Kupasan sajak:
Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus - Sazalee Yacob
Maksud setiap rangkap
Rangkap |
Maksud |
1 |
Penyajak menghantar anak dara
suntinya ke tempat baharu yang jauh berbeza kehidupannya supaya anaknya itu
menimba ilmu dan pengalaman di menara gading. |
2 |
Penyajak melepaskan anak
gadisnya untuk mengenali kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan
pertimbangan akal yang waras. |
3 |
Penyajak mengingatkan anak
gadisnya bahawa kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan ilmu
pengetahuan, bahkan juga sarat dengan dugaan yang mampu menghanyutkan budi
pekerti dan meninggikan ego. |
4 |
Penyajak menasihati anak
gadisnya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan baharu.
Penyajak berharap agar anaknya itu tidak pulang dengan kedukaan dan
kegagalan. |
Tema
Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus” bertemakan
nasihat ibu bapa kepada anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institusi
Pengajian Tinggi.
Persoalan
(a) Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di
kampus.
(b) Harapan bapa supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk
menimba ilmu di menara gading.
(c) Keberanian bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk
menuntut ilmu di menara gading.
(d) Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.
(e) Keegoan yang mengetepikan pekerti.
(f) Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dan dugaan di
kampus.
Bentuk Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu
rangkap
pertama: lapan baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga:
enam baris, dan rangkap keempat: lima baris.
(c) Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga
hingga enam patah kata dalam satu baris.
(d) Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas
suku kata.
(e) Rima akhirnya ialah rangkap pertama: aabcaade,
rangkap kedua: abcdef, rangkap ketiga: abcdeb, dan rangkap keempat:
abacd.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Bahasa klasik atau Sanskrit. Contoh: bumantara;
azimat; tangkal.
(b) Diksi atau pemilihan kata begitu indah dan berkesan.
Contoh: memesrai azimat dan tangkal; menongkah awan perak
dan kabut dingin; tumbuh gunung ego, menghalau pekerti.
(c) Hiperbola. Contoh: hadir sihir angin bernafas api.
(d) Unsur alam. Contoh: angin; burung putih; kabut;
kabus.
(e) Asonansi. Contoh: Kulepaskan kau menjadi burung putih
(perulangan bunyi vokal u).
(f) Aliterasi. Contoh: dengan suasana suntimu (perulangan
bunyi konsonan s).
Nada
Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus” bernada melankolik.
Nilai
(a) Kasih
sayang. Contoh: penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di
institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa
diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa
(b) Kesungguhan.
Contoh: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan
bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.
(c) Kegigihan.
Contoh: Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di
bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.
(d) Ketabahan.
Contoh. Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di
bandar.
(e) Ketaatan.
Contoh: Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya
supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.
(f) Hemah
tinggi. Contoh: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar
siswi
(g) Kebijaksanaan.
Contoh: Penyajak menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di
perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .
Pengajaran
(a) Kita
mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
(b) Kita
mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(c) Kita
haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.
(d) Kita
perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
(e) Kita
haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke
bandar.
(f) Kita
haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana
sahaja kita berada.
(g) Kita
mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain.
(h) Kita
mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
(i) Kita
haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi
cabaran dalam kehidupan
0 ulasan:
Catat Ulasan