Ahad, 22 Mei 2022

Kepimpinan Melalui Teladan

Prosa Tradisional

Kepimpinan Melalui Teladan

 


Sinopsis Kepimpinan Melalui Teladan

Seni Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat berita kematian tujuh orang penjuritnya telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Sen Betara Majapahit mengarahkan Kertala San ke Melaka untuk membunuh Laksamana dan Ratu Melaka sebagai cara menuntut bela atas kematian bapanya. Seri Betara berjanji akan memberikan jawatan sebagai penggawa agung kepadanya jika berjaya melaksanakan amanah yang diberikan itu.

 

Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya ketika berada di Melaka: Kertala Sari bertindak melakukan pelbagai kejahatan seperti mencuri harta saudagar-saudagar kaya dan mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini mencetuskan kebimbangan Raja Melaka. Baginda pun menitahkan Temenggung serta para pengikutnya menjaga keselamatan negeri Melaka. Namun begitu, masalah kecurian tetap berlaku sehingga rumah Bendahara turut dimasuki oleh Kertala Sari.

 

Keadaan ini menyebabkan Laksamana menawarkan diri kepada Raja Melaka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Laksamana mengandaikan penjurit tersebut akan memasuki istana untuk mencuri.

 

Laksamana menggunakan ilmu sakti yang dimiliki dengan membubuh hikmat pada lembing, tombak, dan kayu yang disusun mengelilingi istana. Hal tersebut dapat mengalihkan perhatian Kertala Sari daripada memasuki istana Kertala Sari tidak dapat memasuki istana apabila dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan kuatnya.

 

Pada suatu malam, Laksamana menyamar diri sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar. Laksamana berjaya membunuh Kertala Sari dan memotong alat sulitnya. Orang ramai yang menjumpai mayat tersebut mengerat anggota badan Kertala Sari untuk membuktikan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun begitu, Laksamana berjaya menunjukkan bukti yang kukuh kepada Raja Melaka bahawa beliaulah yang telah menumpaskan Kertala Sari.

 

Raja Melaka mengarahkan Bentara Tun Kasturi mendapatkan harta yang dicuri di sebalik Bukit Cina untuk diserahkan kepada semua pemiliknya. Baginda mencadangkan rakyat agar memberikan dua pertiga bahagian daripada barang barang tersebut kepada Laksamana. Walau bagaimanapun, Laksamana hanya menerima satu pertiga daripada barang barang tersebut yang kesemuanya telah disedekahkan kepada fakir miskin dan orang bawahannya. Sementara itu, Patih Gajah Mada terus mencari orang yang mampu membunuh Laksamana dan Raja Melaka.

 

Tema

Kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luat

 

Persoalan

(a)    Persoalan kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu.

(b)    Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh.

(c)     Persoalan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah.

(d)    Persoalan menuntut bela atas kematian orang tersayang.

(e)    Persoalan amanah dalam melaksanakan tugas.

 

Watak dan Perwatakan

 

(a)    Watak utama – Laksamana

(b)    Watak-watak sampingan - Kertala Sari, Seri Betara Majapahit, Bini Petala Bumi, Tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya, Temenggung, Bendahara, dan sebagainya.

 

Laksamana

(a)    Beliau merupakan seorang daripada hulubalang Melaka.

(b)    Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Petala Bumi

(c)     Seorang yang bijaksana.

(d)    Seorang yang berani dan gagah. Seorang yang digeruni oleh pihak lawan.

(e)    Seorang yang baik hati

(f)      Seorang yang patuh akan perintah raja. Seorang yang bertanggungjawab.

 

Tentala Sari

 

(a)    Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.

(b)    Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana.

(c)     Seorang yang berani bertindak.

(d)    Seorang yang kejam dan ganas

(e)    Seorang yang memiliki ilmu kesaktian.

(f)      Seorang yang pendendam.

(g)    Seorang yang patuh akan perintah pemerintah.

 

 

Raja/Ratu Melaka

(a)    Baginda juga dikenal sebagai Tuanku Syah Alam.

(b)    Seorang yang adil dan saksama.

(c)     Seorang yang mementingkan keharmonian negara.

(d)    Seorang yang mengenang jasa hulubalang

(e)    Seorang yang rasional dalam membuat tindakan.

 

Patih Gajah Mada

 

(a)    Merupakan pembesar kerajaan Majapahit.

(b)    Seorang yang pendendam

 

Latar

 

Latar Tempat

(a)    Majapahit,

(b)    Rumah Petala Bumi.

(c)     Bukit Cina

(d)    Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka.

(e)    Tengah pasar

(f)      Melaka.

 

Latar Masa

(a)    Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

(b)    Waktu pagi,

(c)     Waktu siang

(d)    Waktu malam.

 

Latar Masyarakat

(a)    Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja.

(b)    Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang.

(c)     Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian orang tersayang.

(d)    Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.

(e)    Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian dalam melaksanakan tugas.

(f)      Masyarakat yang berani melawan musuh.

 

Plot

Binaan plot

(a)    Permulaan cerita mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka, Patih Gajah Mada yang merupakan pembesar kerajaan Majapahit telah menemui Kertala Sari dan membawanya menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara mentahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjutnya.

(b)    Cerita berkembang apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk nersama-sama penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka

(c)     Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sani telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milk saudagar tu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kertala Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam malam yang berikutnya Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung.

(d)    Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana telah berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebaga bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari.

(e)    Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala San dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudianya Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milk Kertala Sari yang telah dipotong, Raja Melaka menganugerahinya anugerahi atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Patih Gajah Mada pula berusaha dengan sedaya upaya untuk mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka itu.

 

Teknik Plot

(a)    Teknik pemerian.

Contohnya, pengarang memerihalkan peristiwa Kertala Sari mencari suatu tempat yang sesuai untuk menyimpan harta benda yang akan dicuri nanti.

(b)    Teknik kejutan.

Contohnya, pengarang menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca melalui silat ganas Kertale Sari yang turut mencabul kehormatan bini saudagar dan bini orang kaya ketika mencuri di rumah mereka.

(c)     Teknik monolog Contohnya, Kertala Sari bermonolog dalaman ketika pertama kali dia terpandang Laksamana Melaka di istana raja Melaka.

(d)    Teknik dialog Contohnya, dialog antara Kertala Sari dengan ibunya ketika Kertala Sari baru pulang mencuri dari Daha.

Contoh: Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya maka ia pun bertanya kepada ibunya Hai, ibuku ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?

Setelah sudah bunya mendengar kata anaknya demikian itu maka ibunya pun menangis seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka”.

 

Gaya Bahasa

(a)    Penggunaan kata penanda wacana

Contohnya, hatta, alkisah, maka

(b)    Bahasa Arab.

Contohnya, Insya-Allah Taala, syahwat, Demi Allah

(c)     Pengaruh bahasa istana

Contohnya, tuanku, patik, baginda, titah

(d)    Bahasa Melayu klasik

Contohnya, manira, pakanira, karar

(e)    Simle

Contohnya, Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi

(f)      Personifikasi

Contohnya, maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak

(g)    Hiperbola Contohnya, Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya.

(h)    Perulangan kata/Repetisi

Contohnya, Daulat tuanku mohon ampun dan kumia, adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini penjurit negeri lain.

 

Nilai

(a)    Kasih sayang

Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana

(b)    Kegigihan.

Contohnya, Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka.

(c)     Ketaatan.

Contohnya Kertala Sari taat dan patuh mengunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana

(d)    Semangat bermasyarakat

Contohnya, rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati untuk mengawal Kawasan kampung masing masing daripada diceroboh oleh pencuri.

(e)    Kebijaksanaan

Contohnya, Laksamana bijak menggunakan akal bagi menyusun strategi untuk memerangkap pencuri-pencuri yang mencetuskan kekacauan di Melaka.

(f)      Tanggungjawah

Contohnya, Laksamana bertanggungjawab memulihkan keamanan negeri Melaka dengan berusaha sedaya upayanya untuk menangkap pencuri/penjurit itu.

(g)    Keberanian

Contohnya, Laksamana berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka

 

Pengajaran

 

(a)    Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh

(b)    Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh

(c)     Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh

(d)    Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan seta terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi

(e)    Kita hendaklah menghindarkan din daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain

 

Share:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Pages