Ahad, 22 Mei 2022

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom)

Cerpen


 

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Haji Masrom)

 

Sinopsis

Mas melancong ke Istanbul, Turki Sebelum berlepas mengikut rombongan Passage Tours and Travel ke negara Mustafa Kamal Attaturk. Mas membuat perkiraan wang sebanyak USD400 yang bersamaan RMT 800 untuk membeli cenderamata yang akan dihadiahkan kepada keluarga, sanak-saudara kenalan rapat, rakan sepejabat, dan para pensyarah Bagi dirinya sendiri pula, Mas lebih suka membeli beberapa buah buku yang diterbitkan di Turki.

 

Mas telah dinasihati oleh pemandu pelancong yang bernama Yuksel tentang pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Mas melintasi sebuah kedai yang menjual jaket kulit di Grand Bazaar Mata Mas terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwama hitam untuk dihadiahkan kepada abangnya. Walaupun pemuda Turki itu seakan-akan dapat membaca isi hatinya, namun dia tidak membeli sarung tangan kulit itu kerana tidak mengetahui harganya

 

Mas dan rakan-rakannya dilayan dengan begitu mesra umpama selebriti, Pekedai tanpa putus asa memujuk Mas agar membeli jaket kulit kijang tetapi dia menolak. Rupa-rupanya tindakan Mas tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada lelaki itu sehingga mengeluarkan kata kata yang kesat. Mas dituduh sebagai wanita Muslim yang tidak baik kerana membuang masa pekedai itu.

 

Mas seterusnya mengisahkan percutiannya pada hari keenam. Gambaran kesusahan hidup seorang wanita tua yang menjual makanan burung sungguh mor hati. Selain itu, kejadian yang menimpa seorang ! lelaki turut dirakam oleh Mas apabila budak lelaki tersebut ditangkap akibat menjual barangan pasaran gelap. Budak lelaki itu ditendang dan diperlakukan tanpa belas kasihan.

 

Mas kecewa dengan sikap pekedai itu. Mas tidak faham sebab pekedal itu begitu marah kepadanya. Perasaan Mas terganggu.  Dia teringat ketika berada di Istanbul, Mas telah bersedekah sebanyak empat kali. Mas juga tidak pernah meninggalkan solat, namun dia masih menerima layanan seumpama itu. Ketika pulang ke hotel, Mas membaca buku Mevlana Celaleddin Rumi and The Whiring Dervishes yang sempat dibelinya semasa melawat makamnya di Konya. Insiden yang menimpa Mas menyebabkan dia beranggapan bahawa manusia sudah hilang kasih sayang.

 

Seorang lelaki tua menghampiri Mas dan meletakkan sehelai jaket kulit berwama hitam di lengannya. Ketika itu Mas dan rakan-rakan sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus. Shahmeem membeli jaket tersebut dengan harga USD120. Malangnya, jaket tersebut tidak sesuai dengannya. Shahmeem menjual jaket tersebut kepada Mas dengan harga USD100, Jualan jaket itu telah membawa kegembiraan hati rakannya.

 

Mas berpendapat bahawa jaket yang dibelinya itu tidak sesuai dipakai di Malaysia yang beriklim panas. Tambahan pula, jaket tersebut perlu dijaga dengan rapinya, tidak boleh dilipat sembarangan dan kulitnya tidak tahan lasak Jika koyak, jaket itu tidak dapat dijahit dengan benang. Bagi Mas, jaket kulit kijang sebenamya melambangkan kemewahan dan kemegahan. Lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk menghasilkan sehelai jaket kulit kijang

 

Mas bercadang untuk menjual jaket kulit kijang itu di kedai pakaian terpakai apabila pulang ke Malaysia nanti. Dia sanggup menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah asalkan pembelinya gembira. Mas juga bercadang untuk mendermakan hasil jualan jaket kulit Kijang tersebut kepada mana-mana pihak zoo yang memiliki kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh dek kemodenan hidup manusia. Pada pandangan Mas, jika Melvana Celalledin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa Mas mempunyai ciri-ciri seorang darwis. Begitu juga jika Nasreddin Hodja masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa watak humornya sudah ada pewaris.

 

 

Tema

Cerpen ini membawa tema pengalaman seorang pelancong yang mengalami berbagai-bagai pengalaman sepanjang tempoh kunjungannya itu.

 

Persoalan

(a)    Kebijaksanaan dalam membuat perancangan.

(b)    Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam perniagaan.

(c)     Kepentingan hormat-menghormati sesama manusia.

(d)    Kesanggupan melakukan kegiatan haram untuk meneruskan kelangsungan hidup.

(e)    Keprihatinan terhadap haiwan liar yang terancam.

 

Watak dan Perwatakan

(a)    Watak utama – Mas

(b)    Watak sampingan lelaki Turki, Shahmeen, Mevlana Celaleddin Ar-Rumi, dan Nasreddin Hodja.

 

Penulis/Mas

(a)    Mas lalah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki

(b)    Seorang yang berpendidikan tinggi.

(c)     Seorang yang bijak merancang perbelanjaan.

(d)    Dia gemar membaca buku dan bahan bacaan terutama hasil penulis temama.

(e)    Seorang yang baik hati dan pemurah

(f)      Seorang yang berhemah tinggi

(g)    Seorang yang penyabar

(h)    Dia gemar melancong atau mengembara.

(i)      Dia seorang yang berpendirian teguh

(j)      Dia mencintai hidupan liar.

(k)    Dia bijak menjaga keselamatan diri

 

Pekedai lelaki berbangsa Turki

(a)    Peniaga di Grand Bazaar, Istanbul.

(b)    Seorang yang peramah.

(c)     Seorang yang pandai berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan

(d)    Seorang yang tidak beretika ketika berniaga.

 

Kak Chah

(a)    Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki

(b)    Bijak dalam urusan tawar-menawar harga barangan

(c)     Bersikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

(d)    Prihatin akan keperluan orang lain.

(e)    Teliti dalam berbelanja.

 

Shahmeem

(a)    Seorang peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki,

(b)    Bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

(c)     Baik hati dan bertimbang rasa

(d)    Menghargai jasa orang lain.

(e)    Gopoh dan kurang berhati-hati dalam berbelanja.

 

Latar

Latar Masa

(a)    Hari kelima lawatan ke Turki,

(b)    Hari keenam lawatan ke Turki.

(c)     Malam terakhir di Istanbul.

(d)    Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel

(e)    Setiap waktu subuh dan maghrib

 

Latar Masyarakat

(a)    Masyarakat yang gemar melancong dan mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman,

(b)    Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

(c)     Masyarakat yang baik hati dan pemurah.

(d)    Masyarakat yang gemar membaca

(e)    Masyarakat yang mencintai hidupan liar.

(f)      Masyarakat yang pandai berpura-pura

(g)    Masyarakat yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara

(h)    Masyarakat peniaga yang tidak beretika.

(i)      Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti

 

Plot

Binaan Plot

(a)    Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

(b)    Permulaan atau eksposisi cerpen ini dimulai apabila Mas/penulis menyertai sekumpulan pelancong sebanyak 30 orang dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki

(c)     Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali Grand Bazaar Encik Yuskel, pemandu pelancong bagi rombongan tersebut, memberikan panduan dan nasihat agar lebih berhati-hati ketika berbelanja di Grand Bazaar kerana tidak mahu mereka terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ. Mas dan kumpulannya berjalan-jalan hingga tiba di sebuah kedai menjual jaket kulit. Pekedai itu mempelawa mereka masuk dan melayan mereka dengan ramah.

(d)    Tahap perumitan/konflik bermula apabila Mas/penulis dimarahi oleh seorang pekedai lelaki yang tidak berpuas hati kerana tidak membeli jaket kulit yang telah dicubanya. Pekedai tersebut menuduh Mas sebagai perempuan muslim yang tidak baik, selain mengeluarkan kata-kata kesat.

(e)    Klimaks cerpen ini adalah apabila Mas/penulis sedar bahawa dia tidak memerlukan jaket kijang itu. Oleh hal yang demikian, dia berhasrat untuk menjual jaket itu kepada sebuah kedai pakaian terpakai apabila pulang ke Malaysia nanti.

(f)      Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis bercadang untuk mendermakan wang jualan jaket kulit kijang itu kepada mana-mana zoo yang ada kendang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang -kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.

 

Teknik plot

(a)    Teknik pemerian. Contohnya, penulis menerangkan keadaan di dalam sebuah kedai menjual jaket kulit yang dimasukinya di Grand Bazaar, Istanbul.

(b)    Teknik imbas kembali. Contohnya, Mas teringat kembali akan jenaka sufi yang telah dibacanya dalam 202 Jokes of Nasreddin Hodja yang dibelinya di Cappadocia. Nasreddin Hodja lahir di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki semasa zaman pemerintahan Sultan Timur Leng

(c)     Teknik imbas muka. Contohnya: Mas membayangkan wajah-wajah kegembiraan rakannya ketika menerima cenderamata yang dibelinya dari Turki tersebut.

 

Gaya Bahasa

(a)    Pengarang menggunakan beberapa perkataan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris.

(b)    Pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.

(c)     Simile. Contohnya, umpama senjata untuk mempertahankan diri, seperti bintang filem jika memakai jaket kulit.

(d)    Penggunaan kata bahasa Inggeris. Contohnya, Made in Turkey.

 

Nilai

(a)    Suka menimba ilmu. Contohnya, penulis memiliki minat membaca terutama hasil karya penulis tersohor.

(b)    Berhemat. Contohnya, penulis membuat perancangan lebih awal bagi mengawal perbelanjaannya.

(c)     Kemanusiaan. Contohnya, penulis berasa sedih apabila pihak polis menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki.

(d)    Sayang akan hidupan liar. Contohnya, penulis sedih kerana yang menjual barangan di pasaran gelap. haiwan seperti kijang dibunuh untuk diambil kulitnya bagi membuat jaket.

(e)    Baik hati. Contohnya, penulis telah merancang untuk membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat handainya di tanah air.

(f)      Kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan lelaki Turki yang menghamburkan kata kata kesat dan memaksanya membeli jaket.

(g)    Kesopanan. Contohnya, walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai, penulis tetap menunjukkan sikap sopannya.

(h)    Penghargaan. Contohnya, penulis amat menghargai hasil tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja.

 

Pengajaran

(a)    Kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong ke luar negara sekiranya berkemampuan.

(b)    Kita mestilah bijak merancang perbelanjaan.

(c)     Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan.

(d)    Kita perlulah berusaha untuk menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan (e) Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.

(e)    Kita perlulah bersikap pemurah dan baik hati terhadap orang lain.

(f)      Kita hendaklah bersikap hormat-menghormati terhadap orang lain tanpa mengira bangsa, agama, dan negara.

(g)    Kita perlulah rasional ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan.

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Pages