Kupasan sajak
Kudup Perang - Tuah Sujana
Maksud setiap rangkap:
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyajak mengingatkan bahawa
seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa membuat kezaliman
dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih berterima
kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari pahlawan
sejati. |
2 |
Penyajak sedar bahawa dia
tidak sempat hidup pada zaman perbalahan dan penuh angkara. Oleh itu, dalam kekeliruan,
penyajak tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta. |
3 |
Penyajak tidak mahu menyanjung
Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang tidak berbelah bahagi
terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun wujud
pendustaan sehingga dia sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota. |
4 |
Penyajak juga tidak
menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan
Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat dianggap suci. |
5 |
Penyajak sedar bahawa peperangan
penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan
membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan
yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah
sukar. |
6 |
Sehingga kini, masyarakat
masih terus bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan
Jebat. |
Tema
Sajak “Kudup Perang” bertemakan kepentingan kewibawaan dan
ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Persoalan
(a) Peperangan hanya akan mewujudkan perasaan dendam sesama
manusia.
(b) Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
yang sebenarnya.
(c) Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah
membunuh pendusta.
(d) Sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang
setia dengan Jebat yang menuntut keadilan.
(e) Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan.
(f) Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang menghapuskan
kebenaran.
(g) Peperangan membawa kepada kesengsaraan yang sukar dipulihkan.
Bentuk Sajak
(a) Terdiri daripada enam rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama.
Rangkap pertama: sebelas baris, rangkap kedua: sepuluh baris, rangkap ketiga:
sepuluh baris, rangkap keempat: enam baris, rangkap kelima: lapan baris, dan
rangkap keenam: empat baris.
(c) Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama,
iaitu antara dua hingga enam patah kata dalam satu baris.
(d) Bilangan suku katanya antara empat hingga tujuh belas
suku kata.
(e) Rima akhirnya ialah rangkap pertama: abcdefaggag,
rangkap kedua: abcdedddfd, rangkap ketiga: abcdddddd, rangkap
keempat: abcdbb, rangkap kelima: abccccdc, dan rangkap keenam: abaa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Bahasa klasik atau Sanskrit. Contoh: kesumat;
keramat; perawan.
(b) Diksi atau pemilihan kata begitu indah dan berkesan.
Contoh: mengudupkan putik dendam; menumbuhkan kelopak
rahsia; melekatlah selumbar sengsara.
(c) Hiperbola. Contoh: jari-jemari takdir; daerah
angkara; selumbar sengsara; menjungkitkan amarah.
(d) Inversi. Contoh: sesekali turut direntakan daki pendusta
(sepatutnya: daki pendusta sesekali turut direntakan).
(e) Metafora. Contoh: peta keadilan.
(f) Simile. Contoh: seperti perawan.
(g) Unsur alam. Contoh: putik; fajar; selumbar; bayu.
(h) Asonansi. Contoh: Memang kita tidak sempat menjenguk (perulangan
bunyi vokal e).
(i) Aliterasi. Contoh: bercabang lalu bertemu bayu palsu (perulangan
bunyi konsonan b).
Nada
Sajak “Kudup Perang” bernada patriotik.
Nilai
1) Keadilan –
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang
berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau
bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan
sambil mencari-cari pahlawan sejati.
2) Rasional –
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini
tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai
kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya
tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
3) Keberanian –
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar
paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana.
Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga
sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
4) Keadilan –
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai
pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan
keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang
sebenar.
5) Keinsafan –
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan
muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang
salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh
itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah
tentang sesuatu perkara yang benar.
0 ulasan:
Catat Ulasan