Kupasan Sajak:
Sejadah Rindu - Mohd. Haikal Aminuddin
Maksud setiap rangkap:
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyajak terkedu di atas sejadah
sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa
yang lalu. |
2 |
Dengan rasa rendah diri,
penyajak memohon agar dibukakan ruang keampunan sebelum dia meninggal dunia. |
3 |
Dengan bersaksikan air mata dan
keikhlasan sebagai bukti, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan
nafas yang sebak dalam suasana yang bening. |
4 |
Hati penyajak luluh dan
jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang disusun rapi sewaktu memohon
keampunan daripada Pencipta dengan perasaan gemuruh. |
5 |
Penyajak berdoa kepada Yang Esa
agar mengizinkannya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar
bahawa dunia ini hanya bersifat sementara. |
Tema
Sajak “Sejadah Rindu” bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada
agama.
Persoalan
(a) Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.
(b) Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum
meninggal dunia.
(c) Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Yang Esa.
(d) Taubat yang dilakukan dengan ikhlas hati sehingga menitiskan
air mata.
(e) Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.
(f) Dunia ini cuma bersifat sementara.
Bentuk Sajak
(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu
rangkap pertama: enam baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: tujuh
baris, rangkap keempat: enam baris, dan rangkap kelima: enam baris.
(c) Jumlah patah kata dalam setiap baris antara satu
hingga enam patah kata.
(d) Bilangan suku katanya antara tiga hingga empat belas suku
kata.
(e) Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua:
aaaaaa, rangkap ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, dan rangkap kelima:
aaaaaa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Bahasa Arab. Contoh: kalimah; Ilahi; taubat.
(b) Inversi. Contoh: Terkedu aku (sepatutnya: Aku
terkedu).
(c) Metafora. Contoh: sejadah rindu.
(d) Personifikasi. Contoh: Air mata menjadi saksi.
(e) Asonansi. Contoh: keikhlasan menjadi bukti
(perulangan bunyi vokal i).
(f) Aliterasi. Contoh: kupohon kembali nafas kehidupan (perulangan
bunyi konsonan k).
Nada
Sajak “Sejadah Rindu” bernada melankolik.
Nilai
(a) Keinsafan
− Penyajak insaf terhadap dosa yang dilakukan dan berharap Allah SWT menerima
taubatnya.
(b) Kesyukuran
– Penyajak bersyukur kerana berpeluang untuk memohon keampunan.
(c) Keikhlasan
− Penyajak mengalirkan air mata tanda keikhlasan memohon keampunan agar dosa yang pernah dilakukan diampunkan
oleh Allah SWT.
(d) Kejujuran
– Penyajak jujur dengan Tuhan bahawa dia banyak melakukan dosa pada masa silam.
(e) Keberanian
– Penyajak berani mengaku segala kesalahannya.
(f) Ketaatan
− Penyajak berdoa kepada Allah SWT agar dia menjadi manusia yang taat akan
didikan agama.
Pengajaran
(a) Kita
mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar
− penyajak insaf terhadap dosa yang
dilakukan dan berharap Allah SWT menerima taubatnya.
(b) Kita
mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang
dikurniakan kepada kita − Penyajak masih bersyukur oleh sebab masih diberikan
peluang untuk hidup.
(c) Kita
mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh
ketakwaan.
(d) Kita
mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan
dapat memberikan ketenangan hidup − Penyajak berharap segala dosanya diampunkan
sebelum dia menemui ajal.
(e) Kita
mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup
menjadi lebih tenang − Penyajak mengalirkan air mata tanda keikhlasan memohon
keampunan agar dosa yang pernah dilakukan diampunkan oleh Allah SWT.
0 ulasan:
Catat Ulasan