bergantung pada makanan import semata-mata.

(h)    Tabah dalam meneruskan projek temakan ayam meskipun dia berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran

(i)      Reda menerima kesan buruk akibat kesilapan dirinya.

(j)      Pandai berdikari dalam mengusahakan penternakan ayam

 

Azam

(a)    Sahabat baik Hakim.

(b)    Berpendidikan tinggi, iaitu lulusan sebuah universiti dalam jurusan undang-undang

(c)     Bertugas sebagai peguam di syarikat guaman.

(d)    Bijak dan petah berhujah

(e)    Prihatin terhadap sahabatnya.

(f)      Baik hati serta banyak memberikan kata-kata semangat, dorongan, dan nasihat kepada Hakim untuk berjaya. sebagai seorang petani moden.

(g)    Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim

(h)    Mempunyai sifat setia kawan yang tinggi.


Pak Kaduk

(a)    Pak Kaduk ialah datuk Hakim.

(b)    Dianggap bodoh dan bersikap lurus bendul

(c)     Taat akan perintah raja.

(d)    Miskin dan hidup merempat.

(e)    Patuh akan nasihat dan pandangan orang lain.

 

Latar

Latar Tempat

(a)    Kampung

(b)    Rumah Hakim

(c)     Bangsal rehat

(d)    Reban ternakan ayam

(e)    Universiti

(f)      Mahkamah

(g)    Bank

 

Latar Masa

(a)    Zaman dahulu.

(b)    Zaman moden

(c)     Sepuluh bulan

(d)    Setahun.

 

Latar Masyarakat

(a)    Masyarakat yang menjadi mangsa penindasan golongan yang berkuasa.

(b)    Masyarakat generasi kini yang berani mempertahankan hak mereka

(c)     Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

(d)    Masyarakat generasi muda yang berpendidikan tinggi

(e)    Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan amanah keluarga

(f)      Masyarakat yang tamak terhadap golongan yang lemah

(g)    Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan


Plot

Binaan Plot

(a)    Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi

(b)    Plot permulaan atau eksposisi cerpen ini dimulai dengan penulis mengimbas kembali kisah Kaduk Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat. Mereka yang menentang raja dianggap penderhaka dan dijatuhi hukuman berat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Pak Kaduk apabila tanahnya dirampas oleh raja.

(c)     Pada tahap perkembangan, penulis menjelaskan bahawa Hakim yang merupakan cucu Kaduk berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah dirampas semula secara tidak sah oleh raja melalui sistem perundangan di mahkamah Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya, Azam yang bekerja sebagai peguam. Di mahkamah, Azam bijak berhujah sehingga akhimya tanah Kaduk yang telah dirampas oleh raja pada suatu masa dahulu dikembalikan kepada warisnya, iaitu Hakim.

(d)    Tahap perumitan cerita apabila Hakim banyak menghadapi masalah ketika mengurus projek penternakan ayam secara kontrak. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap menyebabkan lori-lori tersangkut dalam selut lumpur ketika hujan. Rungutan orang kampung yang tidak berpuas hati akibat jalan di kampung itu rosak juga antara penyebabnya. Selain itu, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam, makanan dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA berkuasa dalam menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakan. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat dari sehari ke sehari.

(e)    Klimaks cerpen ini adalah apabila Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Dengan apa apa cara sekalipun, dia perlu membayar hutangnya kepada pihak bank kerana kegagalannya melunaskan hutang bank kelak akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas.

(f)      Peleraian cerpen ini adalah apabila Hakim menganggap tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Hakim mula sedar bahawa dia senasib dengan datuknya. Satu perkara yang membezakan mereka hanyalah nama dan masa peristiwa itu berlaku. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.

 

Teknik Plot

(a)    Teknik pemerian

Contohnya, penulis memerihalkan bahawa Hakim merupakan cucu daripada keturunan. Kaduk yang berusaha untuk mendapatkan hak datuknya yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja semula.

(b)    Teknik dialog

Contohnya:

"Dah berapa kali kau menjual ayam?" tanya Azam.

“Sudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang kita lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.”

(c)     Teknik imbas kembali.

Contohnya, penulis menceritakan kembali kisah Pak Kaduk yang menukar ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja. Sebagai taruhan dalam pertandingan sabung ayam tersebut, dia menggadaikan tanahnya kepada raja. Oleh sebab dia kalah menyabung tanah Pak Kaduk itu dirampas oleh raja.

(d)    Teknik imbas muka.

Contohnya, Hakim membayangkan niatnya untuk mendirikan sebuah memorial yang akan dinamakan "Memorial Pak Kaduk sekiranya dia berjaya menebus tanah milik datuknya seluas empat ekar itu kembali.

 

Gaya Bahasa

(a)    Dalam aspek diksi atau pemilihan kata, pengarang telah menggunakan perkataan sehari-hari yang mudah difahami oleh pembaca.

(b)    Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.

(c)     Personifikasi.

Contohnya: Hokim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya

(d)    Metafora.

Contohnya: kamar pengadilan.

(e)    Hiperbola.

Contohnya: Kini hidupku bergelumang dengan hutang.

(f)      Smile

Contohnya: Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu

 

Nilai

(a)    Kebijaksanaan Contohnya, sebagai peguam Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang gaman untuk membantu Hakim mendapatkan hak milik tanah datuknya yang telah dirampas oleh raja kembal

(b)    Berdikari Contohnya, Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan membuat pinjaman bank tanpa memohon bantuan daripada pihak kerajaan

(c)     Ketaatan. Contohnya, Kaduk mentaati perintah aja dengan menukarkan ayamnya, Si Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

(d)    Keadilan. Contohnya, Tuan Hakim di mahkamah telah mengadili kes perbicaraan tuntutan tanah milik Kaduk oleh cucunya, Hakim secara telus dan akhimya Hakim benjaya mendapatkan kembali hak milik tanah datuknya itu.

(e)    Kesyukuran. Contohnya, Hakim bersyukur kerana dapat menebus tanah dan maruah datuknya semula yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

(f)      Kegigihan Contohnya, Hakim gigih berusaha dengan beberapa kali berulang-alik ke bank untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menjayakan projek ternakan ayamnya.

 

Pengajaran

(a)    Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita.

(b)    Kita hendaklah mengamalkan sikap berdikan tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.

(c)     Kita mestilah menyokong dan menyahut dasar-dear kerajaan demi kemajuan bangsa dan negara.

(d)    Kita hendaklah bersikap adil dalam membuat pertimbangan

(e)    Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi menuntut hak-hak kita kembal

(f)      Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

(g)    Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga dan membersihkan nama serta maruah keturunan kita

(h)    Kita mestilah bersabar dan tabah menghadapi cabaran hidup.

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Pages