Kupasan sajak:
Erti Hidup Bererti - Teo Wei Sing
Maksud setiap rangkap:
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyajak berasa kesunyian kerana
malam yang dilaluinya begitu sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap
tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk
menziarahinya yang sudah tua. |
2 |
Keheningan tasik dan
kehijauan rumput hanyalah bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di
dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung
hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya
menderita sakit dan keseorangan. |
3 |
Penyajak berasa bahawa dirinya
tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar
anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar
bahawa tiada yang kekal kecuali Tuhan. |
Tema
Sajak “Erti Hidup Bererti” bertemakan kesunyian hidup
yang dilalui oleh golongan warga tua.
Persoalan
(a) Kehidupan seorang tua yang tidak dijenguk dan tidak dipedulikan
oleh anak-anak.
(b) Kasih dan sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak.
(c) Kegembiraan ibu atau bapa pada masa lalu hanya
tinggal kenangan.
(d) Sikap anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk
menjaga orang tua mereka.
(e) Harapan orang tua yang tetap sayang akan
anak-anaknya.
(f) Orang tua berharap agar anak-anaknya diberi
keinsafan.
(g) Kesedaran bahawa Tuhan sahaja yang kekal abadi.
Bentuk Sajak
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
Rangkap pertama: tujuh baris, rangkap kedua: sepuluh baris, dan rangkap ketiga:
sebelas baris.
(c) Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama,
iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
(d) Bilangan suku katanya antara empat hingga tiga belas suku
kata.
(e) Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca,
rangkap kedua: abccdeafgh, dan rangkap ketiga: aabacdefdgc.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Anafora. Contoh:
ada yang mati
ada yang hidup.
(b) Diksi atau pemilihan kata begitu indah dan berkesan.
Contoh: dari sulung ditendang ke bongsu; berdiri tanpa ruang;
semoga disirami benih keinsafan.
(c) Hiperbola. Contoh: cinta dalam rahim dilupai; embun cinta
atasi angin dingin.
(d) Metafora. Contoh: benih keinsafan.
(e) Simile. Contoh: bagai kalung.
(f) Unsur alam. Contoh: malam; tasik; rumput; angin.
(g) Asonansi. Contoh: Aku selalu didatangi (perulangan bunyi
vokal a).
(h) Aliterasi. Contoh: menderita mengerang sakit
(perulangan bunyi konsonan m).
Nada
Sajak “Erti Hidup Bererti” bernada melankolik.
Nilai
(a) Kasih
sayang – kasih sayang seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya
itu melupakannya.
(b) Ketabahan
– ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa
dihiraukan oleh anak-anak.
(c) Keinsafan
– penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
(d) Bertanggungjawab
– sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka
agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
(a) Kita
mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
(b) Kita
perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri,
terutamanya menghadapi usia yang tua.
(c) Kita
haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari
rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
(d) Kita
mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
(e) Kita
mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
(f) Kita
haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa
dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka
0 ulasan:
Catat Ulasan