Ahad, 22 Mei 2022

Munsyi (Husna Nazri)

 Cerpen

 Munsyi (Husna Nazri)



Sinopsis Munsyi

Mel berhasrat untuk berhijrah ke kota. Malangnya, bonda menghalang Mel berhijrah ke kota kerana bimbang Mel akan terpengaruh oleh budaya negatif di bandar. Selain itu, bonda menganggap bahawa bahasa ibunda dan jati diri Mel masih belum mantap.

 

Bonda berpendapat bahawa rakyat kota sudah luntur nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bangsa, dan bahasa. Selain itu, warga kota yang berlainan bangsa mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka i Benih-benih penjajahan dahulu telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga berlakunya pertumpahan darah Oleh itu, bonda memberi nasihat kepada Mel supaya memelihara agama, bahasa dan negara.

 

Kitab-kitab lama bertulisan Jawi yang memperincikan sejarah dan bahasa negara ini sering dibaca oleh Mel Mel berpendapat bahawa dunia sudah berubah, yakni masyarakat pada hari ini mengejar harta, pangkat serta kekayaan dan bukan lagi berjuang menentang penjajah. Namun begitu, bonda menyangkal pendapat Mel Bonda mengatakan bahawa sejarah penting untuk dipelajari kerana bangsa yang mengkaji sejarah silam tidak akan mengulangi kesilapan lalu buat kali kedua.

 

Mel berasa bangga apabila membaca karya agung Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang membuktikan kehebatan bangsanya membina empayar yang berjaya. Malangnya, kegemilangan empayar tersebut musnah akibat sikap hasad dengki, khianat, kronisme, serta amalan rasuah. Mel menyedari bahawa kehebatan nenek moyang tanah air ini adalah disebabkan oleh tiga perkara. Perkara-perkara tersebut ialah agama yang berpaksikan akidah yang satu, penggunaan bahasa ibunda oleh semua lapisan masyarakat dan taat setia kepada raja. Mel merasakan dirinya memiliki sedikit kekuatan untuk berhijrah ke kota. Sekali lagi, Mel menyampaikan hasratnya kepada bonda.

Akhimya, bonda bersetuju dan berpesan agar Mel memelihara agama dan bahasanya.

 

Bonda mengirimkan sejumlah buku untuk diserahkan kepada sahabat lamanya yang bernama Munsyi Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak menyimpan khazanah lama itu. Setelah sampai ke kota, Mel berjaya menjejaki Munsyi. Munsyi menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota dan berpakaian lengkap busana Melayu tradisional. Mel berpeluang bermesra dengan beliau sebelum menyerahkan kitab-kitab lama yang diberikan oleh bonda.

 

Mel mengalami kejutan budaya pada peringkat awal kedatangannya ke kota. Mel melihat anak-anak muda gagal menggunakan bahasa ibunda dengan baiknya. Mereka juga bertindak melanggar hukum agama dengan melakukan pergaulan bebas. Anak-anak muda di kota sudah hilang identiti dan jati diri bangsa.

 

Setelah beberapa lama menetap di kota, Mel mendapat perkhabaran bahawa perkampungan Melayu di pinggir kota yang merupakan tempat tinggal Munsyi akan dirobohkan, Kawasan tersebut akan dibangunkan dengan bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang Apabila Mel sampai di perkampungan tradisi itu, dia melihat jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah penduduk kampung Puluhan anggota penguat kua sedang mengawal keadaan yang tegang akibat bantahan orang ramai

 

Mel terkedu melihat puluhan buku lama yang diberikan oleh bonda diranapkan. Mel bertambah sedih apabila tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan berpindah tangan kepada saudagar asing yang bakal mengaut keuntungan. Mel gagal menjejak kelibat Munsyi. Kini, pejuang bahasa telah menghilangkan diri.

 

 

Tema

Tema cerpen ini ialah semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa, dan budaya.

 

Persoalan

(a)    Kepentingan pengamalan semangat patriotisme dan jati dini dalam jiwa anak-anak muda.

(b)    Pengekalan anutan agama, bahasa, dan budaya tradisi yang diwarisi sejak zaman-berzaman

(c)     Keseronokan dunia yang mempengaruhi tingkah laku anak-anak muda di ibu kota.

(d)    Kekuatan pegangan agama sebagai benteng pencegahan anasir luar.

(e)    Kehidupan warga kota yang penuh dengan pelbagai cabaran

(f)      Kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah.

(g)    Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.

(h)    Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi.

 

Watak dan Perwatakan

(a)    Watak utama – Mell

(b)    Watak sampingan - Bonda dan Munsyi

 

Mel

(a)    Anak lelaki kepada banda.

(b)    Patuh akan nasihat dan pesanan bondanya.

(c)     Rasional dalam membuat keputusan

(d)    Mempunyai jati diri yang teguh

(e)    Mempunyai semangat patrotik yang tinggi.

(f)      Amat menghormati orang tua.

(g)    Sangat menyayangi ibunya.

(h)    Pandai hidup berdikari.

(i)      Gigih dalam melakukan sesuatu perkara.

(j)      Bersikap amanah dan jujur

(k)    Bijak merancang masa depan

(l)      Rajin menimba ilmu.

(m)  Berjiwa sensitif dan mudah menaruh perasaan belas terhadap nasib orang lain.

(n)    Berani dalam membuat keputusan.

 

Bonda

(a)    Ibu kepada Mel

(b)    Penyayang dan banyak memberikan kata-kata nasihat dan pesanan kepada Mel

(c)     Berjiwa patriotic

(d)    Berilmu dan berpengetahuan luas.

(e)    Amanah.

(f)      Berpendirian tegas.

(g)    Baik hati

(h)    Berani dalam melakukan tindakan

 

Munsyi

(a)    Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di ibu kota

(b)    Berusia ernas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih bersih

(c)     Pejuang bahasa.

(d)    Memiliki ilmu bahasa yang tinggi

(e)    Berhemah tinggi.

(f)      Mengagungkan seni dan budaya tradisi bangsa.

(g)    Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

 

Latar

Latar Tempat

(a)    Rumah Mel

(b)    Rumah Munsyi

(c)     Kampung Mel, iaitu Mel dan Bondanya menetap di situ

(d)    Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu

(e)    ibu kota

 

Latar Masa

(a)    Bulan Mei

(b)    Beberapa purnama.

(c)     Pada suatu hari,

(d)    Minggu pertama berada di kota Seminggu selepas itu.

(e)    Lebih kurang lima ratus tahun yang lampau

(f)      Seminggu selepas proses merobohkan rumah-rumah di kampung tradisi

 

Latar Masyarakat

(a)    Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.

(b)    Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri

(c)     Masyarakat yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

(d)    Masyarakat yang bijak merancang masa depan.

(e)    Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati dir Masyarakat yang amanah dan jujur dalam menyempurnakan hajat seseorang.

(f)      Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan

(g)    Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan ‘pecah dan perintah’

 

 

Plot

Binaan Plot

(a)    Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi.

(b)    Plot permulaan cerpen ini dimulai dengan hasrat Mel/penulis yang ingin bekerja dan menerap di ibu kota. Hasratnya itu dibantah oleh bondanya/ibunya. Bonda memberikan alasan bahawa Mel masih belum menguasai ilmu agama dan lemah dari segi penguasaan Bahasa ibunda.

(c)     Pada tahap perkembangan, penulis memerihalkan kisah bonda Mel yang menceritakan berbagai-bagai kisah yang berkaitan dengan kehilangan nilai tradisi nenek moyang oleh anak-anak muda di ibu kota yang mudah tergadai maruah diri atas nama kemajuan. Menurut bonda Mel lagi, warga kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka serta mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Pada suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentimen perkauman yang berpunca daripada pihak penjajah yang berjaya menanamkan benih-benih persengketaan. Mel bertekad untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk berhijrah ke ibu kota. Akhirnya, bonda Mel merestui pemergiannya setelah meyakini kemampuan anaknya itu hidup berdikari di ibu kota. Bonda Mel turut mengirimkan kitab-kitab lama bertulisan jawi untuk dihadiahkan kepada sahabat lamanya yang bernama Munsyi.

(d)    Tahap perumitan cerpen ini apabila Mel berasa sedih dan malu apabila melihat anak-anak muda yang sebangsa dengannya di ibu kota hilang maruah diri dengan mengamalkan pergaulan bebas dan menggunakan bahan rojak Bagi Mel, mereka telah kehilangan identiti dan jati diri. Mel kemudiannya mendapat khabar tentang projek pembinaan bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang di atas tanah rizab Melayu di pinggir kota. Semua keluarga yang tinggal di tanah rizab tersebut diarahkan berpindah termasuklah Munsyi.

(e)    Klimaks cerpen ini apabila Mel tergamam melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku lama yang diberikan oleh bondanya hancur dranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang akan mengaut keuntungan kelak. Mel tidak dapat menemui Munsyi.

(f)      Peleraian cerpen ini bermula apabila Mel berusaha untuk menjejaki Munsyi tetapi gagal. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.

 

Teknik Plot

(a)    Teknik pemerian. Contohnya, penulis memenalkan suasana tegang yang berlaku di kawasan perkampungan tradisi di pinggir ibu kota ketika kerja-kerja merobohkan rumah-rumah kayu usang penduduk dijalankan oleh pihak berkuasa

(b)    Teknik dialog Contohnya, Tuan inikah yang bernama Munsy, sahabat baik bonda saya?"

(c)     Teknik imbas kembali. Contohnya, penulis teringat kembali cerita ibunya mengenai peristiwa rusuhan kaum yang pemah berlaku di ibu kota mewah itu.

(d)    Teknik imbas muka. Contohnya, Mel membayangkan satu satunya tanah rizab milik bangsa Melayu di ibu kota akan berpindah milik kepada saudagar asing apabila kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah serta hotel bertaraf lima bintang.

(e)    Teknik kejutan. Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menduga sama sekali bahawa Munsyi akan menghilangkan diri apabila rumahnya dirobohkan.

 

Gaya Bahasa

(a)    Penggunaan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.

(b)    Metafora. Contohnya, Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat, penjajah menabur bara sengketa, dan hanya ingin menghidupkan roh patriotisme.

(c)     Peribahasa. Contohnya, baru setahun jagung besar hati. Personifikasi Contohnya, peson mulus yang lama terpahat di pangkal hati dan pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya.

 

Nilai

(a)    Patriotisme Contohnya, bonda berusaha untuk menanam kan semangat patriotik dalam diri Mel dengan harapan Mel akan menjadi seorang pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa sendiri kelak.

(b)    Tanggungjawab. Contohnya, bonda menjaga khazanah nenek moyangnya yang berupa kitab-kitab lama bertulisan jawi yang tidak temilai harganya dengan begitu cermat.

(c)     Nilai hormat-menghormati Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa.

(d)    Kasih sayang. Contohnya, bonda berpesan dan menasihati Mel agar sentiasa menjaga agama dan bahasa ibundanya sewaktu berada di ibu kota.

(e)    Berdikari. Contohnya, Mel berhijrah seorang diri ke ibu kota untuk mencari kerja yang dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depannya.

(f)      Kegigihan. Contohnya, Mel berusaha untuk menjejaki rumah Munsyi sehingga berjaya berpandukan peta yang dibekalkan oleh bondanya.

(g)    Ketaatan. Contohnya, Mel patuh akan arahan bondanya agar menangguhkan pemergiannya ke ibu kota atas faktor ilmu dan pengalamannya yang masih cetek.

(h)    Amanah. Contohnya, Mel menyerahkan naskhah-naskhah kitab lama milik bondanya kepada Munsyi yang menetap di perkampungan tradisi di ibu kota.

 

Pengajaran

(a)    Kita perlulah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun dengan sepenuh hati.

(b)    Kita hendaklah mempertahankan maruah dan jati diri.

(c)     Kita perlulah mengikut nasihat orang tua-tua yang lebih berpengalaman.

(d)    Kita hendaklah bijak merancang masa depan.

(e)    Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menyempurnakan hajat seseorang.

(f)      Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

(g)    Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan.

(h)    Kita tidak sewajarnya menggadai maruah dan harga diri untuk mengejar keduniaan.

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Pages